Riwon memegang dadanya, cuba menenangkan diri dan terus berdiri menghadap belakangnya, orang yang menepuk bahunya tadi adalah Professor Jaemin.
"Belum balik lagi?" Tanya Jaemin, tangan dilipat ke dada dengan lengan kemeja yang yang dilipat ke pangkal lengan. Hensem siot!
"Be- belum." Jawab Riwon kekok. "Tertinggal bas." Riwon membetulkan katanya.
"Saya hantar."
Jaemin beralih berjalan ke arah tempat keretanya diparkir, meninggalkan Riwon yang masih terpinga-pinga di situ.
"Saya hantar awak balik." Jaemin memandang Riwon semula. Menunggu gadis itu untuk mengejarnya.
"Tak perlulah Jae- eh Prof." Riwon hampir salah cakap, namun dia perbetulkan semula. Lagipula, Jaemin adalah pensyarah, panggilan itu memang sesuai baginya.
Jujur sahaja, Riwon tidak mahu mengingat semula peristiwa hari itu— kali pertama dia bertemu dengan Jaemin. Malu bila diingat semula.
Dia yang salah melenting tak tentu pasal tanpa usul periksa, padahal jelas Jaemin tidak sengaja.
"Saya baru nak call papa—"
"—Papa awak baru sahaja flight ke Amerika, urgent call." Kata Jaemin, Riwon meneguk air liur basi dengan perit.
"Sudah, jangan berlengah lagi." Jaemin berjalan semula, "Atau awak nak jadi pak guard dekat sini?" Lanjutnya lagi.
"Tunggu saya, professor!" Tak semena-mena Riwon terpaksa mengikuti langkah Professor Jaemin.
------
Suasana dalam kereta Audi R8 itu senyap, sunyi, dan.. bak kata Riwon dalam hati, macam di perkuburan.
Riwon juga tidak tahu nak buka topik pasal apa. Professor Jaemin fokus dengan pemanduan. Mungkin sahaja, Jaemin sedang berfikir.
"Riwon." Panggil Jaemin.
"Nae?"
"Saya minta maaf, pasal hari tu." Ujarnya dingin.
Riwon garu kepala yang tak gatal. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dirinya tidak memaafkan Jaemin. Perbuatan itu jelas sekali buatkan orang perempuan marah.
Perempuan mana yang tak marah kalau disentuh oleh lelaki? Lagi-lagi disentuh di kawasan yang ah— yang penting itu berharga bagi seorang perempuan.
Riwon berfikir positif, kalau sahaja dia melenting sekali lagi dalam kereta Professor ini. Habis dia ditendang keluar, sudahlah rumahnya masih jauh.
"Eh- tak apa Prof." Jawab Riwon. Dengan senyuman sekali.
"Nanti esok, datang ke bilik saya." Kata Jaemin, refleks Riwon berfikir yang bukan-bukan.
Hari tu dah pervert, nak buat lagi. Haish, nak kena ni! Gumam hati Riwon, bersiap sedia sudah menyingsing lengan blouse. Bersedia untuk menghadiahkan jurus ninjanya dan mematahkan tulang-tulang Professor Jaemin untuk dijadikan sup tulang.
➳❥ tbc
jaemin memang suka flirt, dont deny it 😆
YOU ARE READING
[V] Professor. ✔
Fanfic❛❛According to Newton's Law, every event has a possibility. So I think, we may meet again.❜❜ NA JAEMIN AS PROFESSOR 5TH AS THE SERIES START ⋮ O2/O6/2O2O END ⋮ O8/O7/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O