Bab 9

469 31 0
                                    

"HYAAA!!!"

Cikgu Airel terkejut saat melihat punch bag  yang sudah rosak hasil daripada tendangan padu Alicia tadi. Dahsyat betul budak sorang ni. Apabila melihat Alicia seperti mahu memberikan tendangan lagi,terus sahaja dia menegah.

"Eh,Alicia! Cikgu rasa cukup untuk hari ni saja latihan kamu. Prestasi kamu juga cikgu lihat semakin meningkat. Kita jumpa esok,kamu boleh balik." Ujar Cikgu Airel kepada Alicia.

Alicia hanya mengangguk lalu dia beredar keluar dari bilik latihan taekwando itu. Melihat yang Alicia sudah beredar pergi,dia memandang ke arah punch bag  yang kini sudah tiada rupa seperti punch bag  lagi oleh kerana penangan tendangan Alicia. Dia mengeluh sendiri.

Alicia menunggu Ali ditemlat biasa. Pada waktu begini,dia tahu Ali masih dengan latihannya. Jadi dia membuat keputusan untuk bermain dengan telefon bimbitnya.

Ting!

Terus aplikasi whatsApp dibuka lalu dia dia baca mesej yang diterimanya daripada Iman.

'Alicia,tolong saya beri barang dapur,boleh? Saya hantar list dekat awak. Guna dulu duit awak dengan Ali dulu. Nanti dah sampai rumah saya ganti semula. Terima kasih.'

Alicia membalas pesanan itu dengan menghantar emoji 'okey' kepada Iman. Lalu telefon kembali disimpan ke dalam beg sekolah.

Saat itu Alicia terkejut apabila melihat sebotol inhaler  biru terdapat dalam beg sekolahnya. Keningnya berkerut mahu mengingatkan bagaimana alat bantuan pernafasan ini boleh ada dalam simpanannya.

"Ali!"

Itu saja perkataan yang keluar dari mulutnya. Mengingatkan bahawa kembarnya mungkin memerlukan alat ini waktu itu. Terus sahaja dia bangun dari duduk dan berlari menuju ke padang sekolah.

Ali berlari laju ketengah padang sambil membawa bola. Riak wajahnya sungguh gembira. Dapat juga dia menghilangkan peluh dan juga tekanannya.

"Ali,pass sini! Aku kosong!!" Victor yang ada disebelahnya melambai tangan meminta bola yang ada di kaki Ali. Ali pantas menendang bola ke arah Victor lalu dia berlari keluar padang. Dadanya terasa sakit ketika itu namun ditahan. Dia tidak mahu sehingga namanya dikeluarkan dari senarai ahli pasukan bola sepak sekolah.

"Ali..."

Ali menoleh ketika dia mendengar namanya diseru. Senyuman manis diukir buat insan itu. Ali memang murah dengan senyuman. Tapi senyuman paling manis Ali hanya untuk kembar kesayanganny itu.

Kesayangan?

Ya! Ali sangat menyanyangi Alicia. Walaupun Alicia garang macam singa,ego tinggi mengalahkan langit,suka penumbuk dia. Tapi satu saja yang orang luar dan yang tidak rapat dengan Alicia tidak tahu.

Alicia sebenarnya seorang yang sangat penyanyang. Cuma dia terlalu ego untuk tunjukkan sifat yang satu itu. Dia terlalu prihatin terhadap orang yang dia sayang. Sehingga sanggup dia mengabaikan dirinya sendiri.

"Dah habis latihan? Boleh tunggu sekejap. Aku ada lima minit lagi sebelum habis. Nanti kita balik sama sama. Tapi kalau kau tak boleh tunggu,kau boleh balik dulu."

Alicia hanya diam membisu. Dia memerhati dari tadi. Nafas Ali tersekat sekat. Mungkin sekarang Ali sedang menahan sakit.

"Aku cuma nak berikan kau ini." Sambil menghulurkan botol biru itu kepada Ali. Ali memandang botol biru itu dengan wajah terkejut. Terus dia memegang tangan Alicia mengisyaratkan agar gadis itu menyembunyikan alat bantuan itu.

"Aku tak perlukan benda tu." Kata Ali.

"Tapi keadaan kau menunjukkan yang kau memerlukannya."

"Aku kena pergi."

KELUARGA!!Where stories live. Discover now