BAB 5: Amukan Raja Setan (4/5)

8 1 0
                                    

Razlan ke sekolah seperti biasa. Menjalani hari biasa. Cuma dia kadang-kadang rasa sunyi. Sudah lama tidak mendengar celoteh dan hilauan kecil Amir.

Razlan terpandang ke arah luar tingkap. Dia ternampak Aidil dan Badrul sedang membuli seorang pelajar. Razlan mula merencanakan sesuatu. Tetapi bukan dengan tindakan yang melulu. Lagipun dia masih lagi dalam pemerhatian pihak berkuasa. Jadi tindakan bijak harus dia rancangkan.

Razlan mengecilkan matanya. Pandangannya tajam ke arah Aidil.

Semasa waktu rehat, Razlan bertembung dengan Aidil semasa dia hendak ke tandas. Mereka bertentangan mata. Seperti ada arus elektrik apabila kedua-dua jaguh bola sepak itu berbalas pandangan.

Tubuh Razlan lebih tinggi dan lebih tegap daripada Aidil. Jadi, amatlah bodoh Aidil jika dia mencari fasal dengan orang sebegini.

Semasa balik dari tandas, sekali lagi Razlan melalui bilik darjah Aidil yang berada selang satu kelas dari kelas Razlan. Aidil juga terpandang kelibat Razlan. Dari renungan mata Razlan, Aidil memahami apa yang Razlan ingin perkatakan.

Aidil mengekori Razlan hingga ke kelasnya.

Razlan berdiri. Seolah sudah menanti kedatangan Aidil. Seperti dua harimau yang mahu berbunuhan sahaja cara mereka berpandangan. Kedua-duanya mengeluarkan aura yang sangat panas. Beberapa pelajar yang berada di situ menyedari kelakuan mereka.

"Kau Razlankan? Apa kau nak hah?"

Razlan senyum sinis.

"Pasal Amir."

Jawapan ringkas itu sudah menjawab persoalan Aidil.

"Jumpa aku tepi padang hujung kampung. Petang ini."

"Kau jangan datang seorang."

Seperti tiada apa yang berlaku selepas itu. Kedua-duanya melakukan aktiviti sekolah seperti biasa.

Petang itu, Razlan muncul di tempat yang dimaksudkan oleh Aidil. Di situ, tempatnya agak terpencil dan jarang orang lalu lalang.

Razlan mendapati dia sudah ditunggu oleh Aidil dan Badrul bersama empat orang lelaki yang badan tegap-tegap semua. Empat orang lelaki yang merupakan sahabat Badrul yang pernah mencampak Amir ke dalam sungai dahulu.

"Bagitau aku, perjanjiannya!"

"Aku taknak kau kacau Amir lagi lepas ini. Juga budak-budak lain..."

Aidil ketawa terbahak-bahak.

"Gila nak jadi herolah kau ni Razlan!!!.. Tak cukup lagi ke kau jadi hero sekolah!? Sampai posisi aku pun, kau cantas!"

"Jangan cakap banyak! Mari mulakan!"

Ternyata, enam orang adalah jumlah yang sedikit bagi Razlan. Tidak sampai lima minit, semua tumbang. Bergelimpangan tubuh mereka. Menahan penangan sepak terajang Razlan. Termasuklah Aidil dan Badrul.

"Hah! Lama aku dah tak rasa macam ni!"

Razlan berasa sangat puas. Sudah lama dia tidak lepas gian membelasah orang. Dia pandang semua mangsanya. Puas hati. Dia pergi ke arah Aidil yang sudah terlentang di atas tanah. Razlan menggenggam leher baju Aidil, Aidil tersentak ketakutan. Hidungnya sudah berdarah.

"Kau ni siapa hahh!!!!"

"Aku repeat apa yang aku nak. Kalau aku nampak kau buat lagi. Aku cabut telur kau!"

Razlan merentap buah lelaki Aidil. Menjerit Aidil kesakitan.

"Satu lagi... perlawanan ni off record. Kalau kau kecoh kat sapa-sapa dekat sekolah, aku cabut burung kau terus!!!"

Api untuk AmirWhere stories live. Discover now