Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
------
Sudah seminggu, Riwon tinggal sebumbung dengan Prof. Jaemin. Tidak banyak orang yang tahu─ hanya kawan-kawan Riwon yang tahu, sebab mereka sudah salah faham.
Terutamanya, Mark si otak masuk air. Pengaruh unclenya Johnny si ranjer hutan itu. Mark bocorkan rahsia yang Riwon adalah babygirl kepada Prof. Jaemin.
Riwon mengamuk, habis digustinya si Mark itu. Kemudian, berkata jujur dengan rakannya. Honesty is the best policy.
Hari ini, hari cuti. Riwon menghabiskan masanya dengan belajar, dan diajar oleh Prof. Jaemin. Ralat, dia habiskan masa dengan tidur sambil belajar. 2/3 adalah masanya curi-curi tidur.
Jaemin bahkan muak dengan perangai kuat tidur gadis itu. Nasib sahaja dia sayang, kalau tidak dah lama bagi pill kuda biar tidak tidur tu perempuan baru tahu rasa!
"Riwon.." Panggil Jaemin.
Gadis itu mengangkat kepalanya, wajahnya kelihatan pasrah dan amarah dalam masa yang sama.
"Awak kena cari jawapan essay ni, dalam buku─ " Belum sempat Jaemin menghabiskan bicaranya, Riwon berganjak berdiri dan melenting.
Dia sudah penat asyik belajar 24/7 jam. Jeno bahkan sudah merajuk dengannya sebab mereka sudah jarang luangkan masa.
"Professor cubalah faham saya, penat tau asyik belajar. Saya pun ada life juga, bukan asyik menghadap buku 24 jam. Professor cubalah buat kerja sendiri! "
Jaemin terkedu, Riwon marah. Jaemin bukan berniat untuk 'mengurung' gadis itu di apartment ini, tetapi semua ini adalah amanat papanya Riwon. Nanti, Jaemin tidak dipercayai lagi oleh Encik. Park.
"Kalau awak nak keluar, keluarlah." Ucap Jaemin perlahan. "Buat apa yang awak suka, dan saya takkan larang. Itu life awak, dan tiada urusan dengan saya. Kan?"
"Ya, baguslah professor sedar diri. Kita berdua cuma pelajar dengan lecturer, ah bukan. Awak cuma guru private saya, cukup uruskan hal pelajaran dan jangan kongkong saya macam ni."
Riwon sudah berlari keluar dari apartment itu. Hatinya masih membuak marah. Memang dia ingin keluar dengan Jeno hari ini tetapi, melihat reaksi Prof. Jaemin yang ditengkingnya tadi.
Ah, perasaan aku je tu. Gumam hati Riwon, dia salah baca riak wajah Prof. Jaemin yang sedih. Tolong ingatkan Riwon yang dia salah baca riak wajah itu.
➳❥ tbc
tak pandai ah buat gaduh-gaduh ni 😭 i is lagi suka tulis sweet content senanya. sabar, tunggu lagi 2 chap akan ada plot twist!