LARA TIHANI POV
Aku malas malas melangkah masuk kedalam cafe . Ngantuk woi ! Aku tidur pukul lima pagi lepastu bangun tujuh setengah pergi kerja memang mantul wung puyuh betul .
"Ni muka cam zombie je datang kerja . Ni mesti kes push rank ML sampai dua tiga pagi ni" tegur Hadee dari hujung cafe
"Bukan dua tiga pagi tapi lima pagi !" Sambung aku disambut gelengan serentak dari Hadee dan Adam . Mereka tahu sangat perangai aku macam mana . Kami bukan berkawan setahun dua tapi sudah 10 tahun , sejak di bangku sekolah rendah lagi aku sudah ditakdir kan berkawan dengan tiga ketul malaun ADAM , HADEE DAN HANI .
"Semalam apa cerita korang ?" Soal adam dengan kedua belah kening diangkat .
"Aigo ingat kan tutup cafe awal bole balik awal . Hampeh betul , sekali lagi lambat dari hari biasa . Korang ar bukan nak bagitahu boss dah sampai" terang Hani jelas disambut anggukan aku tanda setuju .
"Tak ada la semalam boss dia macam ok je boleh gelak gelak lagi . Tiba tiba je lepas dia habis cakap call dengan siapa tah terus berubah" sambung adam lagi .
_______________________________________
"Terima kasihh.." ucap aku ramah pada pelanggan yang baru saja selesai buat bayaran .
Aku kembali bersandar sebelum menguap besar . Hadee di kaunter pesanan sebelah sedang sibuk melayan pesanan pelanggan sementara aku duduk melanguk menahan ngantuk .
Aku pejam kan mata buat berberapa saat dengan harapan mengantuk hilang . Tapi hampa , setelah membuka mata . Ngantuk tak hilang dan wajah Hani memenuhi ruangan mata pula .
"Weh weh weh weh weh" panggil hani , teruja saja bunyinya .
"Kau nak apa jibake , tak reti rilek ke ? Menggelibas beruk betul dia ni" balas aku tanpa nada
"Tu bukan eddy yang kau cerita tu ke?" Tanya hani dengan sebelah tangan sibuk menunjuk ke arah meja number 9
Zrapppp!
Terus terbeliak mata aku , hilang ngantuk bila nampak si Buaya darat berjaya Malaysia Eddy tu ada kat sini .
"Kauorang jangan nak buat gila eh" tegur Hadee memberi amaran seolah olah tahu apa yang sedang aku fikirkan .
Ting!
Bunyi loceng dari tingkap dapur berbunyi menanda kan pesanan siap . Aku pusing belakang dan terlihat pesanan meja number 9 sebelum aku tersenyum lebar .
"Biar aku hantar yang ni" pinta aku dengan senyuman penuh makna
Belum sempat aku membuka langkah dengan dulang ditangan Hadee sudah menahan lengan aku dan automatik langkah aku terhenti .
"Jangan buat hal Lara Tihani" pesan Hadee dengan wajah penuh harapan .
"Don't worry Hadee." Balas aku sebelum kembali melangkah ke meja nombor sembilan .
Sebelah tangan aku masih memegang dulang sementara sebelah lagi sedang hidang kan pesanan nya di atas meja . Sebaik saja selesai , dulang aku pegang di sisi .
"Terima kasih.." ucap si gadis yang duduk berhadapan dengan Eddy .
"Hye eddy . Bontot kau dah ok ?" Soal aku selamba lalu tersenyum lebar .
Eddy nampak tersentak sebelum mata nya terbeliak besar memandang wajah aku .
"K-kau ?!" Soal eddy tak percaya
"Hey kau bernasib baik tau aku tak buat report nak saman kau sebab terajang bontot aku haritu ." Sambung Eddy dengan bangga nya .
Aku tergelak kecil sebelum kembali membuka kata .
"Ni perempuan keberapa ni Eddy ? Mana pulak kau jumpa ni ?" Soal aku lagi sengaja buat Eddy gelabah taik
"What are you talking about ? Who are you ?" Tanya si gadis di hadapan Eddy hairan .
"Untuk kebaikkan you . Better you jangan dekat dengan buaya ni sis" ucap aku memberi nasihat .
"Nia let's go." Ajak Eddy cemas dan cuak . Mereka bangun dari duduk .
"Tch hey perempuan you know what . I don't like you" beritahu Nia sebelum dia mencapai air fresh orange di atas meja . Belum sempat air nak disimbah pada aku , aku lebih laju menepis tangan nya dan akhirnya air fresh orange jatuh mendarat tepat di wajah Eddy .
"Woo" ucap aku . Tersentak juga dengan tindakkan spontan aku
Aku pandang sekeliling dan ya , kami jadi perhatian semua pelanggan di sini . Ada juga yang merakam senyap senyap .
"Sial" bentak Eddy sebelum dia melangkah keluar dari cafe di ikuti si Nia kekasih nya yang entah keberapa.
"What are you doing lara" soal adam dari dapur dengan wajah tak cemasnya .
•.•.•.•
Kejadian petang tadi buat aku rasa nak gugur jantung bila dapat tahu ada yang rakam dan post di media social. Dah la dapat sambutan 122K view .
"Lara . Naik office saya ." Arah Boss Aidan mendatar .
Aku hanya ikut kan saja arahan boss . Terus saja aku melangkah naik ke tingkat atas cafe dimana terletaknya pejabat boss .
Aku tolak pintu kaca office boss perlahan sebelum menapak mendekati meja .
Jelas kelihatan riaksi kusut di wajah boss . Aigoo apa aku dah buat niiii , dah la semalam dia baru lepas break up .
Erk jangan pelik kenapa aku tahu dia baru lepas breakup , semalam masa kemas tangga aku terrrrcuri dengar perbualan dia dengan awek eh no i mean ex dia Sefia the first ops salah sebab dia sakiti boss hensem dia patut nya Sefia the pampers hehe .
"Apa semua ni?" Soal boss sebelum meletak kan smartphonenya . Suara garau boss buat aku tersentak dan tersedar dari lamunan .
"S-saya tak da niat pun nak buat kecoh" balas aku tersekat sekat menutup rasa gugup .
"Tak ada niat ?" Soal boss lagi
Aku diam tak membalas apa apa sebaliknya hanya mengetap bibir dek kerana tahu ini memang salah aku .
"Sekarang ni awak turun , awak kemas locker awak" arah boss setelah lama menunggu jawapan yang tak keluar dari mulut aku
"S-saya ke-kena pecat ?" Tanya aku pula tergagap gagap .
Boss tutup mata nya buat berberapa saat sebelum akhirnya mengangguk perlahan .
Hati rasa hancur... setelah meminta diri terus aku melangkah keluar dari office boss dan menapak satu persatu anak tangga menuju ke tingkat bawah .
"Apa jadi ?"
"Boss cakap apa ?"
"Kena denda lagi ke ?"
"Boss mengamuk ke ?"
"Weh cakap la !"
Bertubi tubi soalan yang Hadee , Hani dan adam lempar kan pada aku dengan wajah penuh harapan . Aku diam tanpa jawapan .
"Kau... kena pecat ?" Soal hani .
Aku menghela keluhan berat sebelum lambat lambat mengangguk.
"Wat te frogggg !"
"Aku dah cakap dah jangan buat kerja gila ! Tengok apa dah jadi"
Aku rasa tak kuat nak hadap wajah kecewa mereka , terus saja aku membuka langkah ke arah locker . Aku kemas kan barang .
To be continue
Apa ni awal awal heroin dah kena buang kerja ?
HAHAHAHAHA padan muka .

YOU ARE READING
i wont let you go
Romansa[ O N G O I N G ] Mengisah kan tentang Aidan secara tak sengaja terjatuh hati pada salah seorang pekerja perempuannya sendiri , Lara .padahal baru saja patah hati ditinggal kan kekasih yang sudah menjalin kan hubungan cinta selama 4 tahun bersama ny...