"Riwon.. Riwon." Bahu gadis itu digoncang perlahan, tetap juga Riwon tak bangun.
Sudah lebih 30 minit dia duduk bersama Prof. Jaemin di bilik pejabat lelaki pensyarah itu. Disebabkan Prof. Jaemin keluar sebentar, hendak membeli makanan.
Riwon mengisi kesempatan yang ada itu dengan tidur sekejap. Sekejap ya sekejap, tapi sudah masuk 15 minit tidurnya itu. Riwon pun terjaga sebaik sahaja telinganya menangkap suara Prof. Jaemin berdekatan.
"Awak pagi tadi dah tidur, nak tidur lagi?" Tanya Jaemin. Dia kemudiannya berjalan menuju ke mesin air coway, siram muka si gadis kuat tidur itu supaya sepenuhnya sedar.
Eh, Jaemin taklah sekejam begitu.
Lagi-lagi, dengan Riwon pula."Tadi tidur pagi, sekarang tidur tengah hari pula..." Riwon kembali meletakkan kepalanya atas meja. Berbantalkan lengan sendiri.
Jaemin hanya menggelengkan kepala, Riwon ni betul-betul lah sleepyhead orangnya. Gerutunya dalam hati.
"Tugasan tadi dah siapkan?" Tanya Jaemin. Dia duduk berhadapan Riwon. Gadis itu tetap dengan posisinya seperti tadi, posisi orang bersedia masuk ke alam mimpi.
"Dah." Jawab Riwon malas.
Jaemin membuka makanan yang dibelinya tadi. Tteokbokki dan Ssambap sahaja. Riwon yang menangkap bau makanan itu segera mengangkat mukanya.
"Ciee, Prof belikan saya makanan? Teri--" Riwon bertanya, kening diangkat cuba meyakinkan. Paling tepatnya, cuba mengharap yang makanan itu adalah untuknya.
Selain kaki tidur, Riwon juga kaki makan. Semua jenis makanan dia makan. Perut tong!
"Perasan!" Jaemin menunjal dahi Riwon, sedikit tersentak gadis itu. Matanya terbutang luas. "Saya beli untuk perempuan pemalas yang kerjanya asyik tidur." Sindirnya sekali.
Riwon bukanlah jenis manusia-siput yang lambat pick up apa yang orang cakap. Dia faham maksud Prof. Jaemin itu, Perempuan? Pemalas? Tidur? Semestinya dirinya.
"Itadakimasu-! Aduh janganlah main tunjal dahi orang, professor ni sakit tahu!" Marah Riwon, sekali lagi dahinya ditunjal oleh Prof, Jaemin.
Dahi luas milik gadis bijak iti ditunjal. Haish, sabar Riwon, behave! Nasib sahaja Riwon sedar diri. Dia tak patut melenting tak tentu pasal. Lagipula, dia sudah berjanji dengan papa nya untuk tidak berkasar dengan pensyarah ini.
➳❥ tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
[V] Professor. ✔
Fiksi Penggemar❛❛According to Newton's Law, every event has a possibility. So I think, we may meet again.❜❜ NA JAEMIN AS PROFESSOR 5TH AS THE SERIES START ⋮ O2/O6/2O2O END ⋮ O8/O7/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O