BAB 3: CIKGU MATEMATIK TAMBAHAN (3/5)

11 0 0
                                    

Razlan menghantar Amir dan Aisyah pulang ke rumah. Tempoh perjalanan dari pekan ke rumah Amir hampir 40 minit. Langsung masing-masing membisu dan membatu.

Razlan memandang ke arah Amir yang dari tadi tunduk ke bawah. Di tangan Amir masih lagi memegang beg plastik yang dipenuhi alat tulis dan kertas warna. Razlan menghulurkan duit yang dirompak tadi kepada Amir semula. Amir mengambilnya perlahan-lahan. Matanya memandang tepat ke wajah Razlan. Razlan membalasnya dengan wajah kosong dengan satu anggukan kecil.

Sebenarnya, kelibat Amir dan Aisyah telah ternampak oleh Razlan yang berada di dalam sebuah restoran di hadapan pintu keluar lorong tadi. Tersenyum dia melihat Amir dan Aisyah berjalan terkedek-kedek melintas jalan untuk ke tasik.

Razlan ke pekan untuk berjumpa dengan Taufik dan Amran, Pengarah Operasi Mega Blue Wave. Hal inilah yang dikatakan oleh Razlan tempoh hari.

Mak Teh Aini dan Along Azizah berada di serambi rumahnya. Terhendap-hendap mereka cuba melihat siapa gerangannya di sebalik kereta mewah berwarna putih yang diselindung dengan cermin gelap.

Razlan mengejutkan Amir dan Aisyah yang tertidur kepenatan.

"Kat mana ni? Eeeh dah kat umah saya dah?"

"Basikal...."

"Basikal? Tak apalah, pergi balik berehat dulu. Aisyah, nak hantar ke rumah ke?"

Aisyah menggeleng kepala. Masih trauma lagi.

Entah macam mana Amir bersalam dengan Razlan, lalu diciumnya tangan Razlan. Terkejut juga Razlan dengan kelakuan Amir ini.

Seperti yang dijanjikan, Aisyah makan tengah hari di rumah Amir pada tengah hari itu. Sepatah perkataan tentang kejadian tadi, tidak keluar sama ada daripada mulut Amir atau Aisyah. Masih mengunci mulut masing-masing.

Pada waktu rehat seperti biasa, minggu berikutnya, Amir dan Aisyah sekali lagi ke kelas Razlan. Kelas Tingkatan 5 Sains 3. Razlan pun seperti menunggu kehadiran dua rakan comelnya itu.

"Abang Lan...."

Amir tersengih hingga mata bulatnya tertutup rapat.

"Hari ni kita makan kat sini jelah... saya ada bawakan bekal..."

"Okey."

Amir menarik kerusi yang berhadapan meja Razlan. Sementara itu, Aisyah duduk di sebelah Razlan. Aisyah membuka bekas makanan berwarna putih lalu dihidangkan kepada Razlan dan Amir. Sementara Amir membongkok untuk mendapatkan gelas plastik. Dia kemudian meletakkan tiga gelas plastik dan sebotol air mineral yang berisi air teh nipis di sisi meja, di sebelah kanannya.

Selepas menyimpan buku ke dalam lacinya, Razlan membaca doa makan sebelum menjamah nasi goreng di hadapannya. Amir dan Aisyah sempat mengaminkan doa Razlan.

"Sedapnya."

Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut Razlan selepas dia menyuapkan makanan itu.

"Mestilah sedap, Amir memang terer memasak tau bang."

Aisyah cakap nasi goreng ini dimasak oleh Amir. Membuatkan Razlan sedikit kurang percaya. Razlan memandang wajah Amir membuatkan dia tersipu malu.

"Amir memang pandai memasak abang. Kat rumah dia pun, dia selalu kena buli dengan kakak-kakak dia. Kalau kakak-kakak dia nak makan, diorang suruhlah Amir masak."

Merah padam muka Amir. Razlan hanya senyum tipis.

"Sebenarnya saya masak nasi goreng sebab saya nak ucapkan terima kasih kat abang, pasal semalam tu."

"Pasal apa?"

Razlan bertanya selamba seraya menyuapkan makanannya ke dalam mulutnya. Amir dan Aisyah berpandangan. Hairan. Masakan Razlan sudah tidak ingat atau berpura-pura tidak faham.

"Ala pasal abang selamatkan kitorang kat lorong tu!"

"Ada lagi nasik?"

Razlan seakan-akan tidak mendengar. Sebaliknya dia meminta nasi goreng tambah daripada Aisyah. Amir pun terbongkok mengambil bekas makanan itu yang disimpan dalam beg kain terletak di atas lantai, lantas dihulurkan kepada Aisyah. Aisyah mengambil bekas makanan Razlan lalu ditambah sahaja makanan itu. Razlan berjaya mengalih perhatian mereka.

Ternyata Razlan cukup gemar dengan nasi goreng itu. Rasa masin dan pedas, dengan lauk sotong, udang dan ayam, membuatkan Razlan menghabiskan nasi goreng itu. Licin. Bangga Amir sebab berjaya memasak untuk abang kesayangannya.

Dari kejauhan, ternampak dua pasang mata memerhatikan mereka dari jauh. Aidil dan Badrul berdiri di satu sudut kaki lima di hadapan kelas Razlan.

Api untuk AmirWhere stories live. Discover now