Bab 11

471 32 6
                                    

Zass memandang tepat kearah tapak pembinaan yang berada dihadapannya kini. Bunyi bunyi bising hasil daripada mesin pembinaan membuatkan pekerja pekerja disitu terpaksa menjerit.

"Adik buat apa dekat sini? Tempat ni bahaya tahu?" Tegur seorang lelaki separuh usia setelah melihat Zass yang masih berdiri kaku bagaikan patung ditengah tengah kerja kerja pembinaan itu.

"Maaf,pak cik. Tapi saya cari budak ni. Pak cik ada nampak tak?" Zass bertanya sopan sambil mengeluarkan telefonnya lalu menunjukkan gambar Rudy kepada lelaki itu.

Lelaki itu memandang ke arah gambar yang ditunjuk oleh Zass. Lama dia memerhati gambar itu kemudian dia mengukir senyuman kepada Zass.

"Bagus budaknya rajin. Kalau kamu nak jumpa dengan dia naik ke tingkat dua. Jangan lupa pakai topi keselamatan." Bicara pak cik itu menjawab persoalan Zass. Zass lantas mengukir senyuman lalu dia mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu. Dia segera ke tingkat dua bagi berjumpa dengan Rudy.

"RUDY!!!"

Rudy memaling ketika namanya dipanggil. Dia terkejut kerana melihat susuk Zass yang berada betul betul dihadapannya.

"Apa yang kau buat dekat sini,Zass?" Tanya Rudy selamba.

"Untuk jemput kau dan bawa kau balik! Seperti yang aku dah janjikan pada yang lain,dan pada kembar kau sendiri." Jawab Zass tegas.

"Kau tak perlu nak jemput akulah Zass. Tempat aku dekat sini! Aku seronok kerja dekat sini. Orang orang dekat sini dah anggap kau ni macam keluarga diorang."

Zass tersenyum penuh makna mendengar kata kata Rudy tadi. Mula tiba satu perkara yang perlu dia ungkitkan pada adiknya yang satu ini.

"Keluarga? Kau boleh anggap orang luar sebagai keluarga kau,tapi kenapa kau sanggup anggap keluarga kau sendiri sebagai orang luar?"

Terkedu Rudy mendengar katankata Zass yang sememangnya 'padu' tepat ke jantungnya itu. Dia merengus kasar.

"Ianya tak ada kaitan dengan kau pon!"

"Ada,Rudy! Kau je yang tak sedar. Apa yang kau buat ada kaitan dengan aku dan adik beradik kau yang lain. Cuma...ku terlalu ego untuk mengaku dan terima."

Rudy terdiam mendengar kata kata Zass tadi. Baginya,kata kata Zass itu amat 'pedas' dipendengarannya. Jika yang sedang berbicara kini Ali,pasti budak itu sudah lama di pukulnya.

"Kau marah? Kenapa kau tak nak belasah aku? Sebab aku bukan Ali?"

"Aku rasa baik kau balik kalau kau nak naikkan darah aku dekat sini,Zass!" Halau Rudy. Zass hanya menggeleng. Teks dengan keputusannya bahawa selagi Rudy tidak mahu mengikutnya,dia tidak akan berganjak dari tempat itu.

"Aku datang sini bukan nak gaduh dengan kau,Rudy. Aku cuma nak kau ikut aku balik. Dan...aku akan kekal di sini sampai kau ubah fikiran kau untuk ikut aku balik!!!"

Zass berjalan menuju ke sebuah kerusi yang terdapat di kawasan pembinaan itu. Rudy menghela nafas kesal. Susah nak buat Zass ubah fikiran jika itu yang sudah dia tetapkan. Dia dengan Roza sama saja.

Roza menaip sesuatu dikomputer ribanya. Menyiapkan latihan khusus sebelum peperiksaan STPM sebenarnya bermula tidak lama lagi. Sesekali dia termenung seketika.

Sampai bila aku nak tinggal dekat hotel ni? Fikirnya sendiri. Maklumlah kini dia sudah tinggalkan rumah. Dia terpaksa menyewa di hotel yang berdekatan sekolah bagi memudahkan urusannya untuk kesekolah.

Sesekali,dia terfikirkan adik adiknya.

Mereka baik baik saja ke?

Zass dan Rudy macam mana?

Mereka tak apa apakah diluar sana?

Persoalan itu sentiasa bermain dibenak fiirannya. Namun dia harus lakukan perkara yang sebenar untuk pastikan kesilapan tidak berulang lagi.

****

Buk!!

"Hoi! Sakitlah bodoh!"

"Siapa yang bodoh? Aku rasa kau lagi bodoh daripada aku!"

"Kau tak puas hati pasal fans kau tinggalkan kau lepas tu kau nak amuk dekat aku! Sedap makan penumbuk aku?"

"Kau ni memang nak kena dengan aku,kau tahu tak yang kau dengan Ima tumpang famous sekali sebab aku. SEBAB AKU!!"

BUK!!

BUKK!!!

Jet terkejut saat merasakan pipinya sakit ditumbuk. Namun timbukan itu bukan daripada Mika,tapi sebaliknya daripada Bulat. Pandangan sinis dihadiahkan kepada Bulat.

"Si gemuk tak sedar diri,berani kau  tumbuk muka aku,ya?" Duga Jet lalu berjalan menghampiri Bukat. Khai yang sudah menjangka apa yang akan terjadi cuba menghalangnya.

"Sudahlah tu korang. Baik kita selesaikan elok elok." Pujuk Khai.

"Kau jangan masuk campur boleh tak!!!" Tengking Jet lalu dia menumbuk muka Khai sehinggal lelaki itu terjatuh ke lantai. Bulat yang melihat tiba saja terasa bahang.

"Apa masalah kau,Jet?! Kalau kau tak puas hati dengan aku lepaskan dekat aku,jangan nak libatkan Khai!!" Marah Bulat.

"Apasal? Sebab dia kembar kau,kau nak back up dia? Kembar aku sendiri pon tak pernah nak back up aku." Balas Jet.

"Mulut kau jaga sikit,Jet. Aku dengan Iman selalu tolong kau cuma kau je yang tak pandai nak hargai." Balas Mika.

Semakin rancak pergaduhan mulut antara mereka sehingga menimbulkan aksi tumbuk menumbuk sampai lebam lebam muka. Tiada lagi teriakan gurauan seperti dulu. Hanya yang tinggal bunyi jeritan pergaduhan.

Ali yang mendengar dengan jelas pergaduhan itu dari dalam biliknya merembeskan air matanya untuk kesekian kalinya. Dia kini berada diatas tikar sejadah dengan senaskah Al Quran dihadapannya. Surah Ali Imran dibacanya.

Semakin rancak bunyi pergaduhan ditingkat bawah,semakin syahdu bunyi alunan ayat Al Quran daripada Ali. Jujur dia katakan dia sudah tidak sanggup mahu melihat,mendengar dan cuba memahami semua ini. Dia penat.

Ya Allah ya tuhanku,

Kau ampunilah dosa ahli keluarga ku. Mama dan papaku. Adik beradikku. Ampunilah mereka kerana mereka sudah terleka dan lalai.

Doa yang sentiasa dia panjatkan buat adik beradiknya. Dia sentiasa berharap agar semua ini berlaku dengan segera. Dia berharap agar semua ini berakhir dengan cepat tampa perlu ada seseorang yang terpaksa korbankan nyawa mereka lagi. Dia sudah tidak sanggup untuk hadapinya lagi,

KELUARGA!!Where stories live. Discover now