Bab 10

488 34 0
                                    

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Bunyi batuk itu mengejutkan Alicia yang sedang asyik membaca diari Ali.segera dia berlari ke katil Ali bagi  melihat bahawa lelaki itu baik baik saja.

Dia terkejut saat melihat Ali yang sedang memegang dadanya dengan mata yang tertutup. Peluh mula membasahi muka lelaki itu. Alicia tidak keruan dibuatnya. Terus sahaja tubuh lelaki itu dirangkul masuk kedalam pelukannya.

"Ali? Ya Allah! Apa yang aku nak buat ni?" Resah Alicia. Tiba sahaja mindanya kaku daripada memikirkan jalan penyelesaian sedangkan dia sudah pun mempelajari tentang penyakit ini. Matanya terpandang ke arah alat kawalan penghawa dingin. Tangannya pantas mencapai alat itu lalu suhu penghawa dingin ditingkatkan kepada 24°.

Alat bantuan pernafasan Ali yang terletak di meja tidur dicapai lalu diberikan kepada Ali. Udara di dalam alat itu disedut Ali sehingga dia berasa lega.

Alicia menghela nafas lega. Jantungnya yang berdebar kencang tadi kini beransur stabil. Dia memandang Ali yang masih lena di pangkuannya. Rambut Ali dibelainya. Entah kenapa dia berasa sebak bagai mahu menangis. Air mata yang bertakung segera disekanya.

Hujan diluar masih tidak menunjukkan tanda bahawa akan berhenti. Malah semakin lebat mencurah ke bumi membuatkan Alicia risau. Dia meletakkan tubuh Ali kembali berbaring ditempatnya dan tubuh itu diselimutkan.

Rasa simpati mula menguasai dirinya terhadap lelaki dihadapannya kini. Adakah memang benar dia juga marah pada Ali sama seperti adik beradiknya yang lain? Alicia sendiri tidak pasti pada perasaannya sendiri. Tapi..dua juga sedar bahawa sejak kebelakangan ini,dia menjadi terlalu dingin kepada Ali. Apabila melihat saja muka lelaki itu,mula timbul rasa menyampah dan malas nak melayan perangainya. Tapi bila lelaki itu tiada,dia menjadi risau.

Alicia membuat keputusan untuk keluar dari bilik Ali. Dia ingin bersendirian mencari ketenangan. Langkahnya terhenti ketika telinganya menangkap bunyi alunan musik yang cukup merdu datangnya daripada sebuah bilik yang Alicia sendiri tidak ingat bila kali terakhir bilik itu digunakan. Dia berjalan ke arah bilik.

Pintunya yang tidak tertutup sepenuhnya ditolak perlahan. Terlihat seorang gadis yang sedang bertelekung sedang mengalunkan ayat alquran. Alicia cukup mengenali siapa gadis itu dengan hanya melihat dari belakangnya sahaja.

"Iman?" Tegur Alicia berani. Dia takut jika dia tersalah orang.

Manusia itu segera menoleh ketika mendengar namanya dipanggil. Setelah wajah Alicia dilihat,terus sahaja dia mengukir senyuman.

"Awak tak tidur lagi. Maaf kalau saya menganggu awak pagi pagi ni." Minta Iman sambil menutup kitab suci itu. Alicia hanya tersengih lantas masuk kedalam bilik itu.

"Kenapa kau duduk dalam bilik ni sorang sorang? Waktu macam ni?" Alicia duduk dihadapan Iman. Iman mengukir senyuman manis.

"Awak ingat tak ini bilik apa?"

Alicia hanya mengangguk dengan soalan itu. Dia juga mengetahui bilik yang sedang dia duduki kini. Cuma dia sudah jarang sekali menggunakannya. Atau...lebih tepat sekali tidak pernah dia gunakan bilik itu sejak...dia sendiri tidak tahu.

"Inikan bilik ibadat kita. Tempat nilah kita selalu guna untuk solat berjemaah ramai ramai. Tapi...entah bila kali terakhir kita gunakan bilik ni saya pon tak tahu." Luah Iman.

Alicia menundukkan wajahnya memandang lantai. Entah kenapa semakin sebak dirasakan dihatinya kini. Iman yang seolah dapat merasai gelora hati Alicia pantas menarik gadis itu masuk kedalam pelukannya. Terus sahaja Alicia menghamburkan tangisannya didalam pelukan Iman.

Iman mengusap kepala Alicia lembut cuba menenangkan adiknya ini. Jika dulu,pasti pelukan ini sering diberikan kepada Mika dan Jet yang merupakan adik kembarnya. Tapi kini segalanya berubah. Mika dan Jet seolah tidak mahu melihat wajahnya. Entah salah apa yang telah dia lakukan,dia sendiri tidak tahu.

"Aku bersalah dengan Ali. Aku buat dia salahkan diri dia sendiri. Aku buat dia bencikan dirinya sendiri. Aku memang bersalah dengan dia."

"Shhh! Awak mampu hadapi semua ni. Kita semua mampu hadapi. Semuanya akan pulih. Percayakan itu." Pujuk Iman.

"Ali sakit Iman. Aku tak nak..."

"Alicia...Iman..."

Dua beradik ini memandang ke arah punca suara. Mereka terkejut kerana melihat susuk Ali yang sedang berdiri sambil memegang dadanya di muka pintu bilik itu. Mata mereka memandang ke arah kaki Ali yang sedang mengigil.

"A...aku.." Ali gagah melangkah masuk ke dalam bilik itu cuba menghampiri dua insan itu. Namun malang sekali Ali rebah. Segera Iman dan Alicia mendapatkannya lalu Alicia memaut kepala Ali diatas pehanya.

"Aku sakit.." perlahan suara itu menunjukkan bahawa dia benar benar sedang menahan sakit.

"Aku..nak jumpa yang lain. Aku...rindu korang semua...aku rindu...keluarga kita macam dulu." Rayu Ali sambil memandang ke arah Iman dan Alicia. Air matanya laju mengalir. Alicia dan Iman saling berpandangan.

Mungkin itulah jalan terakhir yang mereka ada untuk menyatukan kembali adik beradik...

Dan....

Keluarga mereka.

KELUARGA!!Where stories live. Discover now