Part 11(Rahsia sisi gelap Munirah)

20.3K 144 9
                                    

Cerita dikampung kubang kuala Part 11-

Hujung minggu itu, mak Azlan membawanya berjalan-jalan di sekitar bandaraya kuala lumpur itu, mata Lan melilau melihat banyak bangunan-bangunan tinggi di kiri dan kanan sepanjang Jalan Ampang, jalan bukit bintang dan lebuh Ampang di dalam kereta maknya. Bunyi hon dari bas mini yang sentiasa kedengaran memenuhi jalan di sekitar bandar kuala lumpur ini berlumba-lumba mendapatkan penumpang membingitkan telinganya. Maknya membawa ke berberapa tempat yang terkenal di sekitar bandar kuala lumpur itu seperti Dataran Merdeka, jalan Chow Kit dan juga Central Market yang menjadi destinasi popular akhir tahun 80an. Sebelum ini Lan hanya pernah melihat tempat-tempat ini semua dari kaca TV rumah neneknya sahaja, sekarang dia dah sampai ke sini melihatnya.

Selepas puas berjalan-jalan tadi, lewat petang itu Maknya telah berjanji dengan Azlan untuk membawanya pula ke pasar malam berdekatan dengan tempat tinggal mereka, Pasar malam ini berdekatan dengan kawasan Desa Pandan di kampung pandan, kelihatan ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas puas berjalan-jalan tadi, lewat petang itu Maknya telah berjanji dengan Azlan untuk membawanya pula ke pasar malam berdekatan dengan tempat tinggal mereka, Pasar malam ini berdekatan dengan kawasan Desa Pandan di kampung pandan, kelihatan banyak penjaja-penjaja yang berniaga di pasar malam ini. Sebab itu mak Azlan suka datang ke sini. Para penjaja sudah mula membuka gerai masing-masing di bahu jalan, banyak gerai makanan dan minuman, gerai buah-buahan, gerai sayur-sayuran, gerai pakaian dan gerai lauk pauk boleh di lihat disini. Sempatlah juga Azlan singgah di salah satu gerai menjual menjual lauk pauk masakan kelantan, dia membeli nasi kerabu daging bakar yang dia teringin sangat hendak makan itu.

Menjelang malam, pasar malam ini menjadi terang-benderang kerana setiap gerai dipasang dengan lampu neon ataupun lampu kalimantang. Kelihatan ada juga para penjaja yang sedang memasak dan ada pula penjaja yang sibuk menghidangkan makanan untuk dijual. Azlan kusyuk memerhatikan barang-barang yang banyak tergantung untuk di jual di gerai-gerai sepanjang jalan Desa pandan itu, Tiba-tiba dia terlihat seseorang yang dia kenali tengah menyusun kain baju kanak-kanak untuk dia sangkut di gerainya. dia kemudian pergi kearah gerai tersebut.

Azlan : 'Salim!'... Azlan memanggil sahabatnya. Maknya di tepinya hanya menoleh ke arahnya melihat Azlan memanggil kawannya itu.

Mak : 'Lan... kenal ke dia tu?' tanya Maknya dengan sedikit hairan.

Azlan :' Kenal mak ....dia kawan baik Lan kat kampung nenek', 'Salim!'..Lan memanggilnya lagi. Sekarang barulah dia berpaling kearah suara yang memanggilnya tadi.

Salim : 'Lan...apa ko buat kat sini?' Salim bersalam dengan Lan sambil mereka berpelukan gembira, dia tidak menjangka bertemu kawan baiknya di sini, Lan kemudian bersalaman dengan abang Salim yang berada di tepinya.

Azlan : 'Ini mak aku Lim, aku tinggal dengannya habiskan cuti tunggu keputusan SRP kat sini. Ko macam mana? aku tengok ramai gak pengunjung datang ke pasar malam sini.

Salim : 'Boleh lah Lan, ada gak duit poket aku sendiri itu, balik nanti aku nak guna duit ini beli joran baru. Nanti kita gi mancing lagi yer Lan bersama, abang aku berniaga banyak tempat setiap malam tu tapi rezeki kita jumpa kat sini, dia kemudian berbisik dengan Lan, aku sebenarnya Lan rindulah nak balik kampung kita, Tapi tahan aje lah dulu, dapat duit cukup, aku mintalah dengan abang aku balik nanti.

Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)Where stories live. Discover now