Bab 14

510 31 2
                                    

Ali mengikat tali kasut bolanya. Dia kini sedang melakukan persediaan untuk menjalani latihan bola sepak. Mujurlah dia telah berjaya melawakkan diri menjadi salah satu dari pasukan bola sepak sekolah. Kini,dia perlu berusaha untuk menjadi pemain kesebelasan utama untuk perlawanan pertama mereka.

"Hai,Ali? Bukan hari ni kau puasa. Kenapa kau datang latihan ma?" Tanya Victor saat dia melihat Ali sedang khusyuk mengikat tali kasutnya. Ali hanya tersenyum dengan pertanyaan rakannya itu.

"Memanglah. Tapi itu bukan jadi penghalang aku untuk main bola sepak. Ini minat aku." Kata Ali sambil berdiri. Dia memegang bahu Vicktor sambil tersenyum.

"Lagi pun aku nak jadi pemain utama dalam perlawanan pertama kita nanti. Aku nak jadi penyerang atau pemain tengah dari kesebelasan utama untuk perlawanan itu nanti." Sambung Ali lalu dia berlari anak masuk ke kawasan padang utama.

Victor yang mendengar kata kata Ali itu hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. Itulah Ali yang dia kenal dari sekolah rendah. Walau pun dia seorang lelaki yang lemah dan sering dibuli,namun Ali seorang yang kuat dan tidak mudah berputus asa. Dia sentiasa teguh dengan matlamatnya dengan harapan bahawa ianya akan tercapai dengan jayanya.

Alicia membuka pintu utama dan dia melihat ruang tamu itu kosong. Mujurlah Alicia sudah biasa dengan suasana itu sejak akhir akhir ini. Dia melangkah maju ke anak tangga bagi menuju ke tingkat dua.

"Alicia? Dimana Ali? Awak tak balik dengan dia ke?" Suara pertanyaan itu membuatkan langkah Alicia terhenti tanpa menoleh ke belakang. Dari suara dan cara percakapannya dia sudah tahu siapa yang bertanya.

"Tak. Dia ada latihan bola. Lagi pun aku yang tak nak balik dengan dia." Jawab Alicia.

"Tapi kenapa? Awak berdua bergaduh ke? Walau pun awak berdua sering bergaduh tapi tak pernah awak berdua balik sendiri." Ujar Iman yang sedikit pelik dengan kenyataan Alicia. Dia cukup kenal dengan dua kembar ini.biar pun mereka adalah adik beradik dan kembar yang paling kerap bergaduh,namun mereka tidak pernah merenggangkan hubungan mereka walaupun sekali.

"Saja. Lagi pun dia dah boleh jaga diri. Tak salah pon kalau dia balik sendiri." Selamba jawapan Alicia.

"Awak tak risaukan dia ke Alicia?" Tanya Iman lagi. Alicia hanya diam tanpa sebarang kutik. Dia menghela nafas.

"Tak pun. Sikit pon tak risau!" Laju saja Alicia menjawab lalu dia terus berjalan naik ke atas. Takut disoal lebih lanjut oleh Iman. Dia tidak mahu keputusan yang dia buat ini menjadi satu sebab yang membuatkan dia menyesal. Dia tidak mahu perkara itu terjadi!

Iman menghela nafasnya. Apa yang akan terjadi kepada keluarganya? Adik beradiknya? Semuanya semakin hari semakin menjauh antara satu sama lain.

Rudy dan Zass yang hilang entah kemana.

Roza pula yang cuba dihubungi namun tidak dijawab. Dia berharap agar satu hari nanti keluarganya akan kembali bahagia seperti dulu semula. Alicia membuka tombol pintu biliknya lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Setelah itu dia kembali menutup pintu dan mula menguncinya.

Tubuhnya direbahkan diatas katil tatkala beg sekolah masih berada dibelakang tubuhnya. Dia terlalu letih walaupun mahu meletakkan beg sekolahnya disisi meja belajar. Anak matanya tertumpu ke arah satu potret gambar keluarganya yang diambil ketika mereka pulang beraya di kampung lebih kurang tiga tahun lalu.

Matanya lama memerhati potret gambar itu. Gambar itu menunjukkan betapa gembiranya keluarga mereka ketika itu. Warna baju raya yang sedondon mengikut tema iaitu pink belacan walaupun dibantah keras oleh Mika,Roza dan dia sendiri.

Gambar itu menunjukkan bahawa mereka semua sangat gembira dengan senyuman yang terukir di bibir masing masing walaupun ada beberapa kesilapan yang tidak disengajakan di dalam gambar itu seperti dia yang sedang menarik telinga Ali yang hanya fikir untuk merosakkan bajunya.

Bulat pula tidak habis habis mahu makan sampai nak bergambar pun boleh makan sampai dimarahi oleh Roza,Iman dan Rudy. Yang lain hanya memerhati tanpa sedar detik waktu pada kemera yang terus berlaku. Hanya terlihat Dr.Ghazali,Jet dan Moon sahaja yang betul betul fokus pada kemera.

Alicia hanya tersenyum sendiri saat mengingati bagaimana gambar paling 'sporting' itu diambil. Apabila mengingati keadaan mereka sekarang,mampukah gambar seperti itu diambil lagi tahun ini? Alicia menghela nafas.

Roza merenung langit yang membiru itu di tingkap jendelanya. Sesekali tergambar wajah adik adiknya saat dia terlalu asyik memikirkan tentang keadaan adik adiknya di rumah.

"Kau tak nak balik ke,Roza?"

Lamunan Roza terhenti saat dia terdengar suara teguran rakan baiknya disekolah,Melur. Dia hanya menghadiankan sebuah senyuman kepadanya.

"Kalau aku balik,keadaan akan pulih seperti biasa ke?"

Terasa bahunya seperti disentuh. Roza memandang tepat ke arah Melur. Melur hanya mengukir senyuman manis kepada Roza.

"Kau sebagai kakak yang paling tua perlu mainkan peranan penting dalam masalah korang. Jangan kau biarkan ianya jadi lebih teruk. Sekarang ni bulan puasa. Tak lama lagi nak raya. Kau nak ke raya dalam suasana yang suram."

"Aku faham kalau adik adik kau termasuk kau sendiri tak mampu nak terima hakikat yang korang dah tak ada ayah. Tapi Roza,sampai bila nak bersedih? Bukankah kita tak boleh nak ratapi kematian lebih dari tiga hari? Kau perlu sedarkan mereka semua tentang kebenaran. Jangan fikirkan ala yang hilang,tapi fikirkan apa yang ada depan mata dan hargainya selagi ianya masih ada."

Roza terpaku dengan kata kata Melur itu. Kata kata terakhir Melur pernah di dengari dari mulut adiknya sendiri Alicia ketika mereka semua bersedih diatas kematian mama mereja dulu. Sedangkan waktu itu,Alicia baru berusia lima tahun malah fikirannya sudah menjadi sematang orang dewasa.

"Boleh tak kau bagi aku masa sikit lagi? Aku akan balik kerumah semula. Tapi tunggu sehingga aku betul betul bersedia."

Melur hanya mengukur senyuman kepada Roza. Dia mengangguk perlahan mengiyakan kepada permintaan Roza. Dia tahu pasti berat untuk Roza buat pilihan. Jadi dalam keadaan apa jua sekali pun Roza perlu betul betul bersedia untuk hadapinya.








Bersambung.....

KELUARGA!!Where stories live. Discover now