Sebulan sudah berlalu. Hubungan Riwon dengan Jeno baik sahaja. Tidak seperti yang dikatakan oleh Prof. Jaemin. Mungkin sahaja itu tanda cemburu?
Cakap pasal professor Jaemin, dia sudah jarang berinteraksi dengan Riwon. Kalau sahaja masa mengajar di rumah, Jaeminkaan mengajarnya tanpa kata-kata flirt lagi, atau perbuatan baiknya.
Riwon bergegas keluar dari kelas. Hari ini dia akan meluangkan masa dengan Jeno, ke Yongin Park- taman tema. Mark, Dino, Somi, dan Yuqi turut diabaikan.
Keempat sahabatnya itu merasakan perubahan ketara Riwon. Jeno menjerumuskannya ke dunia percintaan. Yalah, cinta itu memang seronok tapi mestilah ada batasnya.
Ini pula tidak, Riwon sudah abaikan kawannya. Dan juga, abaikan pelajaran. Ujian semester empat sudah berlalu, tinggal tunggu keputusannya sahaja.
------
- flashback mode on -
"Aku dah buat taruhan yang kau suruh tu."
"No- kau salah. Kau belum buat sepenuhnya."
"Apa lagi?"
"Masih ingat syarat taruhan tu lagi? Aku yakin kau dah lupa."
"Aku ingatlah! Couple dengan dia selama tiga bulan, buat dia jatuh cinta. Tapi jangan libatkan perasaan aku, kan?"
"Kau lupa satu syarat lah Jeno.." Senyuman sinis dihadiahkan, bahu Jeno ditepuknya perlahan. "Kau mesti tidur dengan dia."
"Aku akan buat."
- flashback mode off -
------
[ Riwon POV. ]
"Jeno, ini markas awak dengan geng-geng awak tu?" Tanyaku.
Sebaik sahaja kami berdua tiba di sebuah apartment. Jeno memberitahuku yang apartment ini dibelinya sebagai tempat lepak dengan kawan-kawannya. Hendery, Ten, dan Jungwoo pelajar senior kolej.
Satu cup besar popcorn diberikan padaku. Aku duduk di atas sofa, Jeno memainkan movie dalam laptopnya. Entah movie apa aku layankan sahaja.
Jeno meninggalkan aku sebentar, mungkin ambilkan air ke dapur. Tak lama kemudian, Jeno datang membawa dua air dalam tin.
"Ini saja yang ada dekat rumah." Satu tin diberi padaku.
"Tak apa." Jawabku.
Semakin lama, movie yang ditonton itu agak erk- ada kissing scene. Agak ghairah pelakon barat itu buat adegan sedemikian. Disebabkan rasa tidak selesa, aku memalingkan wajah ke sisi lain.
Dan secara tak sengaja, terpandang akan Jeno di sampingku. Matanya fokus dekat laptop dan kemudian terperasan akan aku memandangnya. Dia turut memandangku. Pandangan mata bertemu.
Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke sisi lain. Malu. Walaupun boyfriend sendiri, perasaan maluku tetap ada sabagai seorang perempuan.
➳❥ tbc
siapkan jantung untuk next part!
dan jangan carut jeno pula
YOU ARE READING
[V] Professor. ✔
Fiksi Penggemar❛❛According to Newton's Law, every event has a possibility. So I think, we may meet again.❜❜ NA JAEMIN AS PROFESSOR 5TH AS THE SERIES START ⋮ O2/O6/2O2O END ⋮ O8/O7/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O