Bab 19

692 39 6
                                    

Jam 12:30 a.m

Alicia dan Roza setia menunggu di ruang penunggu wad hospital itu sementara doktor sedang merawat Ali di dalam. Masing masing tidak keruan detak jantung mereka. Risau dengan keadaan Ali yang tiba tiba saja pengsan ketika mereka sedang bersuka ria tadi.

Flashback...

Aidilfitri,
Hari bahagia,hari yang mulia🎵🎶
Hilangkanlah duka dan nestapa
Dihari bahagia ini🎵🎵🎶

Zass sedang bersuka ria menyanyikan lagu 'selamat hari raya' setelah Jet selesai menghabiskan nyanyian lagu 'suasana di hari raya' tadi. Sementara mereka sedang menunggu giliran berkareoke,Ali,Chris dan Bulat sedang menjaga lemang dan ketupat yang mereka bakar dan rebus.

"Nasiblah Roza tak kisah kita kareoke ni kan,Chris." Ujar Bulat sambil dia memeriksa ketupat yang masih di dalam periuk.

"Hahahahah...betul cakap kau tu Bulat. Tapi kita kena gilir gilir jaga lemang ni. Nanti terbakar kita yang kena bakar." Seloroh Chris. Tiga manusia ini saling ketawa bersama.

Dari pintu dapur,mereka dapat lihat kelibat lima orang gadis sedang berjalan menuju ke arah mereka. Masing masing bergegas menuju ke set kareoke yang disediakan oleh Ali dan Chris tadi.

Ali tersenyum riang. Seakan tidak percaya bahawa dia akan merasai nikmat berKELUARGA ini sekali lagi. Sebelum segala galanya berakhir. Matanya terasa bahang. Dia pantas menutup matanya ketika melihat Khai yang sedang meniup bara api ke arah lemang yang masih hijau itu. Asap tebalnya berterbangan ke arah Ali.

"Opss...sorry Ali. Aku tak perasan kau dekat situ." Ucap Khai ketika dia mendengar bunyi orang terbatuk.

"Tak apalah Khai. Sikit je ni. Lagi pun esok dah raya. Aku nak seronok malam ni."

"Kau tak nak kareoke ke? Masing masing semua tengah tunggu giliran. Adik beradik perempuan kita sekali join juga."

Ali menggeleng kepalanya. Cuba menolak ajakan Khai.

"Tak apalah Khai. Kalau aku pergi join sekali,siapa nak jaga lemang dengan ketupat ni semua? Nanti tak pasal pasal kita semua yang lelaki raya dekat hospital esok." Seloroh Ali dalam gelaknya. Khai juga turut sama gelak. Namun dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan adiknya ini. Sepertinya...

Ali sedang menahan sakit!

"Kau okey,Ali? Aku nampak kau macam tak sihat je. Kau sakit?" Prihatin si abang bertanya adiknya. Khai benar benar prihatin kepada Ali. Ali berdecit kecil lalu dia menggeleng. Bibir merahnya cuba mengukir senyuman. Dan...Khai nampak senyuman itu seperti senyuman...

Terpaksa!

"Aku tak sakit. Aku sihatlah. Aku dah makin sihat sebab korang semua ada depan mata dan sentiasa disisi aku. Apa lagi yang aku nak selain dari semua ni?" Balas Ali pula. Khai menghela nafas kesal. Biar pun dia merasakan bahawa Ali sedang sembuntikan sesuatu,namun dia cuba pujuk hatinya.

"Uhuk...uhhuuk!!"

Membulat mata Khai ketika melihat Ali yang memegang dadanya sambil terbatuk. Posisi Ali dari berdiri terus sahaja mencangkung.

"Ali!!!" Khai mendapatkan Ali yang kelihatan begitu sukar untuk bernafas. Khai cuak!

"Roza!!! Korang!!! Tolong!!!"

Rudy yang sedang menyanyi itu terhenti saat mendengar jeritan Khai. Terus sahaja 10 manusia ini berlari ke arah Khai yang sedang memapah Ali dengan meninggalkan set kareoke itu.

"Ali, kau sakit ni!!" Ujar Alicia cemas. Dia tahu Ali benar benar sakit sekarang. Peluh dingin mula mengalir keluar dari dahi mereka.

"Aku...tak...sakit...aku baik je.." dalih Ali. Semakin teruk dia terbatuk batuk. Peluh semakin banyak mengalir di dahinya. Dadanya berombak kencang cuba mencari nafas. Ali rebah dipangkuan Khai. Semakin kalut mereka dibuatnya.

"Kita kena bawa Ali ke hospital." Ujar Moon. Dia juga turut cemas.

"Roza,kau drive. Biar aku dan Chris akan uruskan disini. Kau kena pergi. Kau boleh drive." Arah Zass. Roza akur. Dia berlari masuk ke dalam rumah bagi mengambil kunci keretanya.

"Alicia,kau ikut Roza. Seseorang kena teman Roza dan orang yang layak adalah kau."  Bulat bersuara. Alicia memandang ke arah adik beradiknya yang lain. Mereka mengangguk. Roza keluar dari rumah bersama kunci keretanya. Khai dan Rudy membantu mengangkat Ali masuk ke dalam kereta.

Alicia berjalan menuju ke arah kereta Alpard hitam bersama Alicia. Ketika itu,Alicia merasakan bahawa tangannya diraih. Dia menoleh kebelakang dan terlihat Moon sedang memegang tangannya.

"Aku nak ikut kau,boleh?" Pinta Moon. Alicia diam membisu.

"Ali abang aku juga. Aku risau dengan dia." Rayu Moon.

Alicia menghela nafasnya. Dia memegang kedua bahu Moon.

"Kau perlu tinggal dekat sini. Jangan risau pasal kami,aku akan beritahu keputusan nanti." Pujuk Alicia lembut.

"Kau janji?" Duga Moon. Alicia hanya mengangguk. Dia berjalan ke arah Roza yang sudah menunggu didalam kereta. Mereka hanya memerhati kelibat kereta alpard hitam yang hilang dari pandangan mata.

"Ali akan okey kan,Roza?" Tanya Alicia minta kepastian. Roza yang duduk disampingnya hanya mengangguk. Dia tahu kini Alicia benar benar risau pada kembarnya itu. Bahu Alicia dipeluknya erat.

Seorang doktor perempuan keluar dari wad rawatan Ali. Wajahnya tertumpu ke arah dua orang gadis yang masih setia menunggu itu. Dia menghela nafas kesal. Terus dia berjalan menghampiri dua beradik itu.

Menyedari kehadiran seseorang,Roza dan Alicia terus sahaja berdiri. Mereka memandang ke arah doktor itu meminta penerangan.

"Doktor,adik saya? Dia tak apa apakah?" Roza bertanya cemas. Dia kini tidak mampu menyembunyikan kerisauannya. Dia terlalu risau.

"Maaf. Kami akan berusaha sedapa upaya untuk selamatkan dia. Cuma...saya tak pasti berapa lama dia mampu bertahan."

"Apa maksud doktor?" Gesa Alicia.

"Salur pernafasannya sudah semakin sempit dan telah menyebabkan jantungnya gagal mengepam darah dengan baik. Jadinya dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan seumur hidupnya."

"Apa??!!" Seremtak dua beradik ini menjerit. Mereka sangat terkejut dengan berita itu. Terasa bagai jantungnya juga jatuh,Alicia kini hilang kemuatan. Sukar mahu dia gambarkan betapa deritanya dia kini. Kembarnya terpaksa tanggung kesakitan seperti itu.

Setelah doktor perempuan itu beredar,lutu Alicia terasa longgar. Terus sahaja dia jatuh terduduk dilantai. Roza memegang bahu Alicia memberi kekuatan kepada adiknya ini. Alicia memandang Roza sayu. Terus sahaja tubuh si sulung itu dipeluknya.

"Kenapa malam ni,Roza? Kenapa?" Tanya Alicia bersama tangisannya. Roza mengusap lembut rambut Alicia memberi kekuatan. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan.

"Ali tunggu malam ni bersama kita. Tapi kenapa semua ni terjadi?"

Jari telunjuknya diletakkan dekat bibir Alicia. Berharap agar Alicia berhenti buat seketika.

"Kau percaya Ali,kan? Kau yakin dengan dia yang dia kuat? Jadi kau juga kena terus kuat. Kau tu kembar dia. Kau kena ingat,Alicia. Korang berkongsi rasa yang sama. Ali akan jadi kuat kalau kau terus kuat." Ujar Roza.

Alicia terkedu. Dia terdiam seketika berfikir. Ada benar juga kata kata Roza tadi. Dia mengukir senyuman tawar.

"Sekarang kita balik dulu. Yang lain pon kena tahu tentang ni. Esok pagi kita datang sini ramai ramai. Ali mesti nak raya dengan kita." Kata Roza memujuk. Alicia hanya mengangguk. Mereka berdua berjalan pergi meninggalkan hospital.



Bersambung....

KELUARGA!!Where stories live. Discover now