PJ. XVII

1.1K 237 47
                                        

[ Jaemin POV. ]

"Ayah ada apa-apa, berita dari makmal nak cerita dekat Jaemin?" Tanyaku. Ayah selalunya akan bersua denganku untuk berkongsi cerita tentang kerjanya di makmal.

Tapi, kali ini pelik juga. Ayah bawa sekali papanya Riwon. Hairan.

Kedua mereka saling berpandangan, aku bertambah keliru.

"Jaemin, ayah bukan nak cerita pasal makmal. Tapi..." Ayah menjedakan katanya. Dipandang Encik. Park di sebelahnya.

"Soal Riwon.." Encik. Park membuka bicara.

Ludah perit ditelan, tolong jangan tanya pasal hubungan—

"Uncle dapat tahu anak uncle tu sedang dalam hubungan."

Mati aku. Tak mampu berbalas kata, aku hanya berdiam diri kerana aku sudah nekad tidak akan sibuk dengan urusan perhubungan Riwon dan Jeno.

Cemburu? Ya memanglah cemburu, aku sahaja yang sudah cukup lama kenal dengan gadis itu. Bahkan, keluarga kami saling berkenal juga. Tetapi, Riwon lagi memilih lelaki yang baru dikenalinya.

Lagipula, Riwon pastinya belum mengenal hati budi lelaki itu. Jeno bukan budak lelaki yang ba—

"Tapi, bukan dengan kamu. Betul?" Soalan dilontarkan lagi membuatkan aku tersentak. Tak mampu mengelak lagi, aku mengangguk perlahan.

"Uncle nak Jaemin buat sesuatu untuk uncle." Ludah perit ditelan, aku tidak boleh menolaknya. Bahkan, ini juga permintaan ayah yang tawarkan aku menjadi guru private kepada Riwon.

Dengan alasan, pelajaran Riwon semakin merosot sekarang. Maklumlah, anak itu sudah mabuk kepayang bercinta dengan Jeno.

"Uncle tak nak Riwon mengulang ujian semester nanti,uncle mahu dia lulus secepatnya." Kedua bahuku ditepuk perlahan, jelas tanda mengharap.

Nafas dihembus berat.

"Satu lagi, uncle minta tolong kamu tengok-tengokkan anak uncle dekat kolej tu. Uncle tahu teman lelaki dia tu macam mana orangnya."

"Bermakna, uncle kenal dengan Jeno?"

Encik. Park mengangguk tanda mengiyakan. "Lelaki itu selalu bawa Riwon keluar dan balik malam. Cucu uncle yang ceritakan."

Aku terdiam lagi. Setahu aku, Riwon ada anak buah lelaki namanya Jiahn. Budak lelaki petah berkata-kata itu. Memang tak hairanlah, boleh jadi reporter bila besar nanti.

"Tapi, uncle. Saya tak ada hak untuk sibuk soal hubungan- "

" -Cukup awasi lelaki tu. Kalau melebih batas, buatlah apa yang patut."
Aku mengangguk tanda akur. Jadi, ini juga menjadi sebab aku diarahkan untuk menjadi guru private kepada Riwon dan tinggal di bawah bumbung yang sama dengan gadis itu-- berharap yang aku boleh menjaga anak gadis.

Kalau aku jaga, aku dapat apa ?

End POV. ]

➳❥ tbc

------

lepasni, riwon dengan jaemin akan tinggal bersama.
so, akan ada lagi konflik bukan setakat antara jae-won 😆

[V] Professor. ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang