BAB 4: Cinta Raja & Ratu (4/5)

14 1 0
                                    

"Mak Teh, nasik ada lagi?"

Terdengar suara lelaki yang Amir cukup kenal. Amir menoleh. Razlan muncul di gerainya. Muka Amir tertarik masam secara sendiri. Kelihatan Suhana berlari-lari mengekori Razlan di belakangnya.

Razlan muncul dengan memakai baju panas berhud berwarna kelabu. Zip baju dibuka sehingga menampakkan dada bidang dan berototnya. Walaupun Razlan kelihatan jarang dengan penampilan itu, Amir tidak sanggup berjumpanya.

Amir bangun lalu dia pura-pura balik ke rumah untuk mengambil duit kecil. Razlan faham kenapa Amir tiba-tiba berlalu pergi. Dia tidak berkata apa-apa. Tetapi Mak Teh Aini pula melenting.

"Heiiii!... tolong laa bungkus nasik untuk Abang Lan kamu niii!!!"

"Nasik dah abis!!!!"

Jerit Amir yang sudah separuh jalan untuk sampai di tangga rumahnya.

"Bertuah punya anak!"

Razlan hanya tersenyum.

"Maaf ya, Razlan. Perangai lain macam sikit sejak dua menjak nih"

"Tak apa. Ada lagi ke?"

"Ada... tapi yang lastlah ni."

"Habiskan Mak Teh ya."

Mak Teh Aini membungkus makanan untuk Razlan sambil membebel kepada anaknya. Razlan tidak habis-habis tersenyum melihat gelagat Mak Teh Aini.

Walaupun harga nasi lemaknya hanya berharga lima ringgit untuk tiga bungkus nasi lemak, Razlan membayar dengan duit berjumlah lima puluh ringgit.

Terkejut Mak Teh Aini. Dibelek-beleknya duit kecil di dalam poket apron yang seperti poket Doraemon.

"Tak apa Mak Teh. Simpan bakinya!"

"Eh.. banyak sangat ni Lan"

"Tak apalah..."

Mak Teh Aini senyum lalu berterima kasih kepada Razlan. Apabila menatap wajah Razlan, Mak Teh Aini terpegun. Razlan memanggilnya beberapa kali apabila melihat orang tua itu merenung mukanya. Takkanlah emak Amir juga terpikat dengannya pula.

"Macam wajah Amri dulu... perangai pun macam arwah ayah Amir aje Lan ni!"

Razlan mengecil matanya. Cuba untuk memahami apa yang Mak Teh Aini ujarkan.

"Apa?"

Mak Teh Aini minta Razlan tunggu sekejap. Ada sesuatu yang hendak memberitahu kepada Razlan. Nak tak nak, Razlan terpaksa juga menunggu Mak Teh Aini mengemas bekas-bekas makanan yang sudah kosong.

Kemudian Mak Teh Aini mengajak Razlan duduk di tepi meja gerai itu. Razlan duduk sambil meriba Suhana di atas pehanya.

"Sebenarnya Amir banyak cerita pasal Razlan kepada emak. Tak pernah dia sebut-sebut nama kawan-kawan dia pada kitorang. Yang selalunya, Aisyah aje. Tapi sejak Razlan ada di sekolah hari tu, dia asyik sebut aje nama Razlan. Emak pun pelik juga tau. Sekarang baru emak tahu kenapa Amir asyik sebut pasal Razlan. Tahu tak?... Dulu Amir ada seorang abang, namanya Amri. Sebaya dengan Lan. Tapi usia dia tak panjang, terkena penyakit leukemia pada umur sebelas tahun. Bukan itu aje, Amir pun sebenarnya ada seorang kembar. Namanya emak tak sempat nak letak. Demam panas selepas dia selamat dilahirkan."

Razlan terdiam. Wajah kacaknya seperti biasa, masih kosong sahaja. Matanya melekat ke wajah Mak Teh Aini yang semakin suram air wajahnya.

"Emak takde duit nak merawat Amri, tambah lagi arwah ayah Amir juga meninggalkan kami setahun selepas Amir dilahirkan. Itulah sebabnya, Amir selalu menyalahkan dirinya pembawa sial dalam keluarga kami. Tapi kitakan Islam, beberapa kali emak ingatkan dia supaya jangan salahkan diri sendiri. Ini ialah takdir. Kami kena redha dengan ketentuanNya. Dia membesar dengan emak, sampai kadang-kadang emak rasa bersalah sebab terlalu manjakan dia, hingga dia kadang-kadang hilang keyakinan diri. Dia memang budak baik, tidak pernah menyusahkan kami sekeluarga. Tapi itulah, kami terlalu manjakan dia, sesekali dia jadi naif sangat. Bila dia jumpa Lan, mungkin Lan lain daripada orang yang dia kenal. Tidak pernah ambil kesempatan, malahan membantu dia lagi adalah. Mungkin Lan ada sikit macam perangai

Api untuk AmirWhere stories live. Discover now