Amir mengambil basikal yang sudah dikunci di tepi kedai runcit Pak Yeh. Lalu dikayuhnya masuk ke dalam kampung. Apabila sampai di jambatan besi, tiba-tiba, pemegang basikal dihadangi oleh seorang lelaki.
Badrul tersengih.
"Amir.... Lama tak nampak kau!"
"Kau nak apa?"
"Takde apa-apa. Saja nak kacau kau. Hehe..."
Berderau darah Amir. Mesti benda buruk atau ada benda yang dirosakkan oleh setan ini sekejap lagi. Jangan dia campak Amir ke dalam sungai macam hari itu sudahlah.
"Tengok apa benda kau beli?!!"
Dengan kasar Badrul mengambil beg plastik berwarna putih di pemegang basikal Amir.
"Syampu?"
Badrul mengambil syampu itu, benda lain yang masih dalam plastik dia buang ke tanah.
"Janganlah, tu barang mak saya kirimlah bodoh!"
"Lembik, aku rasa panaslah. Kau panas tak?"
"Kau nak buat apa?"
Dituangnya hampir separuh botol syampu lalu dilumurkan ke kepala Amir. Amir tidak mampu melawan kelakuan Badrul. Dia hanya membiarkan dengan hati pasrah. Air mata keanakan Amir mulai mengalir.
Badrul membuka bajunya. Tubuh Badrul juga kelihatan sasa. Dadanya bidang dan perutnya sedikit kekar. Amir tertanya-tanya, apa yang Badrul ingin lakukan.
"Kau nak buat apa bodoh???"
"Jom mandi!"
Badrul mencekak tengkuk Amir lalu dia mengheretnya turun ke sungai. Amir meronta-ronta. Basikal Amir jatuh di tepi jalan dengan barang-barang dari plastik beg jatuh bertaburan.
Amir ditarik dengan kasar, lalu dia ditolak ke dalam sungai yang air sangat dalam. Sekali lagi. Dia mengelupur panik di dalam air. Tapi nasib baik kali ini, Badrul terjun sekali. Dia menyambar Amir yang hampir kelemasan itu.
Setelah sudah membasahi mangsanya itu, Badrul menolak Amir ke tebing. Amir melarikan diri dengan habis pakaian basah lencun. Badrul mentertawakan Amir. Walaupun nak sahaja dia lemaskan Amir, tapi tak sanggup pula berita mayat Amir masuk dalam televisyen malam nanti.
Amir pulang ke rumah dengan keadaan masih basah. Apabila Mak Teh Aini menegurnya, terus dia menangis di pangkuan emaknya sekuat hati. Mak Teh Aini tahu dan faham apa yang terjadi dengan anaknya. Dia pun tidak tahu nak buat apa-apa. Hanya meminta Amir supaya bersabar sambil membelai kepala anak lelakinya itu.
"Mak, nak letak mana ni?"
"Letak kat tepi meja. Alas dengan kerusi ya Mir."
Amir meletak sebekas nasi lemak yang terletak dalam tong ais ke tanah, lalu dia mengambil kerusi plastik.
"Eh! Janganlah letak atas tanah nak! Kotor nanti!"
Mak Teh Aini menegur cara anaknya berkerja. Amir gelak kecil. Cepat-cepat dia angkat dan letak ke atas kerusi. Kemudian, dia menyusun bekas-bekas yang mempunyai sambal nasi lemak, telur dan timun serta beberapa jenis kuih di dalam bekas yang tertutup.
Belum sempat siap sedia menyusun, sudah ada beberapa orang pelanggan yang terdiri daripada orang kampung yang menunggu. Tanpa berlengah, mereka terus memesan makanan dari Mak Teh Aini yang baru sahaja memegang pisau untuk memotong timun.
"Kak Teh, nak lima bungkus ya... dua telur mata, 3 ayam goreng!"
Itulah pesanan pertama pada pagi itu. Amir menolong membungkus, tapi soal pulangan baki, Mak Teh Aini yang uruskan.
Matahari meninggi segalah, cahayanya mula menghangatkan suhu dan mengewapkan saki baki embun yang melekat di daun.
"Banyak lagi ke Mir?"
Amir membuka tong nasi berwarna biru lalu dijengah untuk melihat isi dalamnya.
"Sikit lagi."
"Belum pukul lapan lagi ni..."
"Mak nak masak lagi ke?"
"Hisshhh kamu ni. Mana boleh macam tu... tak laku nanti!"
"Mak pun ada pantang larang ke?"
"Bukan pantang larang, itu strategi psikologi marketing namanya..."
Amir tergelak. Pandai pula emaknya main-mainpsikologi.
![](https://img.wattpad.com/cover/163931925-288-k972325.jpg)
YOU ARE READING
Api untuk Amir
Romance"Cinta itu luas maknanya. Kisah ini Bukan hanya untuk pasangan kekasih. Kita masih lagi ada Tuhan, keluarga dan sahabat untuk kita cintai." Apakah yang terjadi apabila sikap keanak-anakan dan periang Amir bertemu dengan lelaki yang sangat matang da...