Part 13 ( Intip dan kejujuran )

17.5K 154 4
                                    

Cerita dikampung kubang kuala Part 13

Munirah mengangkat begnya keluar dari but belakang keretanya, rumahnya kelihatan sunyi seperti tidak berpenghuni, dipanggilnya nama anaknya Azlan berberapa kali tertapi tidak di sahutnya. Dia kemudin melihat sekeliling rumahnya, kelihatan anak jirannya Amira sedang mengangkat kain jemuran di depan rumahnya sambil memandang tersenyum ke arahnya. Dia kemudian melambai-lambai tangannya ke arah Mira.

Munirah : 'Mira..Mira mari sini kejap, untie ada nak cakap sesuatu dengan Mira jap'. Kelihatan Amira berjalan ke arahnya dan meletakkan kain pakaian yang baru di kutip tadi kedalam bangkul yang hampir penuh dengan pakaian bersih.

Mira :' Yer untie', jawapannya ringkas.

Munirah :' Mak Amira mana? 'tanyanya ringkas.

Mira : 'Ohh...Mak keluar jap tadi pergi sekolah dia untie, jap lagi dia baliklah tu, kenapa untie?'.

Munirah : 'Oh yer ke..hmm kalau macam tu Mira, boleh bagi surat ini kat Mak Mira tak, nanti pesan kat dia, untie ucapkan terima kasih banyak sebab tolong masakan untuk Azlan masa untie takda 2 hari lepas', dia menghulurkan satu sampul surat pada Amira yang duduk didepannya tertapi dipisahkan dengan pagar antara rumah mereka.

Seketika kemudian kelihatan Azlan membuka pintu depan rumahnya melihat maknya balik, rambutnya berserabut dengan mukanya sedikit mamai seperti baru bangun tidur, dia kemudian betulkan sedikit rambutnya dan berjalan ke arah maknya. Sempat dia mengangkat keningnya menegur Amira di tepi pagar itu.

Mira: 'Baiklah untie, nanti Mira bagi kat mak sampul surat ini.' Dia kemudian tersenyum memandang Azlan yang sedang menolong maknya mengangkat begnya tadi ke dalam rumahnya.

Di dalam rumah itu, Azlan duduk di meja makannya sambil melihat maknya keluar masuk dalam biliknya sambil mengemas begnya tadi. Di atas meja itu ada plastik berisi dua nasi bungkus dan pisang goreng yang di beli oleh maknya semasa balik tadi. Azlan mencapai pisang goreng tadi lalu menyuap dalam mulutnya. Kelihatan maknya keluar memakai kain sarung dan T-shirt merah, rambutnya yang panjang mengurai diikat dengan getah rambut seperti ekor kuda.

Munirah : 'Lan, nanti makan nasi bungkus tu yer lepas makan goreng pisang tu, mak beli kat tepi jalan tadi lauk ayam goreng, nanti mak buatkan air panas, kita makan sama-sama nanti'.

Azlan : 'Baiklah mak, Lan pun rasa lapar juga perut petang-petang macam ini, nasib baiklah mak beli goreng pisang ini, bolehlah makan alas perut dulu'.Kelihatan maknya duduk di hadapannya lalu menuang teh O panas yang siap di buatnya ke dalam cawan kaca.

Munirah : 'Hmm...makan lah Lan, mak beli banyak goreng pisang tadi, mak pun nak makan nasi gak ini, tadi balik dari Port Dickson mak tak sempat makan tengahari lepas check out hotel. Lan okay ke duk kat rumah sorang-sorang masa mak takda dua hari lepas tu?' Tanya maknya sambil membuka getah nasi bungkusnya.

Azlan :' Okay aje mak, makcik Salmah pun masak lauk sedap-sedap gak kat Lan masa mak takda. Hmm.... mak, semalam Kak Ima ada telefon, dia bagitahu yang dia nak cakap sesuatu dengan mak, dia minta mak telefon dia balik nanti'.

Munirah :'Kak Ima? Nenek sakit ke Lan?Hmm makcik Salmah kalau bab masak dia memang suka, itu mak bayar kat dia tadi upah masak kat Lan'.

Azlan : 'Tak. mak telefon lah dia nanti, dia tak bagi tahu apa kat Lan, nenek sihat aje mak, Lan pun ingat nenek sakit gak masa Kak Ima telefon tu'.

 mak telefon lah dia nanti, dia tak bagi tahu apa kat Lan, nenek sihat aje mak, Lan pun ingat nenek sakit gak masa Kak Ima telefon tu'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)Where stories live. Discover now