Meja tempat kepala Riwon mendarat diketuk perlahan menggunakan jari oleh Prof. Jaemin. Gadis itu bingkas bangun.
Mata digosok perlahan, "Eh- eum Professor?"
Jaemin hanya memandang,
Sleepyhead betul dia ni. Gumam Jaemin dalam hati."Apa professor buat dekat sini?" Tanya Riwon.
"Awak rasa?" Prof. Jaemin bercekak pinggang di hadapan Riwon.
"Sekarang jam berapa?" Tanya Riwon lagi.
"Awak rasa?" Prof. Jaemin mengulang kembali soalannya. Bagus! Soalan dibalas dengan soalan. Kalau ujian, dapat telur busuk.
"Professor tolong tengokkan," Tangan ditujukan ke arah Prof. Jaemin, lengan blouse ditarik menunjukkan jam tangan gadis itu. "Mata saya masih kabur tak dapat tengok ja- "
Riwon tersentak, Prof. Jaemin menarik pergelangan tangan gadis itu keluar dari library.
"Awak terlepas 25 minit waktu saya mengajar. Lepas kelas nanti, datang terus ke bilik pejabat saya!"
------
"Professor masuk dululah." Tolak Riwon, "Saya nak singgah tandas dulu. Buang tahi mata, cuci air liur—"
"—No need, awak tetap cantik."
Riwon terdiam, jujur dia malu. Walaupun, dia tahu hakikat yang orang lelaki selalu bagi harapan palsu. Im so sick of this fake hope~
Riwon lekas berlari anak meluru masuk ke dalam dewan kuliah, semua mata-mata di sana tertumpu padanya. Namun, apa yang mereka tunggu tidak kelihatan lagi.
Professor Jaemin sengaja lambat masuk, dia rehat sebentar di bilik pejabatnya. Dia tahu, kalau sahaja dia serentak masuk dengan Riwon tadi. Pasti jadi bualan hangat di kolej.
Walau bagaimanapun Jaemin suka akan gadis itu, dia tidak akan malukan Riwon hanya disebabkan tindakan konyol dirinya yang terburu-buru.
Misinya itu dijadikan 'medium' untuk dirinya lebih dekat dengan Riwon.
------
Waktu pulang, selepas kelas berakhir. Mereka menunggu Dino di bawah pokok, si pelajar paleontologi itu lewat sedikit sebab ada masalah dengan pensyarahnya— Dino yang enggan mengajar mahasiswa juniornya.
Yuqi, Somi, Mark, dan Riwon duduk di bawah pokok sambil makan snack. Mark pergi sebentar ke vending machine unuk membeli beberapa minuman tin.
Riwon menyuap beberapa keping bringles ke dalam mulutnya. Belum sempat bringles itu habis dikunyah olehnya, dia dikejutkan oleh teguran suara seseorang yang memang dia kenal. Riwon memusingkan badannya menghadap ke belakang.
"Park Riwon, ikut saya—"
Blurff !
Habis tersembur kepingan snack bringles yang belum habis dikunyah itu, tepat mengenai kemeja Prof. Jaemin sebagai sasaran.
Sesiapa tahu cara nak halimunankan diri? Atau buka portal ke masa lampau—? Gumam hati Riwon.
Ah, Riwon memang menepah maut.
➳❥ tbc
![](https://img.wattpad.com/cover/227431489-288-k395105.jpg)
YOU ARE READING
[V] Professor. ✔
Fanfiction❛❛According to Newton's Law, every event has a possibility. So I think, we may meet again.❜❜ NA JAEMIN AS PROFESSOR 5TH AS THE SERIES START ⋮ O2/O6/2O2O END ⋮ O8/O7/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O