Bab 8

459 32 0
                                    

Rudy mengelap peluh yang mengslir di pipinya dengan hujung bajunya. Cuaca panas tidak pernah mengugatnya untuk meneruskan kerjanya di kawasan tapak pembinaan itu. Setelah penatnya beransur hilang,dia kembali meneruskan kerja.

"Rajin betul budak tu?"

"Rasanya dia budak sekolah lagi."

"Mana keluarga dia?"

"Kesiannya dia,kecil kecil lagi dah terpaksa buat kerja berat."

Bunyi bunyi manusia yang sedang rancak membicarakan tentangnya diabaikan sahaja. Kerja masih tetap diteruskan. Dia mahu mengumpul duit bagi meneruskan kehidupan. Dia tidak mahu orang lain tahu bahawa dia adalah anak kepada seorang peneraju Cyberaya yang sudah mati dalam kemalangan jalan raya.

Ah! Dia tidak mahu ingat lagi peristiwa itu. Baginya itu adalah kenangan paling pahit dalam hidupnya. Dia sudah kehilangan kedua orang tuanya dan juga kembar kembarnya.

Jadi dia membawa diri jauh dari kekuarga itu. Tempat yang baginya adalah penjara bagi jiwanya. Dia mahu lupakan semuanya dan membawa haluan sendiri. Dia mahu hidup sendiri.

"Apa?" Tanya Bulat seakan tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Alicia tadi. Mindanya masuh berada ditahap bawah sedar. Adakah Alicia sedang bergurau.

"Kau seriuslah,Alicia? Tak mungkin Roza,Zass dan Rudy dah keluar dari rumah?" Seakan tidak percaya Khai menyoal. Alicia menghela nafasnya. Dia berusaha meyakinkan kenyataan ini kepada mereka.

"Kau tengok sendiri pon kau dah boleh tahu. Dan kalau korang tengok rumah kita ni tak macam dulu. Hambar!!" Mika membalas bagi pihak Alicia. Bulat dan Khai saling berpandangan. Mereka menghela nafas kecewa. Moon yang sudah mengetahui berita itu dengan pantas berlari masuk ke dalam biliknya sambil menangis.

Zass meneguk air tin yang baru didapati dari mesin automatik itu rakus. Terasa nikmat saat air sejuk itu mengalir laju ke dalam keronkongnya.

"Haaa..."

Dia memandang langit biru. Masuk hari ini sudah lima hari dia tidak pulang kerumah. Dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dia tidak akan pulang kerumah selagi dia tidak berjaya memujuk Rudy pulang.

Ting!

Telefon pintarnya yang berada didalam poket pantas dikeluarkan lalu dibuka mesej yang baru saja masuk tadi.

'Kau seriuskah tak nak balik? Moon dan yang lain dah keluar hospital. Tapi...tak sama macam dulu. Keadaan makin parah kalau kau tak ada,Zass. Baliklah aku tunggu.'

Dia menghela nafas berat. Dia sudah nekad. Dia akan pulang jika dia berjaya menemui Rudy dan membawanya pulang bersama. Jika lelaki dingin itu tidak berjaya ditemuinya,selagi itu dia tidak akan pulang kerumah agam itu.

***

Sekolah telah dibuka seperti biasa. Rumah agam Encik Ghazali ini juga tidak lepaskan pekuang kembali ke sekolah setelah dua minggu bercuti. Walaupun suasana sedikit sunyi dan agak berbeza dengan sebelum ini,namun kehidupan mereka tetap perlu diteruskan.

Cuma ianya terlalu berbeza. Sangat berbeza dari sebelum ini. Tiada lagi bunyi teriakkan Chris mengejutkan adik beradik lelakinya. Tiada lagi bunyi perbualan mesra dimeja makan. Tiada lagi acara masak memasak bersama.  Masing masing ibarat hidup hanya untuk diri sendiri.

"Pagi,korang! Saya dah siapkan sarapan. Mari kita sarapan bersama." Pelawa Iman dengan senyuman manisnya kepada adik beradiknya yang sudah bersiap dengan seragam sekolah.

"Tak apalah Iman. Aku makan dekat sekolah je." Balas Chris lalu dia berjalan keluar dari rumah bersama beg sekolahnya. Iman sedikit kecewa dengan tindakan Chris tadi serta beberapa orang adik beradiknya yang sepertinya tidak mahu bersarapan bersama lagi.

KELUARGA!!Where stories live. Discover now