Cerita di kampung kubang kuala Part 3
Balik aje dari menangkap ikan di hulu sungai dengan Abu dan Salim, aku masuk melalui pintu belakang rumah nenek terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri, aku memberikan berberapa ekor ikan lampam jawa yang aku dapat tangkap tadi kepada kak Ima untuk dia masak malam nanti. Siap mandi aku berehat di ruang tamu itu kepenatan setelah seharian aku keluar dengan Abu dan Salim menangkap ikan, aku sempat melihat nenek duduk di atas kerusi malasnya sambil sibuk menampal pakaiannya yang koyak, dia kemudian memandang kearah ku.
Nenek : 'Lan....mari sini kejap nenek nak cakap sikit. Aku terus bangun lalu berjalan kearahnya dan duduk bersila di hadapan nenek.
Azlan :' Ada apa nek?' Tanya Azlan ringkas.
Nenek : 'Minggu depan dah mula cuti sekolah kan Lan, tadi Tok Iman tua ada bagitahu nenek dia nak buat majlis berkhatan beramai-ramai untuk budak-budak kampung kita ini didewan masjid itu, nenek dah minta diorang masuk nama cucu nenek sekali tadi.' Azlan meneguk air liurnya mendengar yang dia kena bersunat minggu depan.
Azlan : 'Majlis berkhatan tu bersunat yer nek?. Azlan bertanya soalan bodoh kepada neneknya. Ramai ke yang nak bersunat sekali dengan Lan tu nek? Sapa tok mudim yang datang tu?'tanyanya berkali-kali kepada neneknya.
Nenek :' Ishhh..Lan ni ...tanya lah satu-satu pening nenek nak menjawab ni. Iyer bersunat. Tok Mudim nak sunat ko tu Lan namanya Hj Ishak dari kampung sebelah. Nenek rasa Abu dengan Salim ada gak sekali bersunat dengan kamu, hmm ..nanti diorang ada takdalah kamu takut sangat ada kawan kamu sekali nanti.' Senyum nenek menampakkan giginya yang jarang.
Azlan :'Hmm..Nek.... kalau lan tak bersunat tak boleh ke?' Nenek kemudian berhenti menjahit, dia kemudian melihat wajah cucu kesayangannya ini.
Nenek : 'Lan..berkhatan adalah amalan yang disyariatkan dan amat dituntut dalam Islam untuk menjaga kebersihan dan telah menjadi amalan sejak nabi kita terdahulu lagi, semua orang lelaki islam bersunat Lan, selepas bersunat ini Lan dah kira masuk ke alam dewasa dan bolehlah Lan berkhawin nanti.'
Azlan : 'Hmm..baiklah nek, kalau Abu dan Salim ada sekali...takdalah Lan takut sangat nanti.' Dia takda idea lagi nak melawan kata neneknya.
Majlis berkhatan di kampung kubang Kuala selalunya telah bermula sehari sebelum upacara itu dijalankan, iaitu pada malam sebelum majlis diadakan. Di upacara itu kanak-kanak berkenaan akan dimandikan, diandam dan dipersalinkan dengan pakaian yang indah seperti pengantin. Ketika memulakan majlis kenduri, kanak-kanak berkenaan akan didudukkan di atas pelamin diiringi rakan sebaya. Ada lebih 15 orang kanak-kanak tahun ini akan di sunatkan beramai-ramai nanti. Bagi kanak-kanak yang telah khatam al-Quran, pada masa itu mereka akan berpeluang memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran kepada orang kampung. Majlis itu boleh juga boleh dikatakan sebagai majlis khatam al-Quran. Selepas tamat khatam al-Quran, diadakan pula majlis tahlil atau doa selamat bagi memohon kepada Allah swt supaya kanak-kanak yang berkhatan pada keesokkan pagi dapat disempurnakan dengan selamat.
Hadirin yang datang pada malam itu akan dijamu dengan nasi dan lauk pauk yang sedap dimasak secara gotong royong oleh orang kampung dan kanak-kanak yang diraikan bersama rakan sebayanya akan memberi bunga telor kepada hadirin sebagai tanda terima kasih. Azlan, Abu dan Salim hanya duduk diam sepanjang majlis ini berlangsung, lauk pauk yang lazat di sediakan di sebuah meje besar itu pun tidak di makan dengan berselera macam biasa. Fikiran mereka hanya berhadapan dengan Tok Mudin sahaja esok. Jika dikira kemeriahan majlis berkhatan ini, ia merupakan acara besar yang di adakan setiap tahun di kampung Kubang Kuala.
Di sesetengah tempat di majlis kampung sebelah yang mempunyai ramai suku jawa pula, kanak-kanak yang akan berkhatan disuruh berendam di dalam kolam atau sungai sekurang-kurangnya satu jam dan kadang-kadang hingga tiga jam pada waktu subuh. Ini bertujuan melembutkan kulit yang bakal dikhatan. Pada pagi hari upacara berkhatan, Tok mudin akan dijemput dan sebelum Tok mudin datang, semua persiapan untuk upacara berkhatan perlu disediakan. Antara peralatan yang diperlukan termasuklah kain putih kira-kira dua meter, seekor ayam jantan, sebiji buyung, batang pisang, sirih pinang selengkapnya di dalam tepak, abu dan duit sebanyak RM5.25 (mengikut keadaan tempat). Setiap barang itu mempunyai fungsinya tersendiri; kain putih digunakan sebagai pelapik tempat duduk kanak-kanak. Ayam jantan digunakan sebagai menguji atau meramal kanak-kanak tersebut, di mana sebaik saja berkhatan kepala ayam akan diacu-acukan kepada kepala kemaluan kanak-kanak berkenaan. Jika didapati kepala ayam itu kembang, ini menunjukkan kanak-kanak itu seorang yang garang dan beristeri ramai. Buyung berisi air akan digunakan untuk memandikan kanak-kanak yang dilakukan oleh tuk mudin. Batang pisang digunakan sebagai tempat duduk. Sirih pinang sebagai bahan penjampi tuk mudin. Abu digunakan sebagai penadah darah dan duit RM5.25 sebagai syarat (pengeras) tuk mudin. Upacara berkhatan dimulai dengan Tok mudin memandikan kanak-kanak dengan air buyung yang sudah dijampi. Upacara mandi dijalankan di atas tangga. Setelah mandi kanak-kanak itu didudukkan bercelapak di atas batang pisang dan beberapa orang kampung menolong memegang erat tubuh kanak-kanak itu. Itulah adat yang diamalkan di kampung ini sejak turun temurun lagi.
YOU ARE READING
Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)
RomantizmKisah yang berlaku dalam satu kampung . Watak utama adalah Azlan di bantu oleh Abu ,Salim,Tini dan juga Misah. Tak lupa juga Nenek Yam dan Kak Ima yang tinggal bersamanya. Dia tinggalkan oleh ibu kandung Munirah yang berhijrah ke bandar besar sejak...