Encik. Park berbincang dengan isterinya di ruang tamu rumah agam keluarganya, anaknya, Rowoon dan anak menantunya juga ada di situ. Jiahn sudah masuk tidur lebih awal.
Mereka menanti Riwon pulang— sudah jam 8 malam anak gadis itu belum pulang ke rumah lagi. Jangan ditanya ke mana merayapnya Riwon kalau bukan berkepit dengan Jeno seperti belangkas.
Sebaik sahaja kelibat gadis kecil mungil itu muncul menarik tombol pintu, mereka semua berdiri.
Riwon memandang dengan hairan. Ada acara keluarga apa malam ini? Gumamnya dalam hati, sambil berjalan mendekati mereka.
"Papa. Kenapa beg Riwon semua ada dekat bawah?" Soal Riwon, ada 3 beg roda berisi pakaian anaknya di situ. Tinggal tunggu dimasukkan sahaja dalam kereta.
"Papa akan hantar kamu tinggal dengan guru private kamu selagi kamu tak tebus kesalahan kamu." Kata Encik. Park dengan tegas.
Dipandang mamanya pula, wanita baya umur itu membuang pandangan dari memandang anaknya. Dia tahu, itu signal Riwon untuk minta dibela.
Tapi, kali ini tak boleh. Riwon sudah betul-betul naik kepala. Bahkan, kesibukan ahli keluarganya dimanfaatkan untuk meluangkan masa dengan teman lelaki.
"Papa tahu kamu tersingkir dari anugerah dekan untuk semester kali ni, kan?"
Ludah perit ditelan, Riwon buntu. Dari mana sahaja papanya tahu soal perkara yang disembunyikan ketat olehnya ini?
Segara abangnya, Rowoon dipandang. Rowoon melipat tangan didada sambil mengangkat kening-- tanda meminta penjelasan lebih lanjut mengapa adiknya tidak mendapat anugerah dekan lagi. Padahal, hampir setiap semester adiknya mendominasi.
"Kad kamu papa yang pegang."
Riwon terdiam. Bankraplah dia kali ini. Riwon tidak berani melawan jika sahaja papanya berubah menjadi mode garang.
"Papa mahu kamu putuskan hubungan dengan lelaki itu, kalau betul dia yang menyebabkan kamu merosot macam ni."
Riwon meraup wajahnya kasar.
Riwon akan buktikan dekat papa yang ini semua bukan disebabkan Jeno!------
[ Riwon POV. ]
Choi Samcheon menghantarku ke sebuah apartment, papa dan mama sibuk ke luar negara sebab ada urusan mendadak. Abang juga, sibuk berkempen sebelum pilihan raya.
Semua family aku tiada masa langsung denganku. Bukan seperti Jeno yang selalu ada untukku. Dengan beg roda menggunung, aku berdiri depan pintu apartment itu.
Pasti, guru privateku ini adalah perempuan orangnya. Sebab papa takkan benarkan aku tinggal serumah dengan lelaki. Papa adalah ayah yang protektif, posessive, dan penyayang sebenarnya.
Sebab itulah aku tidak membentak dan menolak arahannya ini. Aku tahu, semua yang papa lakukan adalah untuk kebaikanku sendiri.
➳❥ tbc
YOU ARE READING
[V] Professor. ✔
Фанфик❛❛According to Newton's Law, every event has a possibility. So I think, we may meet again.❜❜ NA JAEMIN AS PROFESSOR 5TH AS THE SERIES START ⋮ O2/O6/2O2O END ⋮ O8/O7/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O