Cerita dikampung kubang kuala Part 10
Masuk hari ini sudah seminggu Azlan terperap di rumah maknya ini, setiap pagi maknya akan membuat sarapan bersama lauk makan tengahari untuk Lan sebelum dia pergi kerja. Pukul 6 lebih barulah maknya akan pulang dari bekerja, tak ada apa yang menarik perhatiannya di sini selain dari bunyi hon kereta, bas mini yang lalu lalang tak berenti di depan rumah maknya ini, itulah rutin seharian dia di kuala lumpur. Hidup Azlan terasa sunyi dan bosan. Selain dari menonton TV kadang kadang dia akan menolong maknya menyiram pokok bunga di luar rumah setiap pagi. Jika dia di kampung ketika ini macam-macam dah dia boleh buat.
Hmmm..alangkah seronoknya kalau aku duk rumah nenek sekarang, Azlan bercakap dalam hatinya sambil memandang ke luar tingkap. Dia kemudian bangun dari kerusinya, butang TV di tutupnya, dia kemudian berjalan ke luar rumahnya untuk menjirus pokok bunga maknya setiap pagi yang biasa dia lakukan. Maknya seorang yang suka menanam bunga, bermacam bunga dia tanam baik dari bunga yang bau harum sampai ke bunga plastik yang dia letakan di dalam rumah sebagai hiasan. Pokok bunganya pula cantik dan mekar kerana sentiasa di beri baja dan air.
Azlan membuka paip air lalu dia menyiram satu persatu pokok bunga di dalam pasu yang di atur cantik di tepi pagar sebelah menyebelah rumah teres setingkat tersebut. Sejak dia datang sini, dia belum sempat berkenalan dengan jiran-jiran maknya. Ada yang melihat dari jauh, ada yang senyum padanya seperti jiran di sebelah rumahnya itu. Rasa segan pula kalau tak bertegur sapa, nanti jiranya di sini ingat sapalah lelaki yang duduk bersama maknya ini. Pagi ini dia lihat jiran sebelah rumahnya sedang menyapu di halaman rumahnya.
Azlan :'Assalamualaikum, kak apa khabar?' tanya Azlan seraya menegur makcik di tepi rumah yang pernah di lihat berberapa kali sebelum ini. Makcik yang tinggal di sebelah rumahnya ini berumur pertengahan 40an. Sapaan dari Azlan tadi membuatkan makcik tadi tersenyum memandang kearahnya.
Makcik :'Walaikumussalam, baik, anak ni sapa?' tanyanya
Azlan : 'Nama saya Azlan makcik. Saya anak kepada Pn Munirah yang tinggal di rumah ini'.
Makcik :' Ooo makcik orang sini panggil nama Pn Salmah, makcik tak tahu lak Munirah dah ada anak itu, biasanya makcik tengok dia tinggal sorang aje. Kelihatan anak perempuan yang sebaya dengan Azlan ada mengintai dari celah cermin tingkap rumah Pn Salmah semasa mereka berbual.
Azlan : 'Sayalah sorang anaknya, nenek saya besarkan saya di kampung, sebab Mak kerja tak tentu masa dan tak dapat jaga saya kat sini'.
Makcik : 'Ohh ....macam tu, rajin kamu menyiram pokok bunga ni, makcik tengok tiap-tiap hari kamu jirus air itu, mak kamu lak suka sangat menanam pokok bunga ini walaupun dia jarang ada kat rumah, ada kamu ini boleh kamu menjaganya pula, Okay lah lan...makcik nak masuk dulu yer..nak habiskan kerja kat dalam pula.'
YOU ARE READING
Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)
RomansaKisah yang berlaku dalam satu kampung . Watak utama adalah Azlan di bantu oleh Abu ,Salim,Tini dan juga Misah. Tak lupa juga Nenek Yam dan Kak Ima yang tinggal bersamanya. Dia tinggalkan oleh ibu kandung Munirah yang berhijrah ke bandar besar sejak...