Bab 13

509 34 10
                                    

SMK Cyberaya 1

Ali berjalan di antara Moon dan Alicia. Dia takut berlaku pergaduhan diantara mereka berdua. Jadi dia akan berada ditengah tengah. Suasana mereka sunyi ketika ini.

"Petang nanti aku balik sendiri. Kalau korang nak balik,korang baliklah dulu." Moon tiba tiba bersuara memecahkan kesunyian. Walaupun agak dingin dan kekok seperti biasa,namun sekurangnya tidaklah janggal sangat suasana mereka.

"Kau nak pergi mana dan buat apa?" Alicia bertanya dingin. Ali hanya berdiam diri seolah merasakan akan berlaku sesuatu yang buruk.

"Kau nak sibuk kenapa? Bukan urusan kau pun." Balas Moon sinis. Alicia memandang tajam ke arah Moon.

"Aku cuma tanya,kau dah tak reti nak jawab ke?!"

"Buat apa aku jawab,bukannya urusan kau kau nak sibuk!!"

Ali pantas bertindak menghalang dengan kedua tangannya bagi mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada dua orang adiknya ini.

"Sudahlah. Janganlah gaduh. Lagi pun hari ni hari pertama puasa,tak baik gaduh gaduh." Pujuk Ali menenangkan mereka berdua. Moon dan Alicia hanya menghela nafas dan saling menjeling. Moon pula berjalan pergi ke kelasnya.

Ali hanya menghela nafas dan memandang sedih ke arah Alicia yang pasti dia tahu gadis itu sedang marah.

"Kenapa kau buat Moon marah?" Lembut saja Ali bertanya.

"Aku cuma tanya sebab kenapa dia nak balik sendiri,tak kan lah itu pun salah!" Tengking Alicia.

Ali menggaru pipinya yang tidak gatal.

"Tak salah. Cuma...cara kau tanya tu je yang salah."

"Habis? Kau nak aku tanya macam mana lagi? Lemah lembut? Aku bukannya Iman! Kau sendiri tahu aku ni macam mana. Sekurang kurang dah cukup baik aku tak tengking budak tu tadi!"

Alicia memandang tajam ke arah Ali. Lalu dia memaling kembali ke hadapan.

"Aku dah bosan,Ali."

"Huh? Kau kenapa? Kau..."

"Aku cuma tak nak ada kaitan dengan kau. Aku dah penat! Tapi...tak apalah." Alicia berjalan menuju ke kelas.

"Kau dah tak sayang aku ke,Alicia?" Tanya Aku sedikit terkesan dengan kata kata Alicia tadi. Langkah Alicia terhenti namun dia tidak menoleh ke arah Ali. Nafas dihela malas.

"Aku rasa kau sendiri boleh rasakannya. Lepas ni kau buat haluan kau dan aku buat haluan aku. Jangan ambil berat tentang aku seperti kau adalah abang aku lagi. Aku tak suka!"

Ali terkejut! Sangat sangat terkejut! Alicia tidak pernah berkata begitu biar pun dia seorang gadis yang dingin dan ego. Namun tidak pernah sekali pun seumur hidup Ali mendengar Alicia berkata seperti itu membuatkan dia hilang harapan.

"Okey. Kalau tu yang kau nak." Bakas Ali. Mereka berjalan berasingan menuju ke kelas.

Waktu pembelajaran berlalu seperti biasa. Namun Ali lebih banyak menghabiskan masanya dengan termenung. Biar pun guru sedang mengajarnya,namun fikirannya melayang entah kemana. Tablet yang berada diletakkan diatas meja dipandang dengan pandangan kosong.

"ALI!!! Kamu buat apa??"

"Hah? Apa yang dah terjadi?" Terkejut Ali dibuatnya sehingga dia melatah teruk seperti itu. Seluruh kelas memandang tepat ke arahnya sehingga membuatkan dia malu. Wajah guru yang paling garang disekolah dipandang dengan penuh takut.

"Kamu mengelamun ke mana sampai saya panggil kamu tak jawab? Pergi berdiri di luar SEKARANG!!!!" Teriak guru itu memarahi Ali. Ali hanya akur lalu berjalan keluar dari kelas dan berdiri di muka pintu. Ketika itu telinga Ali menangkap bunyi pelajar sedang berbisik bisik.

"Dia tu nak jadi apa nanti?"

"Itu bukan abang kembar Alicia ke?"

"Alicia pandai tapi kenapa dia bodoh sangat?"

"Malang sungguh Alicia ada abang macam dia."

Ayat terakhir membuatkan hatinya dirobek robek. Ketika itu dia terfikir,pasti sungguh malang nasib Alicia kerana memiliki abang seperti dia.

Atau lebih tepat lagi....

KEMBAR seperti dia.

Pasti Alicia menyesal kerana pernah berkongsi kantung yang sama dengannya. Pasti Alicia menyesal kerana pernah membesar dan cuba bertahan hidup di dalam rahim ibu mereka selama sembilan bulan bersama cuma dia dilahirkan awal enam minit daripada Alicia.

Pasti itulah yang difikirkannya kini.




Bersambung.....

KELUARGA!!Where stories live. Discover now