PJ. XIII

1.2K 244 82
                                    

Yuqi masih menunggu kelibat seseorang yang ditunggunya,  Lucas juga masih setia menunggu Yuqi keluar dari kelab malam Royale itu.

Cukup 20 minit, orang yang ditunggunya sudah sampai.

"Sorry, su- susahkan professor." Ucap Yuqi rendah diri.

Ya benar, Yuqi minta tolong akan Prof. Jaemin untuk menghantarkan Riwon pulang. Lagipula, jalan ke rumahnya berlainan dengan rumah Yuqi.

Yuqi pun taknak menyusahkan Lucas. Cukuplah Lucas sudah naik angin sebab Yuqi pergi ke majlis sebegini tanpa pengetahuannya dan minta izin padanya terlebih dahulu.

Asal tahu sahaja, Lucas is a posessive fiancèe.
Bukan pula Lucas itu tunangnya si Riwon, tapi tunang kepada Yuqi.

"Yah.. it's okay." Prof. Jaemin melepaskan keluhan berat. Memandang Riwon yang sudah tertidur atas sofa.

Dengan dress ketat, bahu terdedah. Nasib sahaja ada Yuqi yang tolong jagakan sementara Prof. Jaemin dalam perjalanan ke sini tadi. Kalaukan sahaja tiada menjaganya, mesti sudah terlepas ikut berdisko dengan Mark dan Dino.

Yuqi lekas-lekas berdiri, hendak berganjak keluar dan pulang. Dalam hati Yuqi berbisik. Mianhae, Riwon-ah...

Tanpa membuang masa, Jaemin membuka blazer yang dipakainya. Disarungkan pada Riwon untuk menutup potongan bahu gadis itu yang terdedah. Badan kecil si gadis dipapah untuk bawa pulang.

Pulang ke rumahnya.

------

Memang tidak salah lagi, Jaemin sudah nekad. Dia bawa Riwon pulang ke rumahnya. Maksudnya, rumah keluarga Jaemin.

Gila apa dia akan hantar Riwon pulang ke rumah gadis itu, cari maut namanya. Pasti, Riwon akan dimarahi teruk oleh parentnya. Dengan badan bau-bau arak lagi begitu.

Dengan niat baik, Jaemin tumpangkan Riwon di rumahnya. Jangan risau, Jaemin tidak bersendiri di rumah. Kan ada orang gaji. Ibubapa nya juga sibuk, yalah kan saintis!

------

[ Riwon POV ]

Kepala dipicit perlahan, sedaya upaya mata cuba dicelikkan. Aku kat mana? Kan tadi dekat club? Batin berbicara sendiri.

Bangun sahaja, aku terbaring atas katil. Cukup luas bilik yang aku tempati ini. Tapi agak asing bagiku, sejak bila pula bilik aku jadi.....

Langsir ditarik, dan halaman rumah ini agak asing bagiku...

HUWAAA SIAPA CULIK AKU MAMA PAPA TOLONG HANTAR ROKET SELAMATKAN ANAKMU SEKARANG JUGA— !

Cleck
Bunyi pintu dikatup dari luar. Senjata??? Aku kena cari senjata sebagai keselamatan. Ah ha, bantal pun bantallah. Lantaklah kau, asalkan aku selamat.

➳❥ tbc

seperti dijanjikan, double update sebab ramai teka dengan betul *baksu~* siapkan jantung korang, lepasni plot twist! saya reveal watak baru

[V] Professor. ✔Where stories live. Discover now