Part 5(Musim buah & Teman Istimewa)

22.2K 168 8
                                    

Cerita dikampung kubang kuala Part 5

Musim durian datang lagi di kampung Kubang Kuala, ayah kepada Abu namanya Pak seman mempunyai salah satu kebun durian terbesar di kampung ini, setiap kali musim durian, Abu akan meminta aku dan juga Salim menunggu di dusun ayahnya ini mengutip bua...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Musim durian datang lagi di kampung Kubang Kuala, ayah kepada Abu namanya Pak seman mempunyai salah satu kebun durian terbesar di kampung ini, setiap kali musim durian, Abu akan meminta aku dan juga Salim menunggu di dusun ayahnya ini mengutip buah durian gugur. Nenek biasa tak menghalang aku kesana asal tak menganggu pelajaran sekolah aku atau masa musim cuti sekolah. Selain dari pokok durian, dusun Pak seman ini di penuhi juga dengan pokok cempedak, duku, langsat dan rambai. Cuti sekolah penggal 1 pula baru bermula, kelihatan Azlan, Abu dan Salim mengutip buah-buahan durian yang gugur untuk dikumpulkan dan dijual kepada peraih yang datang ke kampung ini nanti.

Di tengah-tengah kebun tu ada satu bangsal yang di bina oleh Pak Seman untuk menyimpan semua buah-buahan yang terkumpul ini, kelihatan berberapa bangkul ayaman dibuat daru buluh sudah penuh di isi dengan durian dan buah-buahan lain. Hanya menanti tokey Ah tiong datang mengambilnya sahaja. Dari jauh terdengar deruan lori buruk Ah tiong datang mengambil semua durian ini seperti yang dijanjikan. Lori Ah Tiong kemudian berenti betul-betul di depan bangsal tadi. Sejurus selepas itu kelihatan Pak Leman sampai dengan motornya di belakangnya.

Ah Tiong : 'Pak leman...ada banyak durian ka kali ini?, banyak olang pekan sana mahu wo' Tanya Ah Tiong dengan loghat cinanya.

ada banyak durian ka kali ini?, banyak olang pekan sana mahu wo' Tanya Ah Tiong dengan loghat  cinanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pak Seman : 'Ada lah dua tiga bangkul kat dalam tu, masuk dululah tiong.'

Ah Tiong :.' Wah..ada banyak woo, ini musim manyak jadi durian Pak leman'.

Pak Leman : 'Budak-budak ini yang tolong aku kutip buah ini, aku nak buat sorang tak mampu lah tiong, hmm..betul kata ko macam menjadi pulak musim durian tahun ini.'

Ah Tiong : 'Wah sudah ada pembantu tolong kerja bagus maa.. rajin kamu olang tiga kerja, Ah Tiong tersenyum kearah Abu, Azlan dan Salim. Pak Leman... berapa kira semua ini, kasi kira murah laa. Cincau kira sekali maa.'

Pak Leman : 'Kamu ini tiong manjang aje nak murah dari aku, ko pulak dapat untung berganda-ganda bila jual kat bandar nanti. Hmm..aku akan kasi ko lum sum harga untuk empat bakul ini RM 1000. Senang kira maa. Ah Tiong kelihatan mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal, ahhh...boleh lah tiong aku nak bagi upah kat budak-budak ini lagi.'

Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)Where stories live. Discover now