Cerita dikampung kubang kuala Part 21
Awal pagi hujung minggu itu, Kak Ima awal-awal lagi mengejutkan Azlan dari tidurnya, dia nak minta Azlan menemaninya pergi ke pekan bersamanya hari ini. Nenek pula sepanjang minggu ini tiada di rumahnya, dia dijemput ke Temerloh oleh anak buah sebelah arwah suaminya dulu untuk majlis perkhawinan yang akan diadakan di sana nanti, Azlan tidak menemani neneknya ke sana disebabkan dia ada kelas tambahan di sekolahnya setiap petang. Lagi pun tahun ini dia akan menduduki bakal perperiksaan SPM hujung tahun nanti. Oleh itu hanya tinggal Kak Ima dan Azlan sahaja di rumah itu. Azlan tak kisah duduk berdua sahaja dengan Kak Ima, dia akan ditugaskan oleh neneknya menjaga rumah jika nenek tiada di rumah seperti ini, dia sudah biasa lagi pun Kak Ima pandai masak, ada sahaja benda yang dimasak untuknya nanti .
Sekarang umur Azlan pun sudah 17 tahun, dia sudah sama tinggi dengan Kak Imanya, bibir mulutnya juga di tumbuhi bulu halus misai yang baru tumbuh disebabkan dia meningkat dewasa. Badannya juga kelihatan berotot sedikit disebabkan dia sering menolong neneknya menoreh dan membuat kerja lain di kampung itu.
Setelah semua siap hendak ke pekan itu, Azlan mengunci pintu rumahnya lalu dia turun berjalan bersama Kak Ima ke jalan besar berhampiran rumah nenek itu untuk menahan teksi yang lalu lalang di situ untuk ke pekan. Abang Pian pula suami Kak Ima dah hampir 6 bulan tak balik menjengok Kak Ima, dia sibuk berlayar ke Eropah sekarang disebabkan kerjanya sebagai kelasi kapal dagang, itu yang menyebabkan Kak Ima merasa sedikit bosan duduk di rumah dan mengajak Azlan menemannya ke pekan hari ini. Seketika kemudian kelihatan sebuah teksi warna biru muda berhenti di hadapan mereka setelah Azlan melambai tangannya ke arah teksi itu tadi. Dalam perjalanan ke pekan itu Kak Ima sempat melihat list barang keperluan yang sudah habis di rumah nenek di tulisnya di atas sekeping kertas tadi. Azlan pula berbual-bual dengan pemandu teksi yang bertanya kepadanya kemana mereka mahu berhenti di pekan nanti.
Azlan : 'Pakcik saya nak tanya sikit boleh, hmm.....pakcik ada kenal ke pemandu teksi bernama Aziz wahab? dia bawa teksi macam pakcik gak kat pekan tu'. Kak Ima hanya mendengar pertanyaan Azlan tadi.
Pakcik Teksi: 'Boleh...apa dia...Aziz wahab? Hmm..pakcik macam kenal dia tu, kenapa nak?' tanyanya balik kepada Azlan.
Azlan : 'Takdalah saya tanya aje, saya kenal pakcik tu, biasa naik teksi dia kalau ke pekan ini', Azlan mengelak dari memberitahu perkara sebenar kepada pakcik teksi itu. Kak Ima hanya memandangnya tanpa bersuara.
Pakcik Teksi : 'Ohh macam tu...pakcik rasa dia dah tak bawa teksi sekarang dah, agak lama juga pakcik tak nampak dia bawa teksi kat pekan tu, hampir 6 bulan dah. Pakcik dengar dia dapat tawaran kerja dengan seorang datin dekat bandar Kuala Lumpur itu. Gaji yang diterimanya pun agak tinggi, dia di beri tempat tinggal lagi di sana, rezeki dia tu. Kalau kerja bawa teksi kat kampung macam ini lah nak, dapat lepas makan dan belanja dapur dah syukur banyak lah tu'.
Azlan dah Kak Ima hanya terdiam mendengar pakcik teksi itu bercakap, ayahnya Aziz sekarang telah menjadi pembantu peribadi untuk Datin kamariah semenjak kejadian hari itu. Dia orang di percayai oleh Datin Kamariah untuk membuat kerja kotornya. Kereta yang membawa mereka kemudian membelok ke stesen bas besar di pekan itu, teksi yang membawa mereka berhenti di stesen teksi tambang berhampiran stesen bas tadi. Selesai membayar tambang teksi itu, mereka melangkah keluar dari perut teksi itu dan berjalan ke sebuah pasaraya yang berhadapan dengan stesen bas tadi. Kak Ima ingin membeli barang keperluan rumah nenek yang sudah habis di situ, lagi pun Azlan ada bersamanya dia boleh menolong mengangkat barang ini semua nanti. Selesai memberi barang keperluan tadi Kak Ima mengajak Azlan makan tengahari di sebuah restoren nasi campur di situ. Amat jarang mereka makan di luar seperti ini biasanya Kak Ima yang masak, sekali sekala tukar selera macam ini membuatkan mereka berdua makan berselera sekali.
YOU ARE READING
Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)
Roman d'amourKisah yang berlaku dalam satu kampung . Watak utama adalah Azlan di bantu oleh Abu ,Salim,Tini dan juga Misah. Tak lupa juga Nenek Yam dan Kak Ima yang tinggal bersamanya. Dia tinggalkan oleh ibu kandung Munirah yang berhijrah ke bandar besar sejak...