PJ. XXI

1K 221 75
                                    

Jaemin menghela nafas panjang, melepaskan keluhan berat dan meraup wajahnya kasar. Nasib sahaja dia boleh tahan marah untuk tidak membalas dilenting oleh Riwon tadi.

Jaemin masih boleh bersabar. Riwon dengan perangai manja dan keras kepala itu mahu dituruti kata hatinya sahaja.

Lagi satu, Riwon itu tidak peka, jelas-jelas sudah Jaemin bagi hint dia masih tidak faham. Atau, Riwon tidak suka padanya.

Jaemin penat berfikir tentangnya, sudah setengah jam dia masih dengan posisi seperti tadi.

Kepala yang terasa pusing itu dipijit perlahan, sebenarnya hari ini Jaemin rasa badannya tidak seberapa sihat. Dengan tekaknya yang terasa perit ─ petanda mahu selesema.

Jaemin melangkah masuk ke dalam biliknya, berjalan terumbang ambing nasib tidak terlanggar dinding. Walaupun dia sakit, dia tetap mahu mengajar Riwon.

------

[ Riwon POV. ]

Disebabkan rasa tidak sedap hati, aku kembali masuk ke dalam lif menuju ke apartment. Padahal, baru sahaja aku menunggu Jeno tidak sampai tiga puluh minit di bawah.

Aku risau. Risau akan Professor yang nampak tidak sihat itu, wajahnya pucat tapi tetap sahaja mahu mengajar aku.

Haish, apa yang aku fikirkan ni! Jangan cepat sangat peras santan, Professor cuma menjalankan tugasnya arahan papa. Ya, itu tanggungjawabnya.

Sebaik sahaja pin dimasukkan, ruang tamu masih bersepah dengan buku-buku milikku tadi yang berselerakan atas meja.

Takkan professor tak kemas? Selalu, dia kemas saja.
Satu firasat buruk menyelubungi perasaan. Dan satu lagi, perasaan serba salah padanya sebab menengking tadi.

Pintu biliknya terbuka sedikit, namun tiada cahaya langsung dari dalam. Takkan pula, Professor keluar? Mungkin pergi hospital.

Langkah kaki diatur menuju ke bilikku, namun terhenti apabila aku mendengar suara erangan dari dalam biliknya, seperti mengerang dalam kesakitan.

Biliknya aku main terjah masuk sahaja. Tidak berfikir apa lagi, aku cuma mahu pastikan yang professor tak apa─

"Professor." Panggilku dan menghampiri yang sudah terbaring longlai atas lantai tandas. Patutlah gelap, rupanya dalam tandas.

Tapi, kenapa... ah sudalah Riwon, dia sakit ni!
Agak janggal pada awalnya untuk aku memapah tubuhnya keluar sebab tidak berbaju di bahagian atas.

Tolong, itu roti jangan menggoda.

Kepala digelengkan laju, apa yang aku fikirkan ini tidak patut pada situasi sekarang. Dahinya aku sentuh dengan belakang tapak tangan.

Panas! Boleh goreng telur dah ni.

"Professor, kita pergi hospital seka─ HUWAA PROFESSOR!"

Terlambat, professor sudah pengsan atas ribaku.

[ End POV. ]

➳❥ tbc

aduh jaem sakit apaan tuh?
sakit hati ya 😆

[V] Professor. ✔Where stories live. Discover now