Bab 7

462 27 1
                                    

BAM!!!

Terkejut mereka yang berada di dalam wad itu setelah mendengar bunyi ketitukan pintu yang sungguh luat daripada Moon. Semua mata memandang tajam ke arah gadis berambut ponytail itu. Moon hanya mengukir senyuman sambil tertawa kecil.

"Kau ni sama macam Mika. Suka sangat buat orang terkejut." Rungut  Zass sambil mengurut dadanya. Masih lagi terasa dengan kejutan yang memang mengejut daripada Moon.

"Alaa,Zass! Aku rindu nak gurau gurau dengan korang. Dah seminggu mereput dekat hospital ni. Nanti bila aku dah keluar hospital dah kena pergi sekolah." Moon memasang muncung sedepa sambil menyilang tangannya ke dada.

"Dah! Tak payah nak muncung muncung bagai. Dah macam mulut itik aku tengok. Nanti esok lepas sekolah kita orang datang melawat kau lagi." Ujar Roza yang agak malas melayan karenah si bongsu ini.

"Ingat,jangan buat doktor dengan nurse dekat sini terkejut pula." Pesan Chris yang sudah lali dengan Moon yang suka mengusik.

Moon memusing bola matanya. Tak akanlah Chris ni tak tahu yang usikan Moon hanya untuk kakak dan abangnya saja.

"Kau ni Chris! Usikan aku tu untuk korang semua je. Sebab kita ni keluarga. Mana boleh jual senang senang dekat orang lain." Balas Moon. Chris hanya menggeleng kepala dengan sikap adiknya yang satu ini. Mereka berjakan keluar dari bilik rawatan Moon.

Suasana antara mereka sunyi sepi. Masing masing seolah olah melayan perasaan sendiri. Tiada bunyi perbualan mesra seperti dulu dan hanya suasana yang sedikit janggal antara mereka.

"Korang baliklah dulu. Aku nak pergi cari Rudy." Zass bersuara mematikan suasana janggal antara mereka.

"Kau nak cari dia dekat mana,Zass?" Jet bersuara. Langkah Zass yang beberapa tapak dihadaoan mereka itu terhenti. Dia memandang adik beradiknya dengan ekor mata.

"Aku tak tahu. Tapi aku akan bawa dia balik. Macam mana kalau Khai dan Bukat dah sedar nanti? Mesti diorang risaukan Rudy. Aku akan cari dia sampai jumpa dan pujuk dia balik." Ujar Zass lalu melangkah pergi.

Jet berlari mengejar Zass yang semakin jauh dihadapan mereka. Lengan Zass dipaut. Sekali lagi langkah Zass terhenti.

"Jangan Zass! Jangan pergi. Jangan tinggalkan kita orang. Apa akan jadi dengan keluarga kita nanti? Tolong Zass,aku merayu jangan pergi." Rayu Jet.

Zass perlahan lahan memegang tangan Jet lalu dia meleraikan pegangan tangan Jet terhadapnya. Dia menggeleng kepala.

"Maaf. Tapi aku nampak dia pergi dan aku tak halang dia. Aku yang sepatutnya bertanggungjawab. Aku perlu cari Rudy."

"Kau nak cari dia dimana,Zass!!!"

"Mana mana saja."

Zass berlalu pergi meninggalkan Jet yang masih berdiri teguh disitu. Jet hanya memandang sepi pemergian Zass yang semakin menghilang dari pandangan matanya. Dia menghela nafasnya berat.

***

"Jet! Kalau kau mengamuk macam ni masalah tak akan selesai dengan mudah. Kita boleh berbincang tentang perkara ni. Kau kena tenang dulu." Pujuk Chris bagi menenangkan Jet yang entah mengapa tiba tiba sahaja mengamuk.

"Kau nak aku duduk berbincang Chris!! Kau tahu tak apa masalah yang kita tengah hadapi sekarang ni? Rudy dan Zass yang entah kemana. Khai,Bulat dan Ali yang masih tak sedarkan diri lagi. Moon pula tak habis habis tanya pasal kita sekarang!!! Apa yang kita nak jawab dengan dia nanti??"

"Kita boleh berdalih dengan dia,Jet. Hanya untuk sementara selagi dia dekat hospital."

"Samlai bila kita nak tipu dia,Chris?? Nanti dia akan tahu juga. Kalau Ali tu mungkin kita boleh tipu,tapi ini Moon!!"

KELUARGA!!Where stories live. Discover now