Bab 12

475 33 8
                                    

"Dengan ini diumumkan bahawa esok puasa."

Keadaan masih sunyi sepi. Tiada sorakan keriangan biarpun pengunguman yang paling mengembirakan telah pun dibuat. Hanya Ali sahaja yang tersenyum bahagia. Dia memandang ke arah adik beradiknya yang sibuk bermain telefon pintar mereka.

"Esok dah puasa,bulan yang mulia dah tiba. Korang semua seronok tak?" Tanya Ali mesra. Berusaha menceriakan suasana. Dia memandang ke arah adik beradiknya sambil tersenyum manis.

Sunyi. Tiada sebarang respond daripada mereka. Semua sibuk hanyut dalam dunia sendiri.

"Kita bolehlah guna semula bilik ibadah tu. Solat terawih sama sama. Berbuka sama sama. Sahur,tadarus..."

"Aku nak kau senyap sebelum muka kau aku belasah!" Suara sergahan Chris membuatkan Ali terdiam. Semua mata menghentikan perbuatan mereka dan merenung Ali tajam.

"Kalau kau nak buat semua benda tu,kau buatlah sorang sorang! Jangan libatkan aku!!!" Marah Chris lagi.

Ali terkedu dengan kata kata Chris yang memarahinya itu. Dia tidak sangka bahawa Chris akan memarahinya begitu. Dia tersenyum manis kepada Chris.

"Okey,baiklah. Aku faham. Maaf sebab menganggu korang." Ujar Ali lalu dia meninggalkan ruang tamu itu. Dia mendaki anak tangga lalu berjalan menuju ke biliknya. Ketika dia hampir sampai ke biliknya,dia berhenti di hadapan bilik kembarnya,Alicia. Langkahnya terhenti di situ.

Lama dia berdiri disitu memerhati pintu kayu yang tertutup rapat. Mahu sahaja dia mengetuk pintu bilik itu,namun tangannya kaku di situ. Nafasnya ditarik lalu dihembus perlahan perlahan.

Baru sahaja dia hendak mengetuknya,pintu kayu itu sudah dibuka dan terlihat Alicia berdiri di muka pintu dengan muka pelik. Dia memandang tepat ke arah Ali.

"Kau kenapa Ali?" Tanya Alicia.

"Er...aku...aku cuma nak ucap selamat berpuasa dekat kau,Alicia." Ujar Ali. Setelah itu terus sahaja dia berlari masuk ke biliknya. Alicia hanya melihat kelibat Ali yang berlari masuk ke biliknya kemudian menghela nafas kesal.

Maafkan aku,Ali.

****

Ali duduk bertelenggu di tikar sejadah sambil mengimpikan apa yang ingin dilakukan suatu hari nanti. Kadang kala dia tersenyum sendiri. Kadang kala dia tertawa saat kenangan indah bersama keluarganya terimbas kembali. Air matanya yang mengalir laju itu pantas diseka.

Tanpa dia sedar,matanya semakin memberat. Terus sahaja dia terlena diatas tikar sejadah itu tanpa beralaskan apa apa selain dari tikar sejadah.

Aku rindu keluargaku,ya Allah.

Tapi masihkah ada peluang untukku merasai nikmat keluarga firdaus ini sekali lagi?

Bantulh aku ya Allah. Aku hambaMu yang lemah. Aku merayu kau satukanlah hati kami yang telah jauh ini. Kau eratkanlah ikatan kami yang semestinya sudah renggang ini. Tiada tempat lain selain kamu yang menjadi tempat aku bersandar.





4:50 a.m.

Ali tersedar dari tidurnya dikala bunyi penggera daripada telefon pintarnya berbunyi. Kelopak matanya digosok beberapa kali sebelum dia berjalan menuju ke bilik air bagi mencuci muka.

Beberapa minit kemudian,dia berjalan keluar dari biliknya dan ingin menuju ke dapur ketika dia terdengar bunyi masakan dari darup. Terus sahaja dia berjalan dengan lebih pantas.

Terkejut Ali apabila melihat Mika yang sedang mengoreng telur manakala Jet,Khai dan Moon sedang makan. Chris dan Bulat pula sudah hampir habis makan.

Mika menoleh ke arah Ali kerana menyedari ada mata yang sedang memandangnya.

"Kalau kau nak makan,kau goreng sendiri." Serius Mika bersuara. Dia duduk ditempatnya dan mula menyuap nasi ke mulut. Ali berpatah semula ke tingkat atas lalu bilik Alicia menjadi sasarannya.

Tok! Tok! Tok!

"Icha? Kau dah bangun? Jomlah kita sahur sama sama. Yang lain dah nak siap makan." Lelaki ini bersuara dari luar bilik kembarnya. Setekah hampir lima minit menunggu,dia terus berjalan pula ke bilik Iman. Perkara yang sama dilakukan dibilik Alicia tadi.

Masih tiada sebarang respond. Ali menghela nafasnya. Adakah di hari pertama berpuasa dia akan bersahur sendirian? Tanpa melengahkan banyak masa,dia kembali berjalan ke dapur. Ketika itu,Mika sudah selesai makan. Dia sedang mencuci pinggannya.

Ali duduk di kerusi lalu botol kurma dicapai. Dia mengunyah kurma itu perlahan lahan. Tanpa dia sedar,sekali lagi air matanya menitis. Entah kenapa terasa sebak yang teramat. Jika dia mahu,pasti sudah dia meraung disitu.

5:15 a.m

Ali mendaki anak tangga setelah dia selesai bersahur. Agak luar biasa baginya kerana dia hanya bersahur dengan tiga biji kurma dan air mineral.

Bukan dia tidak mampu untuk memasak sendiri,tapi dia terfikir,jika dia masak bukan ada sesiapa yang mahu menjamahnya. Dia terus singgah ke bilik kosong yang paling hujung. Daun pintu bilik itu dibuka dan suiz lampu ditekan.

Lama anak matanya memerhati bilik itu. Bibirnya menguntum senyuman sendiri. Sesekali terbayang kenangan lama yang pernah tercipta di dalam bilik itu.

Adakah kenangan manis itu akan berulang sekali lagi.

Untuk kali kedua...

Atau....

Mungkin kali terakhir?

"Ali? Apa yang kau buat dekat sini?"

Ali menoleh saat mendengar seseorang menyapa.

"Tak buat apa pun. Cuma...entahlah. Aku rasa macam nak masuk bilik ni." Jawab Ali. Alicia hanya mengangguk dengan jawapan itu. Suasana sunyi antara mereka. Terasa sedikit janggal ketika ini.

"Err..kau dah makan? Kenapa tak jawab aku panggil tadi?" Tanya Ali.

"Aku dah makan dengan Iman. Kita orang goreng telur je sebab kalau masak pon bukan ada yang nak makan." Selamba Alicia menjawab.

"Kenapa tak nak kejut aku lagi makan sekali dengan korang?"

"Aku dah panggil tapi kau yang tak jawab. Aku sangka kau dah makan. Sebab tu aku makan dengan Iman je." Kata Alicia.

"Jumpa kau 6:45 pagi nanti. Jangan lambat pula." Pesan Alicia sebelum dia pergi beredar dari bilik itu. Ali mengangguk lemah lalu memerhati dengan pasrah pemergian Alicia.


Bersambung.....

KELUARGA!!Where stories live. Discover now