Bab 17

709 40 6
                                    

Ruang tamu rumah agam milik keluarga Ghazali itu kelihatan sunyi sepi. Walaupun sudah ada 11 orang manusia berkumpul disana,namun tiada satu pun perkataan yang keluar dari mulut mereka.

Kreeek!

Bunyi daun pintu terbuk membuatkan mereka mengalihkan pandangan ke arah pintu. Terlihat kelibat seorang yang sedang ditunggu tunggu akhirnya tiba. Ali tidak terkejut saat melihat terdapat 11 pasang mata memandang tepat kearahnya.

"Ali,kita perlu berbincang. Mari sini!" Arah Alicia agar kembarnya ini turut bersama mereka selesaikan masalah yang sedang dihadapi mereka kini. Tanpa menghiraukan kata kata Alicia,Ali terus berlalu menaiki tangga. Tidak menghiraukan 11 manusia yang pastinya sedang menunggunya.

Alicia bangkit dari duduknya dan mula berlari mengejar Ali. Dia menahan laluan Ali yang sudah hampir tiba ke tingkat atas.

"Alicia! Tepi! Aku penat ni,baru lepas habis latihan. Aku nak rehat! Sekejap lagi dah nak buka puasa,malam nanti aku kena pergi terawih pula!" Tengking Ali kasar.

"Kau marahkan kami semua? Kau merajuk dengan kami semua ke? Aku kenal sangat dengan kau Ali,kau kembar aku. Marilah kita selesaikan masalah ni."

"CUKUP!!!"

Alicia terdiam saat mendengar suara tengkingan daripada Ali. Mereka yang lain juga turut terkejut. Tidak pernah mereka mendengar Ali menengkong seperti itu. Mereka yang lain memandang ke arah tangga dimana Ali dan  Alicia berada. Pasti kembar ini akan bergaduh.

"Aku tak marahkan korang semua. Aku cuma sedih. Aku kesal! Kenapa korang perlu salahkan aku semua ni berlaku. Aku mengaku! Ini semua salah aku. Kalau aku tak kacau Alicia tidur dan buat bising pasti ayah ada lagi sekarang dan raya dengan kita tahun ni."

"Tapi kenapa perkara ni boleh menyebabkan kita semua menjauh. Hari hari aku dengar korang gaduh. Aku sedih!! Mana pergi keluarga aku dulu? Korang semua adalah HARTA aku tahu."

Terpana mereka semua saat mendengar kata kata Ali tadi. Tidak mereka sangka bahawa Ali menganggap mereja semua sangat penting dalam hidupnya. Terlihat kelopak mata Ali bergenang.

"Aku tak pernah buang korang semua. TAK PERNAH!! Tapi kenapa kerana aku korang buang antara satu sama lain? Aku tak kisah kalau korang nak buang aku. Tapi janganlah buang adik beradik korang yang lain."

Sebak mereka mendengar suara Ali. Suara yang penuh serak itu jelas menunjukkan bahawa Ali amat sedih kini. Ali memandang ke arah Alicia.

"Kau dah buang aku sebagai kembar kau,Alicia. Tapi kau ingat satu benda yang aku tak pernah buang kau dari hidup aku. Kau masih kembar aku dan aku sayang kau dan korang semua." Ali menyeka kasar air matanya lalu mengukir senyuman manis. Dia terus berlalu  masuk kedalam biliknya.

Semua mata saling berpandangan antara satu sama lain. Berulah mereka sedar bahawa mereka kini sudah melakukan kesalahan yang paling besar.

"Aku harap masa boleh diputar kembali." Ujar Chris.

"Kita tak boleh putar semula masa. Tapi kita boleh ubah semuanya semula." Mereka memandang ke arah punca suara. Roza mengukir senyuman tawar. Dia berjalan menaiki anak tangga sambil menarik tangan Iman dan Alicia bersama.

"Hanya satu cara yang ada untuk ubah semuanya semula." Kata Roza. Seolah memanhami kata kata si sulung itu,mereka turut mengekori langkah Roza menuju ke bilik Ali yang tertutup rapat.

Mereka bertuah kerana dapati bahawa pintu itu tidak berkunci. Apabila pintu itu dikuak mereka sekali lagi terkejut kerana mendapati bahawa Ali sedang duduk diatas sejadah menunjukkan bahawa dia baru saja selesai habis solat asar.

"Aku rindu pada HARTA dunia akhirat ku. Kau lembutkan hati semua adik beradikku. Kau satukan semula hati kami yang kini sudah jauh. Ya Allah,kau ampunilah dosa adik beradikku kerana mereka sudah lalai dan leka dari mengingati mu. Kau maafkanlah mereka kerana telah membenci ku. Sungguhnya aku sudah pun memaafkan mereka."

"Seandainya kau sudah menakdirkan bahawa detak jantungku ini berhenti berdegup selepas ini,mereka tiada dosa walau pun sebesar zarah kepada ku. Aku sudah memaafkan mereka semuanya. Ya murahkan rezeki mereka dan kau limpahkan rahmat Mu pada mereka."

"Sekiranya kau takdirkan bahawa kami pasti akan berpisah di dunia Mu yang sementara ini,janganlah kau pisahkan kami di syurga Mu kelak. Kau temukan kami semua di syurga firdaus Mu."

Sayu suara doa itu dialunkan oleh Ali yang menangis teresak esak. Mereka yang mendengar alunan doa itu turut terasa sayunya. Pada sepuluh hari terakhir ramadhan yang mulia ini,Ali terus berdoa untuk mereka semua.

Rudy maju masuk kedalam bilik Ali. Tidak menghiraukan air mata yang kini sudah mengalir. Dia tidak mahu menjadi manusia yang paling menyesal di dunia ini. Terus tubuh Ali dipeluk dari belakang. Ali sedikit tersentak.

"Maafkan aku adik. Aku terlalu ego! Aku memang ego! Sejujur ya aku sayang kau,Ali. Jangan doa macam tu lagi. Aku tak nak hilang kau. Aku tak nak hilang HARTA aku sekali lagi."

Ali hanya diam membisu. Membiarkan tubuhnya dipeluk oleh abangnya yang paling ego itu. Matanya tertutup rapat. Dalam hatinya mengucapkan syukur.

Terasa bahawa tangannya diraih lalu dikucup,Ali memandang kehadapan. Terlihat Alicia dan juga Moon sedang menangis di hadapannya. Tangannya masih dikucup oleh Alicia,adik kembar enam minitnya itu. Dia memandang ke kiri dan kanan. Di kirinya terlihat Roza,Zass,Chris,Iman dan Mika. Manakala di kirinya terlihat Jet,Bulat dan Khai. Mata mereka masing masing bergenang air mata.

"Aku dah lama maafkan korang sebab aku sayang korang. Aku cuma nak kita jadi macam dulu semula. Aku nak raya dengan korang dan aku happy happy dengan korang macam dulu." Kata Ali. Kepala Alicia dan Moon diusap lembut.

"Aku sayang korang semua dunia akhirat." Ucap Ali. Tubuhnya kini dipeluk oleh mereka semua. Masing masing menghamburkan tangisan mereka. Tanpa sedar,Ali juga turut menitiskan air mata.

"Sudahlah tu nangis. Nanti batal puasa kita semua." Ujar Iman setelah sekian lama mereka meluahkan rasa antara satu sama lain. Bersetuju dengan kata kata Iman,mereka semua mengesat air mata yang mengalir di pipi.






Bersambung.....

KELUARGA!!Where stories live. Discover now