Cerita dikampung kubang kuala Part 12
Azlan sedang berehat di ruang tamu rumah maknya, dia baru selesai menjemur kain di jemuran belakang tadi, sambil tersenyum dia memerhatikan rancangan TV kesukaannya. Tiba-tiba telefon di rumahnya berbunyi. Siapa lak yang telefon ini? tanya dia dalam hatinya, dia kemudian bangun dan mengangkat ganggang telefon terbabit.
Azlan : 'Heloo..sapa tu?' tanya Azlan dengan ringkas.
Kak Ima : 'Azlan..Kak Ima ni, mak Lan mana?'
Azlan : 'Ohh..Kak Ima , mak takda dia pergi outstation dua hari ini kak, Lan sorang aje ada kat rumah ini. Kenapa akak telefon tiba-tiba ini, nenek tak sihat ke? tanya Lan sedikit bimbang terhadap kesihatan neneknya.
Kak Ima : 'Tak lah, nenek sihat kadang-kadang adalah dia deman sikit tu Lan, dia rindu kat kamu barangkali, itu yang dia minta akak telefon kamu tanya khabar kamu sekali ni. Sejak kamu pergi kuala lumpur tu, satu khabar berita pun tak dengar. Kamu sihat ke kat sana Lan?' Tanya Kak Ima.
Azlan : 'Sihat kak, ohh yer ke..sian nenek, cuma kadang-kadang bosan gak asyik duk rumah ni lebih-lebih lagi duk sorang-sorang, nanti akak pesan kat nenek yer, balik dari kuala lumpur nanti Lan akan tolong nenek menoreh balik dan teman dia. Rindulah Lan kat nenek dan Kak Ima kat sana tu, tak sabar rasa nak balik kak'
Kak Ima:' Biasalah tu, Lan kan tak biasa duk di bandar tu, Lan akak nak pesan sikit ini, nanti mak kamu balik, minta dia tolong telefon akak yer. Akak ada hal sikit nak cakap dengan dia. Okaylah Lan, nanti kirim salam akak kat dia yer sekali.'
Azlan melihat pintu belakang rumahnya di buka semasa dia bercakap di telefon itu, kelihatan Amira sedang membawa lauk yang diletakan di atas dulang kepada Azlan, Azlan hanya mengangkat tangan pada Amira supaya meletakan dulung berisi lauk tadi di atas meja dan tangannya melambai menyuruh Amira menunggu sekejap di meja makannya itu.
Azlan : 'Baiklah kak, nanti saya bagitahu mak, Kirim salam rindu kat nenek yer sekali kak'. Kemudian ganggang telefon itu diletakkan. Azlan berjalan ke arah Amira yang menunggunya di meja makan tadi.
Azlan :' Hmm... sedapnya lauk awak bawak hari ini, awak yang masak ke?' tanya Azlan
Amira : 'Hmm..ikan goreng ini saya masaklah bersama sambal belacan tu, sup tulang ini pula mak yang masakan tadi sebelum dia pergi kerja'.
YOU ARE READING
Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)
Roman d'amourKisah yang berlaku dalam satu kampung . Watak utama adalah Azlan di bantu oleh Abu ,Salim,Tini dan juga Misah. Tak lupa juga Nenek Yam dan Kak Ima yang tinggal bersamanya. Dia tinggalkan oleh ibu kandung Munirah yang berhijrah ke bandar besar sejak...