Bab 2

655 40 0
                                    

Kring!!

Loceng waktu rehat berbunyi. Semua pelajar tingkatan empat dan lima berpusu pusu mahu ke kantin sekolah kerana tidak mahu beratur panjang. Iman,Mika dan Jet berjalan beriringan menuju ke kantin sekolah. Memang tidak pernah berenggang langsung kembar tiga ini.

"Itu dia Jet!!" Teriak seorang pelajar perempuan membuatkan tiga pasang mata ini memandang ke arah punca suara itu. Mereka terkejut. Ramai pelajar perempuan berpusu pusu mengelilingi mereka semata mata mahu meminta tandatangan Jet dan juga mahu bergambar bersama.

Iman dan Mika yang sudah rimas dengan situasi itu terus sahaja meloloskan diri mereka dalam sesakan pelajar pelajar itu. Jet yang masih lagi terkepung meraung meminta pertolongan.

"Pandai pandailah kau fikir macam mana nak lepaskan diri. Kita orang tunggu kau dekat kantin." Ujar Mika lalu dia menarik tangan Iman agar Iman mengikutinya ke kantin.

"Iman! Mika! Tolonglah aku!!" Teriak Jet yang masih dalam masalahnya.

"Jet,saya peminat setia awak!"

"Jet,saya sayang awak!!"

"Jet,awak handsomelah!!"

Jet hanya mengeluh. Mahu tak mahu terpaksalah dia melayan. Jika tidak makin rumit keadaannya nanti.

Chris sedang asyik meneliti tabletnya dari tadi. Sebenarnya d8a sedang membuat ulangkaji. Tabiat Chris yang tidak suka makan pada waktu rehat. Dia berada di kantin ini hanya untuk berehat bersama adik adiknya saja.

BAM!!

"OPOCOT mak kau terjatuh longkang!!!!" Terkejut Chris dengan bunyi tamparan meja tadi. Mujur pen yang sedang di pegangnya tidak tercampak merata. Jika tidak puaslah dia mahu mencarinya semula.

Kedengaran bunyi manusia yang sedang mengekek ketawa melihat dia melatah tadi membuatkan Chris merenung mereka berdua tajam. Dia tahu sangat semua ini angkara siapa. Pastilah Mika! Iman? Tak mungkin dia akan buat begitu.

"Memang sukakan buat aku terkejut macam tu. Kalau aku ada sakit jantung tadi,tak ke keras dah aku dekat sini!" Rungut Chris. Mika dan Iman melabuhkan punggung mereka di kerusi berhadapan dengan Chris. Dua gadis ini masih dengan sisa tawa mereka.

"Alaaa,Chris! Ini baru sikit. Kalau nak bandingkan dengan Moon dan Ali tu,aku rasa kau tak akan tidur malam punya." Mika cuba membela diri dengan usikan yang baru dia lakukan kepada Chris tadi. Chris hanya mengcebik bibirnya malas melayan.

"Mana Jet? Bukankah korang akan keluar dengan korang sekali?" Duga Chris ketika dia tidak melihat kelibat salah satu daripada kembar tiga itu. Mika dan Iman hanya memasang muka toya.

"Macam biasa,Jet buat fan meet dengan peminat dia. Nanti dia datang." Jelas Iman sambil mengangkat jari membuat tanda 'peace' lalu digerakkan. Mendengar jawapan Iman tadi,Chris hanya mampu menggeleng kepala.

"Huh! Huh! Huh!"

Tiga manusia ini menandang tepat ke arah figura yang sedang duduk di sisi Chris. Air sirap limau yang Chris beli tadi dihirupnya rakus. Tak ada insurand betul mamat ni. Chris membuntang mata terkejut.

"Ya Allah! Kenapa teruk sangat kau ni Jet?" Tanya Chris yang pelik dengan penampilan adiknya yang sorang ni. Tak terurus! Jet menghenpas cawan plastik yang isinya sudah kosong tanpa meminta keizinan daripada Chris terlebih dahulu untuk meminumnya.

"Aku kena kejarlah wei! Penat aku lari sampai sini. Karang sekejap lagi cormfirm diorang sampai nak serang aku dekat sini." Adu Jet meminta pertolongan Chris. Jika Roza atau pun Zass ada,pasti mereka berdua yang akan diminta bantuan.

KELUARGA!!Where stories live. Discover now