Cerita dikampung kubang kuala Part 25
Sudah lebih seminggu nenek meninggal dunia, rumah nenek kelihatan sunyi walau Azlan, Kak Ima dan Munirah ada rumah itu. Munirah baru siap mengemas bilik neneknya, kain-kain arwah mak yang pakainya dulu dilipat cantik dan disusun kemas ke dalam almarinya kembali, dia tidak mahu melihat barang-barang maknya ini di usik, baginya barang-barang yang dia kemas balik ini membuatkannya sentiasa mengingati maknya apabila dia pulang ke kampung. Sekarang selepas maknya meninggal dia pula yang tinggal di bilik maknya itu. Esok Munirah akan balik ke kuala lumpur untuk menyambung kerjanya setelah bercuti panjang disebabkan kematian maknya. Azlan pula semenjak kematian nenek ini, Munirah perasaan dia tidak banyak bercakap dan banyak termenung sahaja apabila berada dirumah itu, perubahan diri Azlan itu sedikit sebanyak merisaukannya. Bila masa makan pula, dia hanya makan sedikit sahaja walaupun itu lauk kegemarannya seperti kebiasaan seleranya apabila nenek masih ada.
Petang itu Munirah melihat anaknya berada di beranda rumahnya sambil melihat kearah jalan raya orang lalu lalang di hadapan rumahnya. Dia kemudian menghampiri anaknya itu lalu duduk di pintu rumah itu.
Munirah : 'Lan, kenapa mak tengok kamu macam senyap aje sekarang? mak tengok kamu banyak termenung dan makan pun sekarang tak berapa selera dah'. Azlan hanya berpaling ke wajah maknya duduk di tepinya kemudian matanya kembali memandang ke arah jalan di depan rumahnya itu. Kemudian dia berpaling semula kerah maknya balik.
Azlan : 'Lan tak apa-apa lah mak, cuma Lan rasa rumah ini sunyi sikit sejak nenek takda itu, biasa nenek yang suruh Lan buat apa-apa kerja setiap hari itu. Duit Lan menoreh sekarang pun Lan tak tahu nak buat ape dah, dulu biasanya Lan akan bagi nenek semua duit menoreh ni dan nenek akan bagi Lan duit belanja kat Lan dari situ sikit'.
Munirah : 'Lan, mak nak bagitahu Lan sikit ni, sebelum nenek meninggal dia ada bagitahu mak masa mak telefon dia, dia cakap kat mak, duit menoreh dan jual kelapa sawit yang Lan bagi dia tu, dia tak pernah ambil sebenarnya Lan. Maksud mak semua duit yang Lan bagi dia tu, dia dah masukkan dalam akaun bank Lan semua, dia ada buka akaun untuk Lan senyap-senyap sebelum itu dengan Kak Ima masa Lan kat duduk dengan mak kat kuala Lumpur dulu. Dia cakap itu hasil titik peluh Lan yang usahakan termasuk kerja-kerja lain kat kebun dan ladang sawit yang dia suruh Lan buat itu'. Azlan memandang wajah maknya sedikit terkejut.
Azlan : 'Yer ke mak? kenapa nenek tak pernah bagitahu Lan pasal ini dan kenapa nenek buat macam tu mak?' tanyanya ingin tahu.
Munirah :' Nenek ada cakap kat mak , duit belanja dia dah lebih dari cukup dah dan itu hadiah nenek untuk Lan sebab Lan cucunya yang paling dia sayang itu, dalam akaun Lan tu sekarang ada dekat RM 5000 lebih dah sekarang. Dia nak Lan gunakan duit hasil titik peluh Lan ini sendiri untuk pembelanjaan Lan bila sambung belajar nanti'.
Azlan hanya diam, sekarang baru dia tahu kenapa neneknya kadang-kadang suka memaksanya pergi menoreh dan menjaga kebun sawitnya sentiasa walaupun hari itu hujan, rupa-rupanya ada maksud di sebalik itu. Air matanya mengalir tanpa sedar disisi pipinya mengenangkan apa yang nenek buat untuk dia. Dia cepat-cepat mengesat air mata yang bercucuran tadi dengan tangannya.
YOU ARE READING
Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)
RomansaKisah yang berlaku dalam satu kampung . Watak utama adalah Azlan di bantu oleh Abu ,Salim,Tini dan juga Misah. Tak lupa juga Nenek Yam dan Kak Ima yang tinggal bersamanya. Dia tinggalkan oleh ibu kandung Munirah yang berhijrah ke bandar besar sejak...