Mendengar sorakan nama Razlan, Amir pun pandang ke arah susuk tubuh itu. Dia membetulkan kedudukannya yang bersandar pada tiang gol itu. Ada seorang cikgu menghalau pelajar supaya menjauhi tiang gol, sekali halau mereka lari, selepas itu, datang duduk berkumpul semula.
Amir terpaksa melihat Razlan di sebalik paha-paha pelajar yang lain yang berdiri di hadapannya. Terhendap-hendap dia untuk melihat ke arah tengah padang.
Harapan Amir, harap Razlan tidak buat silap dan selamatkan keputusan 2-1 itu. Baru sahaja, dia berdoa...
Zappppp!!!!!.....
Satu gol cantik tepat ke jaring gol. Bunyi badan penjaga gol sekolah lawan terjatuh ke tanah, kuat bunyinya. Buk!
Bola itu jatuh dan tergolek betul-betul di sebelah Amir. Terdengar sorakan yang kuat dan bergema menyorak nama Razlan.
Wisel ditiup, keputusan telah menjadi 2-2.
"Eh!?? Apa yang berlaku?"
Amir menguit kaki pelajar di hadapan yang menyaksikan jaringan gol tadi. Pelajar itu mengatakan Razlan sekali lagi berjaya membuat rembatan jarak jauh. Menariknya, bola itu tepat ke gol. Amir juga terdengar bisikan mereka yang Razlan merembat bola itu dengan menggunakan kaki kiri.
"Memanglah, Abang Lankan kidal!"
Amir melihat ke arah bola yang pegun di sisinya. Ada seorang pemain yang datang mengambil bola tu. Pemain itu ialah Razlan. Amir memandang wajah Razlan yang sudah melirik senyuman sambil mengenyit mata kepadanya. Bulat mata Amir. Dia tidak tahu apa yang Razlan fikirkan ketika itu dan dia juga tidak mahu Razlan tahu yang dia datang untuk memberi sokongan kepada orang yang tidak mahu berkawan dengannya.
Perlawanan diteruskan. Pihak lawan juga menyerang menjadikan perlawanan lebih sengit. Amir tidak habis-habis melepaskan pandangannya ke arah Razlan. Dia berharap agar dapat lihat sekali lagi Razlan merembat bola. Tapi tidak.
Keputusan sekarang sudah menjadi 3-3. Masing-masing memberi aksi saingan yang membuatkan kedua-dua belah penyokong tidak senang duduk.
Ramai yang mengharapkan pasukan Sekolah Menengah Adi Waja menjaringkan gol sekali lagi. Tidak mahu dibawa ke penentuan melalui penalti.
Minit ke-86, ada beberapa minit lagi perlawanan akan tamat. Sorakan penonton masih lagi tidak pudar. Amir berharap agar sekolah ini menang.
Di dalam padang, Razlan menghadapi masalah dengan penyerang pihak lawan. Posisinya telah ditukar dari pertahanan ke pemain tengah bersama Aidil.
Setelah pemain sayap berjaya mencuri bola dari pihak sekolah lawan, bola itu dihantar ke arah Razlan. Razlan bersama Aidil membawa bola itu bersama ke arah hadapan pintu gol pihak lawan. Gelecekan Aidil berjaya memperdayakan lawannya lalu dia menghantar ke penyerang. Di situ berlakunya pergelutan situasi 3-3 dengan pihak lawan.
Tanpa disedari, penyerang Sekolah Menengah Adi Waja melepaskan lantunan ke gawang lawan, tapi penjaga gol sekolah lawan berjaya menepis bola lalu terkena tiang. Bola muntah dan tergolek betul-betul di hadapan Razlan. Tanpa membuang masa, menggemari posisi situasi bola mati, satu rembatan kaki kiri sekali lagi tepat ke gawang pihak lawan. Bergegar tiang gol pihak lawan.
Wisel panjang berbunyi. Sorakan bergema pelajar-pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Adi Waja bergegak-gempita.
Bulat mata Amir.
"Hebatnya!"
Pasukan bola sepak Sekolah Menengah Adi Waja meraikan kemenangannya. Semua orang sangat gembira dan bangga. Sepanjang hari itu juga, tiada proses pembelajaran yang berlaku. Doa Amir termakbul.
Razlan diangkat sebagai wira sekolah apabila berjaya meledak dua gol. Jauh di sudut hati Amir, Razlan mesti hendak lagi menjauhkan diri darinya dan keadaan mesti bertambah buruk selepas ini.
Amir nampak Razlan dan ahli pasukan bola sepak meninggalkan padang. Selepas ini, ada sesi penyampaian hadiah untuk kejohanan bola sepak. Pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri juga turut serta dalam anugerah penyampaian trofi kejuaraan itu.
Amir nak sangat jumpa Razlan untuk mengucapkan tahniah. Tapi apabila dia cuba untuk mendekatinya ada sahaja yang menghalang. Amir kecewa dan kecil hati apabila Razlan tidak perasankannya.
Namun Razlan tidak sekejam seperti Amir fikirkan. Dia sudah nampak Amir yang berdiri dan tenggelam di sebalik sorak pelajar-pelajar di hadapannya. Dia bercadang untuk berjumpa dengan Amir sendiri kemudian nanti.
Hari itu, pasukan bola sepak dilayan seperti anak raja. Diberi penghargaan dan pujian melambung dari pengetua. Namun, ramai pelajar yang perasan dan tidak nampak kelibat Razlan ketika majlis menerima piala kejuaraan tersebut.
![](https://img.wattpad.com/cover/163931925-288-k972325.jpg)
YOU ARE READING
Api untuk Amir
Romance"Cinta itu luas maknanya. Kisah ini Bukan hanya untuk pasangan kekasih. Kita masih lagi ada Tuhan, keluarga dan sahabat untuk kita cintai." Apakah yang terjadi apabila sikap keanak-anakan dan periang Amir bertemu dengan lelaki yang sangat matang da...