PJ : SC. II

1.9K 236 146
                                    

[ SPECIAL CHAPTER TWO ]

WARNING :: long chapter contains 1700+ words
Sweet content, chessy, and cringy.
Maybe contains emotionak scene, maybe 😂

saya mohon yang baca ni siapkan jantung, hati, dan perasaan okay! dont forget vomments banyak-ii ya! ✊ last chapter dah ni.

------

Pagi itu, Riwon seperti biasa akan pergi tempat kerja. Begitu juga dengan suaminya, namun...

"Sayang, hari ni kita makan tengah hari— " Jaemin menggantungkan bicaranya, dilihatnya Riwon yang terbelalak biji mata hendak terkeluar sambil menekup mulut dengan kedua tangannya.

Riwon cepat-cepat larikan diri dari situ, Jaemin juga agak risau. Riwon sepertinya hendak muntah.

"Buek.. buwek-!"

Benar sahaja tekaannya, Riwon memuntahkan semua isi perutnya di closet bilik air. Merasa kurang mual, Riwon membasuh mulutnya dari kesan muntahan makanan itu.

Habis semua sarapannya pagi itu.

"Awak, tak apa-apa?" Jaemin menyapu lembut belakang isterinya.
Riwon mengganguk lemah, "Okay, sikit.."

Jaemin memapah tubuh Riwon sehingga ke ruang tamu, mungkin hari ini mereka berdua akan terlewat sedikit untuk pergi ke tempat kerja.

Tapi, tak apalah, itu tanggungjawab Jaemin menjaga isterinya yang sedang sakit— fikirnya itu.

"Awak tak payah pergi kerja hari ini, ambil mc. Kita pergi klin—"

Riwon memeluk pinggang Jaemin, menghalang suaminya untuk mengambil semula kunci kereta atas meja. Riwon menggeleng semahunya.

"Awak.."

Jaemin berdehem kecil.

"Saya lewat datang bulan." Riwon menyembunyikan wajahnya di dada Jaemin, takut bertentangan mata dengan suaminya. Dia risau akan reaksi Jaemin apa mendengarnya memberitahu soal ini.

Jaemin berdehem lagi, dagunya diusap dan berfikir sejenak. "Sayang, jangan cakap yang awak mengandung—?"

"Saya tak tahu." Jawab Riwon pendek.

Satu, kemungkinan mungkin ya. Tetapi, tidak mungkinlah. Siapa tahu itu hanya kebetulan. Walau sebenarnya, Riwon jenis perempuan yang tak pernah tak datang bulan dalam sebulan.

"Macam mana awak boleh tak tahu pula?"

"Tak ada testpack dekat rumah ni." Jawab Riwon polos. Yalah, stock testpack tiada dalam almari di bilik mandi. Nak buat macam mana?

"Okay, sayang tunggu sini. Saya pergi beli. Sekejap." Jaemin mendudukkan Riwon di sofa, dikucupnya pipi isterinya sekilas dan berlalu pergi.

Riwon pula— senyumannya pudar. Memang dia mengharapkan yang sama seperti suaminya harapkan, tetapi dia berfikir bagaimana jika sahaja keputusan itu negatif?

-----

"Sayang?" Tanya Jaemin.

Riwon setia memegang pregnancy test dalam genggamannya, hujung kemeja suaminya digenggam erat seakan dia risau dengan reaksi Jaemin nanti.

Riwon menghambur ke dalam pelukan Jaemin, dia menangis kuat sampai teresak-esak. Jaemin yang melihat pregnancy test itu sudah tahu apa keputusannya.

[V] Professor. ✔Where stories live. Discover now