Bab 3

558 39 0
                                    

"Ali!!! Apa dah jadi dengan kau ni??" Tanya Khai setelah melihat kelibat tiga manusia melangkah masuk ke dalam rumah. Ali menggaru belakang lehernya  yang tidak gatal. Dia mati kutu untuk menjawab soalan Khai tadi.

"Ni mesti kau kena buli dekat sekolah lepas tu Alicia dan Moon datang sebagai heroin kau." Bidas Rudy menjawab  bagi pihak Ali. Semua mata memandang ke arah tiga manusia yang masih berdiri di muka pintu itu meminta kepastian dzripada kata kata Rudy tadi.

Lama kelamaan Ali hanya mengangguk sebagai jawapan. Mereka yang lain hanya menghela nafas. Apa nak kadi dengan anak  Dr.Ghazali yang sorang ini. Lembik tahap gaban! Selalu jadi mangsa buli dan selalu juga jadi mangsa tipu oleh mereka yang tidak berhati perut dikuar sana. Ali mengikut perangai siapa pun mereka tak tahu. Sangat jauh beza dengan sikap adik kembarnya,Alicia.

Alicia yang bersikap ganas dan garang tidak seperti Ali yang lebih cenderung kepada sikap yang sedikit lembut. Namun tidaklah seperti pondan atau mak nyah! Alicia lebih pintar berbanding Ali yang sedikit jauh ketinggalan daripada Alicia. Alicia juga lebih tinggi berbanding Ali walaupun Alicia lahir enam minit lebih lewat berbanding Ali.

"Kenapa duduk dekat depan pintu tu. Alicia,Moon pergi mandi dulu nanti kita boleh makan sama sama. Roza dengan Mika tengah masak tu. Ali,mari sini,Iman rawatkan lebam lebam tu." Suara Iman sekali lagi mematikan suasana janggal diantara adik beradik mereka.

Ali,Alicia dan Moon hanya akur lalu mereka mula masuk ke dalam rumah. Ali mula mengekori Iman yang sudah mempelawa dirinya untuk merawat kesan lebam yang terdapat pada muka Ali. Moon dan Alicia pula membawa tubuh mereka menuju ke bilik untuk membersihkan diri.

"Auch!! Sakitlah Iman!!" Rungut Ali ketika ais yang sudah dibalut dengan kain itu mengenai tempat lebamnya itu.

"Ali tu yang kena tahan sikit. Jemanglah sakit sikit kalau tak macam mana nak baik?" Duga Iman lagi. Dia memang sudah biasa membahasakan nama sebagai gelaran diri jika bercakap dengan Ali. Maklumlah Ali ni jenis yang sempoi. Jadi tak perlu nak rumit rumit dengan Ali.

Ali hanya berdiam diri dan hanya membiarkan sahaja ais yang ada di tangan Iman melekat di wajahnya yang lebam. Dia hanya diam sahaja tanpa sebarang bunyi cuba menahan sakit.

"Iman rasa,Ali ni macam ada masalah. Ada apa dengan Ali sebenarnya?" Tanya Iman lebih serius ketika dia mula merasakan bahawa Ali seperti memendam sesuatu. Ali hanya tertawa kecil lalu memandang Iman sambil mengukir senyuman manis.

"Tak ada apalah Iman. Ali cuma risau sebab peperiksaan dah nak dekat. Tapi Ali tak rasa yang Ali bersedia untuk menghadapinya." Beritahu Ali. Memang agak janggal bila mengadu masalah sendiri dengan Iman namun Ali tak kisah. Ali mampu percayakan Iman dan adik beradiknya yang lain seperti mana dia percayakan kembarnya sendiri,Alicia.

"Apa yang Ali nak risaukan? Ali buat saja yang terbaik." Pujuk Iman cuba meyakinkan adiknya ini. Ali hanya menghela nafas berat. Ali kembali memandang Iman. Mengharapkan agar kakaknya ini tahu keresahan hatinya.

"Iman tahu yang ayah akan balik dari luar daerah awal bulan depan?" Ali menduga. Iman hanya mengangguk tanda bahawa dia juga sudah tahu berita tentang kepulangan ayah mereka pada awal bulan depan daripada Zass yang sering berhubung dengan Dr.Ghazali melalui rantaian internet.

"Ali risau kalau Ali tak dapat  capai terget ayah, hadiah cuti persekolahan kita nanti akan dibatalkan. Ali tak nak hari cuti kita hanya dihabiskan dirumah." Jujur Ali.

Iman tersenyum lembut. Itulah apa yang sering dirisaukan oleh Ali rupanya. Dia risau hanya kerana dia yang tidak berjaya mencapai target yang sudah ditetapkan oleh Dr.Ghazali,janji percutian pada cuti sekolah akan dibatalkan.

"Ayah,cuti sekolah nanti kami dah habis peperiksaan pertengahan tahun." Beritahu Moon.

"Jadi,kamu nak ayah buat apa?" Tanya Dr.Ghazali yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu.

KELUARGA!!Where stories live. Discover now