PJ. XXII

1.1K 212 55
                                        

Jaemin membuka matanya perlahan-lahan, apa yang dilihatnya pertama kali adalah wajah ayahnya dan ibunya yang kerisauan.

Ibunya beralih memeluk Jaemin. "Kamu! Nana! Berani-beraninya kamu tak makan sampai gastrik. Satu lagi, dah tahu demam tak minum ubat awal-awal!" Bebel ibunya.

Jaemin hanya tersenyum pulas. Dia terpandang akan Riwon yang terbaring atas sofa dalam bilik wad itu. Ketiduran dengan posisi seperti udang, comel.

"Tak pasal-pasal kamu susahkan dia." Ayahnya menunjuk Riwon yang sedang tidur. "Riwon yang risau sangat, sampaikan call ayah suruh datang."

Hari itu, ayahnya ada perjumpaan dengan saintis luar negara yang bertugas di NASA. Ibunya juga turut sibuk dengan dunia business. Terpaksa mereka korban masa untuk Jaemin.

Lagipula, anak sendiri yang sakit. Mereka risau sekali, tapi tidak kalah dengan risaunya si Riwon sebab gadis itu masih diselubungi rasa bersalah kerana tinggi suar dengan guru privatenya itu.

Riwon terbangun kerana suara bebelan ibunya Jaemin. Riwon mencelikkan mata sebab kedua orangtua Jaemin yang dia call tadi sudah sampai tanpa pengetahuannya.

"Oh- aunty uncle, sorry Riwon tertidur tadi."

"Ya, tak apa kamu mesti penat risaukan Jaem─ "

Jaemin memandang tepat ibunya yang berkata lancang itu. Riwon juga sama. Encik. Na menarik lengan isterinya itu dan dibawa keluar dari wad.

"Anae, saya pergi belikan Nana bubur dekat bawah, awak pula ambil skripsi ubat dekat farmasi."

Kemudian, kedua orangtuanya Jaemin itu menghilang ─ meninggalkan Riwon dan Jaemin dalam bilik wad itu.

Riwon agak kekok dengan suasana ini, Jaemin pula menbuang pandangan ke luar tingkap. Jelas sekali dia marah dan ambil hati terhadap kata-kata Riwon di apartment tadi.

Seteguh mana pun hati lelaki, ada masanya lelaki juga terasa.

"Professor." Panggil Riwon. Jaemin masih dengan posisinya seperti tadi. "Saya minta maaf." Ucapnya lirih.

Jaemin hanya berdehem kecil.

"Saya minta maaf sangat sebab cakap kasar dengan professor."

"Maaf kalau kata-kata saya dah buat professor ambil hati."

"Im sorry, pro─ "

" ─Berhenti minta maaf. Macamlah awak buat dosa dekat saya." Ujar Jaemin dingin, dia muak dengan kata maaf tetapi masih mahu mengulangi perkara yang sama.

Buat apa minta maaf, kalau cakap tidak serupa bikin?

Riwon hanya mampu berdiam diri, dalam hatinya dia ingin sahaja menangis sekuatnya. Rasa bersalah itu makin membuak-buak, tetapi Professor Jaemin tidak mahu maafkannya.

Jaemin sakit hati dengan sikap Riwon yang sudah berubah tidak seperti pertemuan mereka pada awalnya. Riwon yang baik dan penurut sudah lama terkubur kerana cinta.

Cintanya Jeno.

➳❥ tbc

next part saya akan mula plot twist!

[V] Professor. ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang