Part 15(perjanjian dendam baru)

15.9K 162 3
                                    

Cerita di kampung kubang kuala Part 15

Kelihatan sebuah kereta berwarna biru sedang menunggu di luar kelab golf Saujana Golf  & Country Club Subang. Di dalam kereta itu kelihatan seorang lelaki duduk di tempat pemandu dengan penuh sabar menunggu kelibat seseorang . Lelaki tersebut adalah Aziz bekas suami Munirah, dia mengekori Datin Kamariah dari rumahnya lagi hingga dia masuk ke kelab golf ini tadi untuk bermain golf. Sejam kemudian kelihatan Datin Kamariah bersama berberapa kawannya memasuki club house di dalam kelab golf terbabit untuk membasah tekak setelah habis bermain golf tadi.

Setelah menghabiskan  minumannya, kelihatan Datin Kamariah yang bercermin mata hitam berjalan ke keretanya, pemandunya pula sedang mengisi peralatan golfnya ke dalam but keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah menghabiskan  minumannya, kelihatan Datin Kamariah yang bercermin mata hitam berjalan ke keretanya, pemandunya pula sedang mengisi peralatan golfnya ke dalam but keretanya. Aziz kemudian keluar segera dari keretanya menghampirinya.

Aziz : 'Maaf ...puan ini Datin Kamariah ke? boleh saya bercakap sekejap dengan Datin'? Tanya Aziz tiba-tiba.

Datin Kamariah : 'Siapa pulak kamu ini? Halim tolong panggil security guard kat depan sana ada orang tiba-tiba kacau saya ini'. Halim adalah pemandu kepada Datin Kamariah kemudian melambai tangan ke arah security guard yang tidak jauh dari situ. Security guard  itu kemudian berjalan menghampiri mereka.

Aziz :' Datin nanti dulu, bagi saya cakap sekejap, saya cuma nak bincang  dengan Datin sekejap sahaja, ini berkenaan Dato Rashid, suami Datin'.

Datin Kamariah : 'Kenapa dengan suami saya? kamu ini siapa pula?'

Aziz kemudian menghulurkan sekeping gambar kepada Datin Kamariah, dia dalam gambar tersebut kelihatan, Dato Rashid sedang makan sambil berpegang tangan dengan Munirah di sebuah hotel. Mereka kelihatan amat mesra sekali.

Datin Kamariah:' Mana kamu dapat gambar suami saya ini?' aku rasa tak silap aku, aku pernah nampak kamu di balai hari tu kan.

Aziz : 'Yer Datin betul....nama saya Aziz Datin, saya bekas suami wanita dalam gambar itu, saya perlu bercakap dengan Datin sekejap berkenaan hal ini', kelihatan pada ketika  itu security guard di kelab golf itu sedang memegang tangannya.

Datin Kamariah :'Tolong lepaskan dia, maaf saya tersilap orang tadi, saya kenal dia, security guard kembali melepaskan tangan Aziz, aku tak boleh di lihat bercakap disini dengan kamu sekarang, tapi kamu mahu berjumpa aku, kamu boleh ikut aku kemudian, kita bercakap di luar kelab golf ini.  Kamu tunggu di pintu depan sana,ikut sahaja kereta aku'. Aziz hanya mengangguk paham, dia kemudian beredar dari situ sambil di iring oleh security guard tadi.

Kereta Mercedes yang membawa Datin Kamariah  memasuki ke kawasan perniagaan di Subang Jaya itu, kereta itu kemudian berhenti di sebuah restoren yang agak tersorok di hujung bangunan disitu. Datin Kamariah masuk kedalam restoren tersebut, Aziz kemudiannya duduk di depannya dimeja makan itu.

Aziz: 'Datin tahu tak kenapa saya di tahan polis semasa di Taman Tasik Perdana tempohari? ia sebab inilah'. Aziz menunjukan berberapa keping lagi gambar Dato Rashid dengan bermesra dengan Munirah.

Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)Where stories live. Discover now