BAB 3: CIKGU MATEMATIK TAMBAHAN (2/5)

14 1 0
                                    

Pada hujung minggu seperti yang dijanjikan, Aisyah ke rumah Amir untuk menjemput kawannya itu untuk pergi ke Pekan Adi Waja. Mereka perlu berbasikal ke jalan besar, selepas itu, menaiki bas untuk ke pekan Adi Waja.

"Cepatlah Mir... !!!"

"Sekejap la!!!.."

"Amir memang gitu Cah! Kau duduklah dulu"

"Dah lambatlah Long... kang tengah hari, ramai orang pulak."

Aisyah mencekak pinggang. Along Azizah, meletakkan buku ke dalam beg Amir.

"Buku apa tu Long?"

Tanya Aisyah apabila melihat perlakuan Azizah.

"Buku latihan Amirlah... katanya dia nak pergi rumah sapa tuh??... yang dia asyik panggil abang, abang tu?"

"Abang Razlan?"

"Haaa ya, Abang Razlan!"

Aisyah bertambah geram.

"Kurang ajar Amir. Buat skandal dengan Abang Lan tak ajak aku!!"

Beberapa minit kemudian, Amir berlari-lari dari bilik ke muka pintu. Melompat dia turun tangga, takut Aisyah berubah hati, tak jadi pergi pekankan.

"Wehhh.. bengong! Hati-hatilah!"

Jerit Along Azizah, kakak sulung Amir.

"Apa kau ni Long... panggil adik kau macam tuh..."

Tegur Mak Teh Aini, yang tiba-tiba keluar dari bawah rumah. Di tangannya memegang kelapa yang sudah dibelah. Tangannya juga masih basah dengan air kelapa.

Amir dan Aisyah bersalam dengan Mak Teh Aini sebelum pergi. Mak Teh Aini juga sempat mengajak Aisyah untuk makan tengah hari di rumahnya.

"Ok! Ok mak! Boleh juga... hehehe..."

Kata Aisyah yang biasa dengan Mak Teh Aini dengan panggilan emak sahaja sebelum berlalu pergi.

Selepas mengayuh basikal untuk mengejar bas yang akan lalu sekali setiap satu jam, akhirnya Amir dan Aisyah berjaya menaiki bas mini yang menuju ke pekan.

Disebabkan hari ini hari Sabtu, ramai jugalah yang berada dalam bas itu. Bas itu seperti bas ekonomi yang biasa. Ada kerusi yang terkopak kusyennya dan bau asap dari minyak diesel memenuhi rongga hidung. Tapi itu sudah menjadi kebiasaan kepada penduduk kampung Adi Waja ini. Inilah satu-satu bas awam yang keluar masuk dari pekan Adi Waja ke pekan kampung sebelah.

"Amir, kau ada benda tak, nak bagitahu aku?

"Pasal apa?"

"Pasal Abang Lanlah."

"Yalah... pasal apa?"

"Pasal kau, Abang Lan dengan Matematik Tambahan..."

Amir tersengih.

"Ha'ah... Abang Lan janji nak ajar saya Matematik Tambahan..."

"Nak join."

"Cah, kau dah lain macam nih... Gedik!... Kau kenapa? Kau suka Abang Lan ke?

"Tak boleh ke?"

"Entah. Kau tahulah Abang Lan macam mana kan, ajak makan pun susah, apatah lagi nak bercinta. Saya takut kau patah hati je.... Eh jap! Sejak bila lagi kau mula tersuka nih?"

Aisyah terdiam. Betul juga kata Amir. Kalau Razlan tolak macam mana?

Bas mula perlahan dan berhenti di stesen bas pekan Adi Waja. Amir dan Aisyah pun turun lalu menuju ke sebuah lot kedai buku yang tidak jauh dari situ. Pekan ini tidaklah sebesar mana. Hanya ada beberapa blok yang dipenuhi dengan pelbagai kedai lama yang menjual keperluaan asas. Ada juga sebuah bangunan pejabat pos dan klinik kerajaan.

Api untuk AmirWhere stories live. Discover now