PJ. XXVIII

1.3K 263 163
                                    

last episode.
warning :: long chapter.

do vomments tau!
ini ending dah!

------

Namun, apa kehendak jika masa membataskan segalanya.

Riwon sudah berjaya menjadi lulusan luar negara. Dia bahkan kini bekerja di makmal sebagai saintis negara. Kehidupan sentiasa sibuk di makmal, sibuk menyibukkan diri kerana Jaemin juga begitu.

Mahu membalas dendamlah katakan.

Riwon sengaja membuang masa berharganya di makmal. Lagipula, Jiahn sudah masuk ke asrama. Anak buahnya yang sudah berumur 11 tahun itu bersekolah di sekolah elite.

Seoul Metropolitan Advanced Nurturing Middle School.

"Yo, Riwon! Hari ni kita jenguk Yuqi dekat hospital nak?" Pelawa Mark.

Riwon mengangguk kecil. Yuqi baru lepas bersalin anak pertamanya, tanda cintanya dengan Lucas selama ini. Sudah 2 tahun mereka berkahwin baru dikurniakan anugerah oleh Tuhan.

"Sebelum tu, kita kena singgah mall dulu, belikan baju baby." Tawar Riwon.

"Nak belikan baju baby yang, erm.. ada kartun dinosaur. Apa nama tu, ha.. Barney!" Kata, ralat─ usik Mark.

Dino sudah menjelingnya tajam. "Kau tunggu dekat rumah nanti, semua tembikai kau tu aku sedekah ke rumah jiran."

Mark mengalah. Mereka berdua memang tinggal serumah sementara belum berkahwin lagi. Riwon menggeleng kepalanya, kedua rakannya ini masih seperti yang dulu.

Jaemin sahaja yang berubah.

------

Selepas melawat Yuqi di hospital, Riwon bergegas pulang namun tiada siapa dirumahnya, kerana kebosanan dia menghubungi Jaemin melalui videocall.

Namun, ditolak.
Apakah Jaemin itu perdana menteri? Sesibuk Riwon yang saintis itu tidaklah sibuk seperti pensyarah yang satu ini.

| awak.
| sibuk sangat?
| sampai reject call?

sorry |

| ada kelas lagi?
| takkan malam pun ada kelas?

riwon |
i want to talk about us |

| go on

(sending a voice message.) |
im truly sorry |
read.

Memang dari awal lagi, Riwon sudah menduga. Sejak pemergiannya belajar ke Amerika lagi, dia ragu meninggalkan Jaemin.

Pasti, hati lelaki itu sudah berpaling darinya. Lagipula, ramai lagi perempuan yang lagi cantik dari aku di kolej, lelaki memang mudah termakan godaan wanita.

Riwon menyeka air matanya yang jatuh di pipi, mengingat semula mesej suara kiriman Jaemin tadi.

[▶] saya nak kita putuskan hubungan ni.

Apa yang paling dia takutkan sudahpun berlaku. Riwon bergegas turun ke dapur untuk makan. Dia jenis perempuan yang ─ jika mood melayang, makanan adalah jalan penyelesaian terbaik.

------

"Cik Riwon, ada orang dekat luar. Dia kata, dia kawan kepada cik." Ahjumma Choi datang sambil berlari dari ruang tamu.

Riwon masih memangis dengan satu tin sodanya. "Siapa tu ahjumma?" Tanya Riwon lalu menyedut hingus.

"Ahjumma tak kenal juga, tapi dia cakap dia kawan Cik Riwon."

Mark atau Dino mungkin...
Tanpa berlengah Riwon berjalan ke ruang utama, lelaki itu duduk di ruang tamu memandang kosong tv yang mati.

"Oh, mark. Macam mana dengan projek teleskop─ "

Riwon terdiam, lelaki itu berdiri dan memandang tepat ke anak mata Riwon. Jaemin? Buat apa dia ke sini?

Lelaki itu adalah Jaemin.
Bukan Mark ataupun Dino.

"Riwon-sshi.."

Ah- panggilan itu lagi, Riwon jenuh mendengarnya walaupun sebenarnya dia rindukan panggilan manja lelaki itu.

Tetapi, apa yang penting adalah kenapa lelaki ini menunjukkan mukanya semula selepas memutuskan yang hubungan mereka sudah berakhir.

"Apa awak nak? Sakitkan hati saya? Cukuplah awak bagi harapan yang kononnya tunggu lepas saya belajar. Tapi, tengoklah sekarang. Ah saya tahu, awak dah jumpa perempuan baru di kolej kan? Buat apa ke sini lagi?"

Jaemin menghampiri gadis itu, Riwon masih marah dan membara. Melepaskan keluhan berat selepas meluahkan segala kesangsiannya terhadap bekas kekasihnya ini.

"Saya cuma putuskan hubungan kita sebagai kekasih." Jaemin menggapai tangan gadis itu, digenggamnya erat. "Dan tukar kepada pasangan seumur hidup."

"H- ha? Apa?"

"Berhenti jadi girlfriend saya, dan jadilah isteri saya."

Tolong ingatkan Riwon yang jarinya sekarang dicincin kemas dengan cincin berlian putih. Entah sejak bila Jaemin menyarungkan itu, tapi jujur sahaja ─ Riwon seakan tidak percaya.

Riwon tidak percaya yang dia mengangguk.

➳❥ the end

tunggu dua special chapter tau!
i will publish it asap

unlock special chapter one
40 votes + 40 comments 😆

mecacih baca fic yang tak seberapa ni!
i appreciate your support, votes, and comments!

[V] Professor. ✔Where stories live. Discover now