Seventeen

14 5 0
                                    

Ha jangan senyum senyum ehh baca chapter ni ! Yeahh sorry late update 👉🏻👈🏻

TASNIM HANI POV

Jambatan kelip kelip . Selalunya aku akan kesini bagi menemani Lara ketika dia sedang terluka tetapi kali ini berbeza , kali ini aku kesini untuk merawat hati aku yang sedang pilu dan terluka pula .

Sekarang baru aku faham kenapa Lara sering ajak aku ke tempat tempat  sebegini . Permandangan tasik dan langit yang cantik ini buat aku rasa tenang dan lupakan semua masalah buat sementara.

"Im not saying i wanna die but if someone held a gun to my head , I wouldn't stop them.." bicara aku sendiri

Selama ni punca aku masih bertahan adalah Adib . Walaupun aku selalu gagal dalam banyak perkara yang aku lakukan tetapi aku masih terus kan hidup aku dengan senyuman dan hati yang riang . Semuanya kerana menunggu ketibaan Adib kembali . Tapi sekarang...aku sudah tiada sebab untuk teruskan hidup . Should i end my life ?

Bicara hatiku sendiri...

"Tasnim Hani what are you doing here?" Soal satu suara garau . Hampir saja smartphone ditangan mahu terpelanting masuk tasik .

Aku menoleh memandang tuan empunya suara yang tak reti bagi salam itu .

"Raykal ?" Soal aku dengan kerutan di dahi . Buat apa pulakk mamat ni dekat sinii ? Stalk aku ? Lama aku tak nampak muka dia sejak peristiwa Lara trauma . Entah entah diaa kott penyebab Lara trauma. Ish apa apa jela , malas nak fikir .

"Yeah . Kau kenapa ni sedih sedih ?" Soal Raykal lagi sebelum dia menapak berdiri di sisiku dan turut menikmati permandangan indah ini .

"Ceh mana kau tahu aku sedih." Aku tersenyum hambar .

"I know everything Haniii" jawabnya dengan jelingan .

Belum sempat aku membuka kata dia sudah memotong laju .

"Don't worry . Sometimes kita kena bergaduh , berebut dan berdebat..." sambungnya lagi seolah olah tahu saja masalah aku .

"Ewah kau nak ajar aku jadi jahat ke macam mana ?"

"Demi orang yang kita sayang apa salahnya kita buat macam tu.. kan ?"

Aku terdiam . Ada benarnya juga kata Raykal .  Lama keadaan sunyi tanpa sebarang perbualan sebelum Raykal memecah kesunyian di antara kami .

"Aku boleh tolong kau kalau kau betul betul nak Adib"  bicara Raykal . Aku toleh ke sisi.

"Betul ni ?" Aku pandang tepat ke dalamnya anak mata Raykal bagi mencari keikhlasannya .pelik juga tiba tiba saja mahu membantu aku .

"Yeahh suree" balasnya lagi .

"Thanks bro . I really need your help right now" ucap aku perlahan .

***

TENGKU AIDAN ADRIAN POV

"Hiks..hiks"

Aku terjaga dari tidur lena ku dek kerana terdengar esakkan kecil Lara . Matanya masih terpejam rapat . Aihh ngigau apa pulakk bini aku pukul enam pagi ini .

"Please dont.." perlahan saja suara Lara dengan nada rayuan . Tak lama kemudian esakkannya makin menjadi jadi .

Aku cuba kejutkan Lara dengan cara goncangkan sedikit tubuhnya .Sebaik saja kelopak matanya terbuka dia terus terduduk .

"Hiks..hiks.."

Aku bangun duduk di sisi Lara lalu menggenggam erat telapak tangannya. "Hey what's wrong ? Nightmare? Dont worry im here beside you" pujuk aku lembut.

i wont let you goWhere stories live. Discover now