PJ. VII

1.3K 260 153
                                        

Riwon hanya memerhatikan gerak-geri Prof Jaemin, sibuk atau pura-pura sibuk? Getus hatinya. Apa function dia memanggil Riwon kalau disuruh menyemak di bilik pejabat Prof. Jaemin?

Nanti, pelajar lain salah fikir pula. Atau pensyarah lain berfikiran yang Riwon adalah wanita penggoda? Menggoda Jaemin sewaktu kerja.

Oh tidak!
Fikiran Riwon menerawang jauh.

"Prof cakap nak bagi ker- "

"Buka laci almari dekat sana tu." Pintas Jaemin.

"Ha?"

"Ambil sapu tangan putih dalamnya." Arah Jaemin.

Riwon si siput sudah dapat pick up apa maksud Jaemin, tapi sapu tangan untuk apa? Bukankah ker- Ah, tanpa berfikir lagi Riwon berjalan ke arah pintu dan membuka almari yang menyimpan banyak kertas itu. Laci dibuka dan sapu tangan putih dicapai.

Macam ada sesuatu di dalamnya.
Riwon meletak sapu tangan itu atas meja kerja Prof Jaemin. Riwon duduk semula berhadapan dengan Prof Jaemin.

Jaemin membuka lipatan sapu tangan itu, "Hari tu, saya cuba tolong lapkan cocktail yang saya tumpahkan atas dress awak, batu loket ni tertinggal dekat sapu tangan saya."

Batu loket kecil berwarna putih kebiruan itu diberikan pada Riwon, diletak atas meja. Riwon mengambilnya. Riwon baru perasan, pulang dari majlis malam itu dia tak perasan yang batu loketnya hilang.

"Kenapa batu loket ni boleh— "

"Saya pun tak tahu." Jawab Jaemin ringkas.

Nasib sahaja papa Riwon tak perasan loket berharga itu hilang. Riwon juga satu, cuai. Kalau mamanya tahu, habis bergegar satu rumah dengan bebelan.

"Terima kasih." Ucap Riwon, sebaliknya Prof. Jaemin membalasnya dengan berdehem.

"Urm- assignment hari tu Prof?" Soal Riwon, rasanya tidak patut dia berlama di bilik pejabat ini. Makin lama, buatkan dia tak selesa.

"Assignment yang mana?"

"Yang hari tu, waktu saya tidur dalam dew- "

"Saya tak bagi assignment pun setakat ini, kan baru seminggu saya mengajar... "

Waktu itu juga, ingin sekali Riwon mengamuk. Assignment digunakan sebagai alasan untuk menyuruh Riwon datang ke biliknya, tapi tak apalah Riwon pendamkan sahaja amarahnya.

Sebab Prof. Jaemin sudah mengembalikan batu loketnya. Riwon berganjak berdiri, selepas ini akan ada kelasnya lagi.

"Kalau macam tu, saya kelu-"

"Duduk balik."

"Ha?"

"Hari ni, saya nak mulakan misi." Jaemin membuka laci bawah mejanya, buku ralat— ianya kamus. Ralat sekali lagi, paling tepatnya itu adalah ensiklopedia sains edisi keluaran terbaru bermuka surat 7890 halaman.

"ARGH!!! " Riwon menjerit histeria.

------

Keempat orang sahabat Riwon menekap telinga di dinding pejabat Prof Jaemin. Mereka terkejut bukan main kepalang sebaik sahaja mendengarkan suara jeritan Riwon. Refleks, pemikiran mereka menjadi satu.

"Apa yang Prof dah buat dekat Riwon ???" - Yuqi.

"Kasar ya 'permainan' Prof aum!" - Dino.

"Riwon tak perawan dah! Kesian kawan aku huwaaa!" - Somi.

"Aku yakin, esok Riwon tak datang kuliah sebab tak boleh jalan." - Mark.

Ketahuilah, rakan-rakan Riwon semuanya mempunyai otak yang dimasuki air.

➳❥ tbc

ada car wash berdekatan? nak kirim otak empat ekor tu tolong cucikan sekali 😂 double update lagi sebab banyak idea tetiba, lagipun saya dah mula tulis ff johnny si abang ranjer! ada yang berminat???

[V] Professor. ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang