Petang itu, Amir balik berjalan kaki disebabkan basikalnya tertinggal di kedai runcit Pak Yeh. Ditangannya masih membawa beg kain yang berisi bekas makanan.
Kali ini, dia berjalan kaki dengan Aisyah. Kebiasaannya Aisyah pulang ke rumah selepas perjumpaan Kelab Sastera, tapi hari ini dia ponteng. Penatlah kalau setiap hari berjumpa, kata Aisyah. Apa boleh buat, dia merupakan ketua kelab itu. Nak tak nak, kenalah mencari idea dan masa banyak dihabiskan kepada kelab supaya kekal aktif.
"Abang Lan, mana?..."
"Dia ada latihan bola sepak..."
"Ooo..."
"Cah! Ajar saya Bahasa Inggeris boleh?"
"Kekdahnya? Aku BM bolehlah..."
"BM saya pun reti... okeylah"
"Yang kau kata Abang Lan nak ajar Mate Tambah tu, bila?"
"Eh eh.. dia pulak beriya.... Takdelah, abang Lan asyik busylah... petang ni pulak dia latihan bola... tengoklah esok esok ke."
"Petang ni, kita gi ambil basikal, jom!"
"Yalah.. saya pun terpikir tu... petang sikit, pukul 5, pas Asar... boleh? Time tu takdelah panas sangat."
"Okey."
Amir dan Aisyah masing-masing mengambil haluan sendiri setelah melewati pagar sekolah. Disebabkan panas dan silau, Amir berjalan tertunduk-tunduk kepalanya.
Debuk!
Amir terlanggar batang tubuh seseorang. Kepalanya terhentak ke dada orang itu. Dia mendongak. Aidil.
Aidil sudah senyum jahat kepadanya. Walaupun Aidil mempunyai wajah yang cukup kacak, tapi wajah itu masih menakutkan Amir. Bulat mata Amir, seraya meneguk air liur pekat.
"Sorang je ke Mir? Mane bodyguard kau?"
"Tengok apa benda kau sogok bodyguard kau."
Badrul merampas beg kain Amir. Dibukanya untuk melihat isi dalam bekas makanan. Aroma makanan itu cukup membuka selera Badrul. Hampir meleleh air liur dibuatnya. Badrul seakan-akan terpaku, lalu dihulur bekas makanan kepada Aidil. Sedap baunya, ini membuatkan Aidil menjadi bengang.
"Esok kau kena masak nasi goreng sebijik macam nih kat kitorang!!!"
Hampir ketawa Amir dengan perangai Aidil dan Badrul. Kalau nak rasa dan nak makan juga, cakap ajelah nak, tak payahlah nak marah-marah macam tu. Tapi Amir kenalah tahan gelak itu, kalau tak, teruk dia kena nanti.
Amir mengangguk tanda setuju. Aidil meletakkan bekas itu semula ke dalam beg kain lalu ditolak ke dada Amir. Tersentak ke belakang badan Amir. Sempat Badrul menampar belakang kepala mangsa bulinya itu sebelum berlalu pergi.
Sementara itu, Razlan terserempak dengan Balqis di kantin sekolah semasa dia menunggu waktu latihan bola sepaknya.
Raut wajah Razlan yang memanjang dengan rahang sedikit besar membuatkan bentuk muka menjadi kelihatan berpetak. Ditambah lagi rambut Razlan yang tersusun mengalur ke belakang membuatkan Balqis, gadis tercantik sekolah tertarik kepadanya.
Mereka berpandangan mata. Razlan pun turut tertarik dengan kecantikan Balqis. Tidak jemu setiap kali dia memandangnya.
"Tak balik lagi kenapa?"
"Tunggu latihan bola. Awak?"
"Biasalah, minggu depankan dah peperiksaan penggal pertama dah. Awak tu, apasal tak study lagi?"
"Ini yang last traininglah, untuk minggu nih. Lepas exam, baru sambung balik."
Mereka senyum antara sama lain. Hilang macho Razlan.
Rakan diva Balqis menguit tangan memberi isyarat untuk mereka balik ke kelas. Balqis meminta diri sebelum meninggalkan Razlan. Razlan geram apabila dia tengok Balqis yang iras seperti Megan Fox. Tiba-tiba angin bertiup membuatkan baju kurung putih gadis itu melekat hingga menampakkan susuk tubuh ramping dan mengiurkan. Tudung yang singkat juga terkibar-kibar hingga menampakan rambut Balqis yang ikal mayang mengurai hingga ke paras pinggangnya.
"Astaghfirullah azim..."
Razlan memicit-micit dahinya. Syaitan berjaya menghasutnya untuk dia memikirkan perkara-perkara yang hitam dan jahat untuk beberapa saat mengenai gadis itu.
Keesokan hari, seperti dijanjikan. Amir terpaksa ke kelas Aidil dan Badrul untuk menghantar makanan yang diarahkan oleh mereka.
Takut, memanglah takut. Tapi, lagi takut kalau dia mengingkari arahan Aidil. Hendak sahaja dia sabotaj makanan itu untuk mendajjalkan balik Aidil. Mahu sahaja dia letak cili semangkuk ke, atau meletak lipas ke dalam nasi goreng itu. Tak pun, letak serbuk kaca yang sudah dijampi serapah. Tapi kalau dia buat begitu, apa kurangnya dia dengan kaki buli di sekolahnya itu.
Itulah perkiraan Amir. Apabila dia sampai di kelas Aidil, dia sudah disambut dengan sorakan daripada Badrul.
"Mari sini kau Lembik!"
"Tapi saya nak gi makan kat kantin."
"Tak payah, kau kena makan dengan kitorang."
"Haaa... tak nak lah!!"
Badrul pandang Amir dengan pandangan yang menakutkan.
"Berani kau melawan ya.."
Aidil tiba-tiba muncul.
"Kau kena makan sekali. Aku tak tahu kau santau aku ke, apa kau letak dalam nasi nih."
"Yalah... yalah"
Amir duduk dan menghidangkan makanan kepada Aidil dan Badrul. Dia sengaja menghentak-hentak pinggan, gelas dan sudu plastik sebagai tanda protes.
"Uisshhh... sedap gila dowwwhhhh..."
"Esok aku nak lagi!!!"
"Mana boleh, habislah beras rumah saya nanti."
"Aku tak kira, kalau aku suruh kau buat... kau buat, faham?!"
"Tapi Dil, esok aku rasa nak makan mee goreng mamak lah.... Hahahaha"
"Boleh Lembik?"
Amir mengangguk. Dia terpaksa buat walau macam mana pun dia mengelak. Geram sungguh hati dia.
Selesai melayan dua raja setan itu, Amir pun berlalu pergi. Kelibat dia keluar dari kelas itu ternampak oleh Razlan yang berjalan menuju ke arah kelasnya.
Pada petang itu, Amir seperti biasa pergi mengambil basikalnya di tempat letak basikal. Dia menuntun basikal diikuti beberapa orang lagi pelajar di belakangnya.

YOU ARE READING
Api untuk Amir
Roman d'amour"Cinta itu luas maknanya. Kisah ini Bukan hanya untuk pasangan kekasih. Kita masih lagi ada Tuhan, keluarga dan sahabat untuk kita cintai." Apakah yang terjadi apabila sikap keanak-anakan dan periang Amir bertemu dengan lelaki yang sangat matang da...