Cerita dikampung kubang kuala Part 26
Di sebuah restoren makan yang tidak jauh dari pinggir bandar kuala Lumpur, kelihatan Dato Rashid dan Munirah sedang makan tengahari bersama. Munirah yang agak keberatan untuk berjumpa kerap dengan suaminya di luar rumahnya seringkali matanya memandang sekeliling restoren tersebut melihat muka pengunjung yang keluar masuk di situ. Pemandangan cantik di sekeliling restoren itu dengan terdapat kolam ikan besar ditepinya tidak menarik perhatianya langsung. Dia masih lagi fobia dengan perculikannya tempohari agak sentiasa berhati-hati bila setiapkali bersama Dato Rashid. Dia cukup takut jika tingkah lakunya diperhatikan dan diawasi oleh orang-orang yang diupah oleh Datin Kamariah dan Aziz.
Dato Rashid : 'Sayang...makan lah, takda orang kenal sayanglah kat sini, restoren ini agak ke dalam sikit dari jalan utama itu, abang dah survey restoren ini sebelum ajak sayang makan dengan abang hari ini'. Kata Dato Rashid sambil tersenyum kearah isterinya.
Munirah : 'Abang nie..Munirah bukan apa cuma bimbang aje, manalah tahu kot-kot terjadi perkara macam hari itu terjadi lagi kat kita bang'.
Dato Rashid: 'Baguslah sayang berhati-hati setiap masa tu, tapi jangan sampai tak lalu nak makan pula dengan abang hari ini. Hmm..sayang sebenarnya abang ajak sayang lunch bersama dengan abang hari ini sebab abang ada perkara nak cakap sikit nak bagitahu sayang.'
Munirah :' Apa dia bang? 'tanya Munirah ringkas sambil mula menyuap makanan kembali dalam mulutnya.
Dato Rashid : 'Abang cuma nak bagitahu.....sebenarnya abang dah bercerai dengan Datin Kamariah minggu lepas, selepas dia balik bercuti dari Shanghai. Abang rasa hubungan abang dan Datin Kamariah dah tak boleh di selamatkan lagi, banyak perkara abang bincang dengan dia semuanya tak sehaluan dan dirumah kami banyak bergaduh daripada berbincang secara baik'.
Munirah: 'Haa..abang dah bercerai? biar betul abang ini. Anak abang yang dua orang macam mana?'tanya Munirah ingin tahu.
Dato Rashid : 'Iyer..abang dah cerai, anak abangkan dah dua-dua berkhawin dan mereka pun dah ada keluarga masing-masing sekarang, mereka tidak tinggal bersama dengan abang lagi, abang juga ada bincang dengan mereka dulu sebelum buat keputusan untuk berpisah dengan mak mereka, abang terus terang sahaja dengan mereka apa yang berlaku, mula-mulanya ada juga mereka membantah tetapi selepas abang cerita abang dan Datin Kamariah dah tak sehaluan lagi dan banyak lagi perkara lain yang terjadi, ini sahaja jalan terbaik kesudahan untuk kami berdua, mereka akhirnya setuju'.
Munirah: 'Penerimaan Datin Kamariah pula pasal perceraian ini macam mana bang? dia mesti ingat Munirahlah punca abang bercerai dengannya'. Muka Munirah kelihatan sedikit risau setelah mendengar hal perceraian suaminya ini.
Dato Rashid : ' Hmm...sayang jangan bimbang okay, sayang tahulah perangai Datin Kamariah macam mana, sayang pernah kerja lama bawah dia kan. Memang susah dia nak terima pasal penceraian ini dan perkhawinan abang dengan sayang. Dia ingat semua perkara dia nak kita ikut cakap dia sahaja dan hanya keputusan dia sahaja yang betul, biarlah apa yang dia cakap tu sayang yang penting kita dah sah sebagai suami isteri. Abang pun dah bahagia dengan sayang sekarang. Abang cuma nak buat sekarang adalah selesaikan hal pembahagian harta sepercarian dengan dia sahaja lepas ini dengan lawyer abang, lepas itu abang takda kaitan apa-apa dah dengan dia'.
YOU ARE READING
Cerita di kampung kubang kuala (Completed by July 2020)
Roman d'amourKisah yang berlaku dalam satu kampung . Watak utama adalah Azlan di bantu oleh Abu ,Salim,Tini dan juga Misah. Tak lupa juga Nenek Yam dan Kak Ima yang tinggal bersamanya. Dia tinggalkan oleh ibu kandung Munirah yang berhijrah ke bandar besar sejak...