Cerita dikampung kubang kuala Part 23
Keadaan kesihatan nenek sehari dua ini lemah sahaja, dia banyak berehat di atas tilam nipis di ruang tamu rumahnya. Sekali sekala dia bangun dan duduk di atas kerusi rotan yang disukainya sambil menjahit baju-bajunya yang ada terkoyak untuk menghilangkan rasa kebosanannya. Sejak balik dia dari Temerloh tempohari, ini sahaja aktivitinya dia mampu buat. Kak Ima pula menjaga nenek seperti biasa, makan minum serta mandi nenek dijaganya setiap hari tanpa kurang. Kadang-kadang nenek mengadu badannya rasa panas sejuk macam mahu deman, kak Ima akan terus memberikan nenek ubat bagi melegakan demannya. Azlan pula akan menolong neneknya menguruskan kerja-kerja berat dirumah mereka itu, disebabkan kesihatan nenek tidak mengizinkan kebelakangan ini, hanya Azlan yang pergi menoreh getah dan tengok-tengokan ladang sawit nenek itu setiap hari selepas dia balik dari kelas tambahan di sekolahnya sebelah petang itu.
Berberapa hari selepas itu pun badan nenek masih lagi belum reda dari demannya, kadang-kadang dia batuk tak berenti dan di susuli dengan susah hendak bernafas macam dia menghadapi sakit lelah pula. Azlan dan Kak Ima risau melihat keadaan kesihatan nenek berlarutan macam itu. Mereka membuat keputusan untuk membawa nenek ke hospital dengan segera. Sampai di hospital nenek dimasukkan terus ke wad kecemasan. Salah seorang doktor di situ yang memeriksa nenek memaklumkan kepada kak Ima dan Azlan bahawa keadaan nenek masih stabil buat masa ini, mereka perlu menunggu keputusan ujian darah dan berberapa ujian lain yang dijalankan oleh doktor tadi untuk pengesahan lanjut tentang penyakit nenek.
Hampir sejam menunggu dihospital itu, laporan ujian yang dibuat oleh doktor tadi keluar. Kak Ima menarik nafas panjang, bersedia dengan apa sahaja yang akan di beritahu doktor yang merawat nenek tadi.
Sedih? yer memang mereka sedih sekarang. Tiada yang dapat di gambarkan ketika itu. Kak ima dan Azlan berjalan semula ke wad kecemasan itu untuk berjumpa dengan doktor tadi.
Kak Ima : 'Doktor...macam mana keadaan nenek saya? 'Dia dengan Azlan menunggu dengan penuh sabar jawapan dari doktor terbabit.
Doktor: 'Nenek awak mengalami sakit paru-paru berair (pulmonary edema)'.
Kak Ima :' Haa...sakit paru-paru berair? habis macam mana doktor bole dirawat ke penyakit tu?'. Dia sedikit panik selepas mendengar doktor berkata berkenaan penyakit nenek.
Doktor : 'Nenek puan ada masalah untuk bernafas dan ada bengkak di bahagian kakinya. Ini mungkin disebabkan oleh arteri yang membekalkan darah kepada otot jantungnya menjadi sempit disebabkan pemendapan lemak. Injap saluran jantung ini yang mengawal aliran darah sudah tidak berfungsi dengan betul, perkara ini kerap berlaku kepada orang tua yang berumur 70 hingga 85 tahun. Disebabkan itu saya sudah membuat pemeriksaan lanjut tadi mengunakan dua lagi ujian Ekokardiogram (ultrasonik pada jantung) dan Elektrokardiogram (ECG) ke atas nenek kamu untuk melihat jika ada masalah pada otot jantungnya dan keputusan ujian tersebut tidak menunjukkan keadaannya serius, Hmm...awak berdua boleh berjumpa dengannya sekarang, tapi jangan ganggu dia sangat , bagi nenek awak rehat secukupnya itu.
YOU ARE READING
Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)
Storie d'amoreKisah yang berlaku dalam satu kampung . Watak utama adalah Azlan di bantu oleh Abu ,Salim,Tini dan juga Misah. Tak lupa juga Nenek Yam dan Kak Ima yang tinggal bersamanya. Dia tinggalkan oleh ibu kandung Munirah yang berhijrah ke bandar besar sejak...