Cerita di kampung kubang kuala Part 2
Hujung minggu itu, Azlan seperti biasa akan duduk di tepi sungai belakang rumah neneknya, dia telah berjanji dengan Abu dan Salim untuk membuat rakit buluh hari ini bersama-sama untuk menyusuri sungai ini hingga ke hulu sungai mencari lubuk ikan lampan jawa dan kelah yang banyak di situ. Lama dia duduk berseorangan di atas pangkin tepi sungai tersebut menunggu mereka berdua hingga dia mengantuk dan terlelap pula mendengar bunyi air sungai yang mengalir disitu. Seketika kemudian kelihatan dua orang kawan baiknya sampai disitu. Mereka kemudian mengejutkan Lan yang sedang tidur itu.
Abu :' Lan..bangunlah..tidur lak dia ni, Abu kejutkan kawannya yang lena di atas pangkin. Salim ko tengok si Lan ini bukan main sedap lagi dia tidur, sampai meleleh air liur tu, semalam dia yang beria janji nak cari buluh buat rakit dengan kita.'
Salim: 'Hmm...Abu aku ada idea, nak aku siram sikit air sungai kat muka dia ke Abu?' sambil dia tersengih.
Abu :' Haha...boleh gak ko kalau bab idea jahat aku bagi kat ko Lim pikir, aku tengok lena betul dia tidur ini'. Salim kemudian turun ke gigi air sungai untuk menadah air mengunakan tangannya lalu di bawa air tersebut dan di siram ke muka Azlan yang nyenyak tidur tadi. Terperanjat Azlan apabila air sungai sejuk itu terkena mukanya. Abu dan Salim hanya tergelak melihat telatah Azlan mengelap mukanya basah dengan bajunya.
Abu : 'Haa...bangun pun putera gunung kita, nasib aku dengan salim tak angkat ko lempar kat dalam sungai tadi kalau tak sedar-sedar jugak'. kata Abu sambil tersengih.
Azlan : 'Apa laa korang...terkejut aku, ingat air apa tadi kena muka aku, aku tunggu ko orang sini punya lama tau,janji 2.30 petang..sekarang dah kul 3, itu yang aku tunggu korang sampai tertidur atas pangkin ini tadi. Hmm.. Okay projek kita hari ini kita pergi cari buluh kat rumah Tok Man sebelah sana nak?
Haa..Tok Man? jawap Salim dan Abu serentak sambil memandang antara satu sama lain.
Azlan :' kenapa ko berdua ni.. kat rumah Tok Man lah, mana lagi kat tepi sungai ni nak dapat pokok buluh banyak ....ko orang takut ke dengan Tok Man ke? dekat sana ada rimbun buluh yang besar, kita boleh ambil kat sana sikit buluh yang besar-besar dan buat rakit kita', terang Azlan lagi
Di antara mereka bertiga ini semua mempunyai karekter masing-masing, Azlan kebiasaannya akan merancang semua aktiviti yang mereka buat, Abu selalu yang paling penakut tapi rajin untuk membuat kerja yang di suruh, Salim pula yang paling suka menyakat dan kepalanya gila-gila sikit diantara mereka bertiga.
Abu :' Aku bukan takut Lan, aku dengar dia bela hantu raya Lan. Bukan aku cakap ramai orang kampung di sini cakap. Hantu raya itu yang tolong dia berubat itu.'Cerita Abu dengan bersungguh-sungguh.
Salim :' Suara ko macam takut hantu aje aku dengar tu Abu'. Salim ketawa melihat kawannya.
Azlan : Ahh... ko ni Abu cepat percaya betul dengan semua itu, tak baik tahu ko main tuduh tanpa bukti, lagipun Tok Man kenal dan baik dengan kita bertiga, aku percaya dia tak kan nak buat apa-apa lak kat kita tu. Lagi pun kita cuma nak cari buluh dekat dengan rumah dia aje kan.'
YOU ARE READING
Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)
RomanceKisah yang berlaku dalam satu kampung . Watak utama adalah Azlan di bantu oleh Abu ,Salim,Tini dan juga Misah. Tak lupa juga Nenek Yam dan Kak Ima yang tinggal bersamanya. Dia tinggalkan oleh ibu kandung Munirah yang berhijrah ke bandar besar sejak...