PJ. XV

1.2K 247 40
                                        

tipu, double update sebab dah tulis lima chapter pagi tadi 😆

------

Suasana dalam kereta agak tegang. Aku sendiri tak tahu nak bangkitkan soal topik apa. Topik Jeno semalam, ah rasanya Prof. Jaemin tak nak tahu mengikut reaksinya di meja makan tadi.

Selepas pulang sekejap ke rumah papa. Ambil buku yang diperlukan untuk class hari ini. Professor Jaemin menghantar eh- ralat, meneruskan perjalanan ke kolej.

"Lee Jeno, mahasiswa jurusan Undang-undang semester dua. Itu orangnya kan?" Professor Jaemin memecahkan kesunyian dengan bicara terlebih dahulu.

"Eh-" Aku refleks memandangnya dari tepi. Tapi, betullah itu Jeno yang confess dekat aku semalam. "Oh- iya, Jeno yang itulah."

"Semalam dia tawarkan diri hantar awak balik, tapi Yuqi lagi memilih minta pertolongan saya."

Eh- Yuqi? Awaslah kau rambut kerinting! Kan bagus kalau semalam aku dengan Jeno-

"Jeno tu bukan lelaki yang baik. Awak patut fikirkan balik soal con- "

"Yang bercinta dengan Jeno tu saya, ikut suka hati sayalah nak terima atau tidak. Itu pilihan- " Aku membentak, suara ditinggikan.

Stereng kereta ditumbuk kuat sehinggakan hon berbunyi. Untungnya kereta berhenti sebab lampu merah, aku terkejut dengan tindakan Prof. Jaemin yang berang.

Dia pula yang sibuk? Ini soal peribadi aku sendiri. Ah lagipula, salahku sendiri ceritakan padanya.

Padahal, jelas sekali hubunganku dengan Prof. Jaemin hanyalah pensyarah dengan muridnya. Ataupun, kawan. Ya, aku sudah mengganggapnya kawan jika diluar, sebab ayah kami sama-sama rakan sekerja.

Suasana kembali tegang, prof. Jaemin meraup wajahnya kasar. Pandangan dibuang ke tingkap, malas hendak berlawan bicara lagi dengannya.

------

Sebaik sahaja sampai di tempat parkir kereta, aku bergegas keluar. Line clear, takut nanti ada yang memasang mata dan telinga melihat aku dihantar oleh Prof. Jaemin. Nanti jadi isu hangat dikolej pula.

"Terima kasih." Ucapnya sebelum menghilang dari situ. Tanpa menoleh semula ke belakang. Sakit hati ni!

"Riwon-sshi!" Panggil dari kejauhan. Semakin dekat, semakin aku dapat cam akan orang itu. Dia, Jeno. Menghampiriku sambil menghadiahkan senyuman manis dengan eye smilenya.

Jantung jangan ditanya reaksinya bagaimana.

"Hari ni awak free lepas kelas?"

Aku mengangguk laju. Mungkin, hari ni adalah hari yang sesuai untuk first date kami.

[ End POV. ]

➳❥ tbc

korang geram dengan riwon yang tak peka padahal jaemin dah bagi hint. me pun geram tapi sengaja wujudkan konflik sikit 😆 bosan kan kalau sweet terus?

[V] Professor. ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang