Bab 21[epilog]

984 50 12
                                    

Setahun kemudian....

Alicia PoV

Selamat hari jadi...
Selamat hari jadi...
Selamat hari jadi kembarku,Alicia...
Selamat hari jadi...

Selamata hari jadi,Alicia. Sekarang ni usia kau dah 15 tahun. Tahun ni kau akan berdeoan dengan ujian besar. PT3! Tapi aku rasa exam ni mudah je untuk kau. Sebab kau kan manusia paling genius yang pernah aku kenal. Kau buat betul betul tau tahun ni. Aku percaya kau boleh buat,Alicia.

Cuma aku nak kau teruskan belajar rajin rajin sampai kau berjaya capai apa yang inginkan. Kau kata kau nak jadi doktor. Nanti kalau aku sakit lagi tak perlulah aku susah susah nak cari doktor rawat aku. Sebab kembar aku sendiri doktor,kau boleh rawat aku dan adik beradik kita yang lain,kan.

Aku rasa ini saja yang mampu aku catatkan dalam diari aku kali ni untuk kau. Mungkin ini adalah kali terakhir kau lihat tulisan tangan aku dalam buku diari ni. Dihalaman sebelah aku dah sediakan beberapa keping gambar aku mana tahu kalau kau rindu dekat aku pula.

Ingat,ya Alicia.

Dulu,kini dan selamanya kau tetap kembar aku. Selamanya kembar aku. Kau dan aku kongsi rasa yang sama dan jiwa yang sama. Kalau kau nak aku rasa bahagia dan gembira,kau kena gembira dan bahagia dulu,ya? Sebab kebahagiaan dan kegembiraan aku terletak pada kebahagiaan dan kegembiraan kau.

Salam rindu buat kau dari aku.

Kembarmu,
Ali.

Air mata yang menitis perlahan itu aku seka. Surat terakhir Ali untuk aku sering kali aku baca walaupun sudah acap kali aku membacanya. Tak pernah jemu dengan tulisan tangan milik kembar kesayanganku ini.

"Alicia? Awak dah siap? Marilah cepat nanti kita terlewat ni." Teguran Iman mematikan lamunan aku. Aku mengukir senyuman manis buat Iman. Terus aku menyimpan buku diari milik Ali dalam laci meja belajar ku lalu aku melangkah keluar dari bilik.

"Awak baca surat tu lagi?" Duga Iman. Aku hanya mengangguk. Iman tidak memberi sebarang reaksi. Dia tahu aku amat merindui Ali. Kami bersama melangkah menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Terdapat dua buah kereta sedang menanti aku dan Iman.

*****

Aku memeluk Roza lama. Bangga dengan kejayaannya dalam sijil pelajaran tinggi(STPM). Bangga aku dapat kakak sulung macam dia.

"Tahun ni giliran kau pula Zass. Buat betul betul kalau kau nak aku belanja kau baju polo yang kau minta dekat aku hari tu." Aku mengusik Zass. Zass hanya tersenyum lalu dia meramas rambutku kasar. Habis jahanam rambut serta cekak rambut aku. Zass mengenyitkan matanya padaku.

"Baiklah,Icha." Bisik Zass perlahan.

Aku terpana dengan kata kata Zass tadi. Tiada sesiapa di antara adik beradik aku yang memanggil aku dengan panggilan 'Icha' kecuali seorang. Dan..orang itu adalah Ali. Aku berusaha mengawal emosi. Aku tak mahu menangis disini. Malu!

Bahu aku disentuh lembut oleh Mika dan Jet. Dua kembar yang dulunya bergaduh kini benar benar sudah berbaik kerana dia. Aku juga begitu. Dulu...aku dan dia juga sering bergaduh bagaikan anjing dan kucing. Dengan sikap aku yang tak mahu mengalah dan sikap dia juga yang tidak mahu mengalah. Memang bagus nak buat jadi lawan.

Tapi kini,segala kenangan aku dengan dia aku akan simpan kukuh dalam hati. Tak mungkin aku akan pernah melupakan kenangan manis ini. Kerana dia adalah KELUARGA aku.

"Jom kita pergi makan. Aku belanja." Ujar Chris. Mendengar saja perkataan 'belanja' yang keluarnya dari mulut Chris,terus sahaja bersorak mereka semua. Dalam diam aku juga seronok. Siapa tak bahagia kalau dah kena belanja. Lagi lagi dengan adik beradik kau sendiri. Aku dan Moon diantara orang pertama yang berjalan menuju ke arah kereta yang diletakkan di parking.

Langkah kakiku terhenti saat mata menangkap kelibat susuk seseorang yang sedang bersandar di pintu kereta. Mungkin lelaki ini sedang menanti kami.

Langkah kaki adik beradik ku yang lain juga terhenti. Pandangan mata mereka juga seakan tidak percaya. Aku jauh lebih tidak percaya. Lelaki itu mengukir senyuman paling manis yang pernah aku lihat. Aku tak pernah lihat senyuman semanis itu daripadanya.

Tanpa aku sedar bahawa air mata sudah jatuh berjurai,dia terus sahaja mendakap aku.

"Apasal kau nangis ni? Mana oergi kembar aku yang hati batu tu? Kenapa hati tisu sangat ni?" Guraunya tanpa perasaan. Aku meleraikan pelukan kami lantas dada bidangnya aku tumbuk kuat. Dia tertawa.

"Kau buat kami semua risau tahu! Kami ingat kau dah mati sebab degupan nadi kau lemah sangat masa buat pembedahan itu. Doktor kata kemungkinan untuk kau sihat dan hidup sangat tipis." Amuk aku. Dia masuh lagi dengan senyumannya.

"Aku kan pernah cakap,aku kuat kalau bersama keluarga aku. Korang semua semangat aku dan kemuatan untuk aku terus berjuang dengan hidup aku sampai hari ni. Dan...hari ni aku disini adalah untuk raikan kejayaan kakak sulung aku dalam STPM dia." Ujarnya.

Aku mengukir senyuman indah. Lega namun lebih kepada syukur. Aku bersyukur aku masih diberi peluang untuk bersama dengannya lagi.

Pada hari raya pertama tahun lepas,Ali menyatakan hasratnya untuk melakukan pembedahan keatas tiub yang kecil bagi jantungnya. Kini asma Ali sudah semakin pulih tapi Ali masih perlu mengambil ubat hanya jika perlu. Ali juga sudah mamlu mengawal asmanya dengan baik sejak pembedahan itu. Syukur sangat dia sudah semakin sihat walau pun keadaannya sedikit membimbangkan aku.

"Alu dengar abang Chris kita nak belanja makan. Apa kata kalau kita pergi berkelah dekat pantai sambil tangkap gambar. Lagi best." Cadang Ali. Tanpa banyak bantahan,mereka semua setuju. Aku memang tak banyak bunyi dan aku ikutkan saja. Kami masuk kedalam kereta dan mula bergerak ke pantai.

Klikkk!

Klikk!!

Klikk!!!

Kami bergambar dan bersuka ria bersama sekali lagi. Kami memerhati gambar yang diambil tadi. Hanya ada satu gambar saja yang membuatkan kami semua menoleh ke arah Ali dan Bulat. Mereka memandang dengan wajah kosong tanpa perasaan. Kerana mereka berdua gambar yang satu itu menjadi 'cacat'. Geram betul dibuatnya.

Tapi tak mengapa.

Walau apa pun hasilnya,mereka tetap keluarga aku. Harta dunia akhirat aku. Walau aku ditawarkan dengan emas sebesar gunung dengan mereka,aku lebih rela menolak dan memilih mereka.

Kerana...

Bagi aku mereka semua tidak pernah akan ada ganti. Hilang mereka tidak ada galang gantinya. Itu yang pasti!

Kerana...

Hanya mereka yang mampu faham dan kenal siapa aku.

Ya!

Hanya mereka.

Keluarga aku.






Tamat...

KELUARGA!!Where stories live. Discover now