Bab 5

492 34 2
                                    

Seminggu selepas peristiwa tragis itu..

Sunyi. Itulah keadaan yang mampu mengambarkan suasana rumah agam ini. Tiada lagi bunyi riuh rendah bagaikan rumah nak roboh. Hanya sunyi sepi. Masing masing buat kerja sendiri tanpa menghiraukan sesama sendiri.

Alicia dan Ali berjalan mendaki tangga. Baru habis aktiviti kokurikulum. Mahu menuju ke tangga dan menuju ke bilik namun mereka terhenti ketika  mereka sampai di pertengahan anak tangga.

Terlihat Rudy yang sedang memandang mereka juga dengan muka bengisnya sambil memeluk tubuh. Dia merengus kasar. Laluan diberikan kepada Rudy agar lelaki itu boleh turun ke tingkat bawah. Setelah kelibat Rudy menghilang,Alicia memandang ke arah Ali yang menundukkan wajahnya. Langkah Ali mula diatur laju sehingga ke biliknya lalu pintu bilik itu direntap kasar.

Alicia menghela nafas kesal. Apa yang terjadi seminggu lalu benar benar terkesan kepada adik beradiknya terutama sekali Ali. Mereka benar benar terkesan dengan peristiwa itu. Sehingga perubahannya mendadak.

Alicia melangkah masuk ke dalam biliknya. Begnya diletakkan diatas meja belajar. Lalu dia mencapai tuala lalu melangkah menuju ke bilik mandi. Dia membersihkan dirinya.

Rudy merenung gambarnya bersama dua lagi kembarnya. Dia duduk sendirian di ruang tamu itu. Air matanya tumpah mengenangkan apa yang telah terjadi kepada kembar kembarnya ini. Penumbuk digengam jenahan marah. Lalu meja kecil di ruang tamu itu menjadi sasaran untuknya melepaskan marah.

"Tak guna kau!!! Kau memang tak guna!!" Amuk Rudy.

"Aku tak layak untuk marah sampai macam tu sekali,Rudy." Suara menyapa itu membuatkan Rudy menyeka air matanya kasar. Kepalanya dipusingkan bagi melihat siapa yang telah menegurnya tadi.

"Kau tak rasa apa yang aku rasa,Alicia." Balas Rudy.

"Memang aku tak rasa apa yang kau rasa. Tapi aku faham apa itu makna kehilangan."

"Apa yang kau faham dengan kehilangan,Alicia!! Dah seminggu aku tak jumpa dengan Bulat dan Khai. Dah seminggu diorang terlantar dekat hospital tak sedarkan diri. Moon..." kata kata itu terhenti.

"Aku faham Rudy. Tapi tak perlulah kau nak marah sampai macam ni. Kau tahu tak kita ni satu keluarga." Pujuk Alicia sambil berusaha memegang bahu Rudy namun pantas ditepis oleh Rudy.

"Jangan kau sebut perkataan tu dekat aku." Alicia terpana mendengar kata kata Rudy tadi. Adakah Rudy sudah tidak menganggap penghuni di dalam rumah ini sebagai ahli keluarganya lagi.

"Tapi Rudy..."

"Kalau kau nak aku terus tinggal dalam rumah ni,baik kau diam dan jangan sesekali kau berani terangkan dekat aku apa itu keluarga kalau kau tak tahu maksudnya!!"

Rudy melanggar kasar bahu Alicia. Dia berjalan menuju ke muka pintu. Belum sempat dia hendak mencapai tombol pintu,Ali terlebih dahulu menghalangnya. Rudy memandang tajam ke arah Ali yang masih menghalangnya daripada keluar.

"Kenapa kau marah Alicia? Dia cakap benda yang betul. Kau kena sedar yang kekuatan kau bukan hanya Bulat dan Khai. Tapi kita orang semua! Kita orang juga adik beradik kau." Tegur Ali kesal dengan perubahan drastik yang ditunjukkan oleh Rudy selepas peristiwa itu.

Rudy tertawa. Lagak seperti seorang phycso sehingga membuatkan Ali takut. Sepantas kilat leher Ali dicemgkam oleh Rudy. Tubuh Ali dibawa ke dinding. Ali meronta ronta meminta agar Rudy melepaskannya.

"Budak lembik macam kau ni tak layak nak bercakap dengan aku!! Kau tak rasa kesunyian tanpa kembar macam aku sebab kembar kau masih hidup lagi!!" Marah Rudy.

"Habis? Apa gunakan kita orang sebagai adik beradik kau ni. Tunggul? Atau...kau memang tak pernah anggap kita orang ni sebagai adik beradik kau?"

"Memang!! Adik beradik aku hanya Khai dan Bulat!! Kau tu menyusahkan!! Kau terlalu lemah dan lembik untuk jadi sebahagian daripada keluarga aku. Aku malu ada adik macam kau,Ali!! Aku lebih malu ada adik yang menyebabkan kematian ayah macam kau!!!"

Semakin kuat cengkaman Rudy pada leher Ali. Alicia terkejut muka Ali yang putih melepak itu jelas kelihatan pucatnya.

"Rudy! Lepaskan Ali!!" Jerit Alicia.

"Lebih baik kalau kau mati je,Ali!!"

PANG!!!

Ali terjatuh ke lantai dalam keadaan terbatuk batuk. Dia memegang lehernya yang jelas kebiruan akibat di cengkam oleh Rudy tadi. Alicia membantu Ali. Mereka memandang ke arah Rudy. Lelaki itu terpana ketika terlihat seorang gadis berhijab sedang menggengam tangannya kasar dengan matanyang berkaca.

"Tergamak awak nak bunuh adik awak sendiri Rudy? Iblis apa yang dah merasuk awak ni? Saya kenal awak,Rudy! Kami semua kenal awak. Awak bukan macam ni." Marah Iman sambil menahan seraknya.

Rudy terkedu saat dia melihat Iman yang sedang menahan tangisnya. Kelihatan adik beradiknya yang lain sedang memerhati situasi itu. Tidak keruan dia dibuatnya. Dia ingin keluar dari rumah itu.

"Jangan sesekali kau keluar Rudy!"

Arahan tegas Riza itu membuatkan langkah Rudy terhenti. Dia takut hendak membantah arahan 'kak long' itu.

"Ali! Ali bangun!!"

Semakin kecoh keadaan mereka saat mendengar suara Alicia yang bagaikan buntu. Mereka terus kalut ketika melihat Ali yang rebah tidak sedarkan diri dipangkuan Alicia. Segera Ali dikejarkan ke hospital.

KELUARGA!!Where stories live. Discover now