One

74 12 2
                                    

TENGKU AIDAN ADRIAN POV

Bau wangian cafe sungguh buat aku rasa sedikit tenang dan dapat menutup rasa gugup yang sedari tadi melanda . Aku mengena kan tuxedo hitam hari ini . Hari yang aku tunggu sudah pun tiba .

"Uuu boss smart smart ni nak pegi mana?" Soal adam salah seorang pekerja di AA's cafe ini sebelum menayang wajah gembiranya . Memang kalau dekat cafe ni , entah kenapa semua pekerja aku happy go lucky , senyummm je . Entah entah urat senyum diaorang dah kejung sebab tu senyummm je .

Ewah sempat lagiiii

"Handsome ke ?" Soal aku teruja dengan senyuman lebar

"Woahh boss , handsome nyaaa ." Celah Hadee pula tiba tiba

Semakin melebar senyuman aku dibuatnya . Hari ini cafe tutup awal , sengaja aku arah kan mereka berkemas dan pulang awal hari ini supaya rancangan aku nak melamar Sefia berjalan lancar tanpa gangguan pelanggan .

Aku melabuh kan duduk di sebuah meja paling hujung . Kelihatan Lara dan Hani sedang berborak rancak di meja sebelah  sehingga kehadiran aku juga mereka tak perasan . Amboi amboiii makan gaji buta yaaa  .Takpa takpa harini mood aku baik .

"Ha lepastu weh apa jadi ?"

"Tengah duduk tiba tiba ada sorang perempuan datang marah marah kata aku ni perampas la apelah.."

Aku agak tertarik dengan perbualan rancak Hani dan Lara

"Ha pastu kau buat apa ? Kau rembat ke perempuan tu ?"

"Rembat perempuan tu buat apa ? Aku terajang bontot si eddy tulah . Bodoh punya buaya ada hati nak try aku"

Aku tergelak kecil mendengar perbualan mereka .

jam di tangan aku kerling sekilas . Jam menunjuk kan pukul tujuh tiga puluh petang dan Sefia masih belum tiba .

Laju saja tangan aku keluar kan smartphone dari pocket seluar dan mendail number telephone Sefia.

Tut tuttt.. tut tuttt...

"Er hello ?" Sapa Sefia sebaik saja panggilan disambungkan

"Fia awak kat mana ? Kan dah janji nak date dekat cafe saya harini" soal aku lembut saja .

"Ouh , alamak aidan i lupa laaa . I dekat office ni" balas sefia selamba

"Habistu saya amik awak dekat office eh" tanya aku lagi sedikit hampa dengan jawapan Sefia .

"Fia faster" kedengaran suara lelaki di talian sebelah sana . Aku kerut kan dahi tanda hairan .

"Ouh no no , tak payah aidan . I ada meeting ni . Next time okay" sambung sefia sebelum mematikan talian .

Aku pandang lama smartphone di tangan . Habistu sia sia jelah aku pakai smart smart harini haihh .

Aku bangun dan menghentak meja dek kerana terlalu kecewa . Dah berbulan aku rancang tahu tahu dia tak dapat datang ? Theeee duckkkk

"Buat apa kat sini ? Nak saya potong gaji awak ke ?" Soal aku sinis pada lara dan hani . Jelas terpampang wajah tersentak pada riaksi mereka .

"Eh boss , bila boss sampai ?"

"Eh saya nak pergi buat kerja la nii"

Aku beri pandangan maut tanda amaran pada mereka berdua yang sedang kelangkabut bangun dari duduk .

***

Jam menunjuk kan pukul sepuluh setengah malam . Semua pekerja dah pulang kecuali hani dan lara . Sengaja aku denda mereka kemas cafe sampai licin sebab curi tulang petang tadi .

Aku menapak satu persatu anak tangga untuk turun ke tingkat bawah cafe , kelihatan hani dan lara masih sibuk mengemas .

"Lara , hani" laung aku dari tangga . Dan aku perasan yang laungan aku buat kedua dua gadis itu tersentak sehingga bahu mereka terangkat sedikit .

"Dah dah pegi simpan mop penyapu ni semua Dalam bilik stor . Balik balik" arah aku malas malas .

Aku melabuh kan duduk disebuah kerusi panjang di hadapan pintu cafe . Tak sampai lima minit hani dan lara sudah terpacak dihadapan aku semula .

"Ni nak apa ni ? Tak reti nak balik ?"soal aku tanpa nada .

"Ek eleh cakap elok elok tak boleh ke" balas lara perlahan tetapi masih dapat aku dengar jelas

"Apa dia lara ? Saya tak dengar"

"Eh takde apa boss takde apa , kitaorang balik dulu la eh boss" celah hani cemas sebelum menarik lengan lara .

Aku simpan senyuman kecil melihat telatah mereka . Ada ada saja . Siapa saja tak tahu lara ? Dia staff paling berani , friendly, caring .

•.•.•

Aku duduk seorang di dalam bilik office . Mata sibuk memandang smartphone walaupun fikiran melayang memikir kan sefia .

Tok tok tok

Pintu pejabat aku diketuk perlahan sebelum ia terbuka . Aku sedikit tersentak melihat sefia . Panjang umur pendek akalll

"Kenapa ni ? Tiba tiba je , you tak bagitahu pun nak datang" soal aku lembut dengan kerutan kening .

"I'm sorry Aidan , i betul betul terlupa pasal semalam ." Ucap sefia dengan senyuman nipis .

"Eh no problem la . Lagipun you meeting kan.." balas aku dengan tawa kecil di hujung kata

Wajah Sefia dengan senyuman manisnya memenuhi ruang pandangan .

Aku pandang betul betul kedalam anak mata Sefia . Patut ke sekarang aku melamar dia ? Ke next time ? Aduhh what should i do ?

"You ada benda nak cakap dengan i ke aidan?" Tanya sefia dengan kedua belah kening terangkat .

Aku tarik nafas dalam dan menghembus perlahann sebelum aku keluar kan kotak cincin dari dalam laci .

"Kita dah 4 tahun bercinta . Dah tiba masa i melamar you Sefia ." Bicara aku sebaik saja mengeluar kan cincin .

Sefia nampak tersentak .

"Aidan you know me right ? You tahu kan i tak ready lagi ." Balas Sefia sebelum menolak kembali kotak cincin .

"Fia i dah bagi you masa empat tahun , takkan tak ready lagi ? Sampai bila fia ? Tell me" soal aku dengan kerutan dahi . Sejujurnya aku kecewa dengan jawapan sefia .

Hampir dua minit keadaan sunyi tanpa sebarang perbualan sebelum Sefia membuka kata semula

"Ok Aidan . Let me tell you the truth. To be honest , i tak pernah cinta kan you dan i dah ada pilihan hati i sendiri since I dekat Rusia lagi . I pura pura cinta kan you selama ni semuanya sebab kehendak papa i . I'm so sorry , really sorry ." Beritahu Sefia jujur .

Aku terdiam tanpa kata , lidah aku kelu , badan aku kaku . Bagai terkena tamparan hebat , berita ini betul betul buat aku rasa lemah .

"You tahu i betul betul sayang you..."

"Sampai hati you buat i macam ni fia." Balas aku dengan suara tanpa nada sebelum aku bangun dari duduk dan terus melangkah pergi .

To be continue

i wont let you goWhere stories live. Discover now